BAB 36

167 3 0
                                    

KHADEEJA lap frame kecil yang jelas dengan gambar bahagia milik Redza dan dirinya. Oh, ketika ini masing-masing sibuk double date dengan Najwa dan Haidar. Siapa lagi kalau bukan Najwa yang ambil gambar ini? Haidar? Lambat lagi...

Telefon dikerling dan terlalu banyak mesej yang masuk daripada Redza. Call juga tak diangkat. Dia benar-benar sakit mengingati apa yang Redza lakukan siang tadi. Semalam dia merajuk dengan Redza bukan kerana mengada tapi dia takut apa yang jadi, terjadi lagi.

Dulu, Atiq pernah mengatakan perkara yang sama. Apabila ditanya Atiq dimana, katanya diluar. Bersama siapa? Keluarga. Tapi siapa sangka sebernanya Atiq bersama perempuan lain? Apabila Khadeeja mahu putuskan hubungan, baru gelabah Atiq dibuatnya. Waktu ini zaman SPM mereka. Kini dia tidak hiraukan lagi tapi dia takut Redza lakukan perkara yang sama. Nak tanya Haidar? Hubungannya masih tak baik dengan Haidar. Katanya Redza cuba pujuk Haidar malam semalam tapi sehingga kini Haidar tak mesej Khadeeja untuk berbaik. Benarkah Redza berjumpa dengan Haidar semalam?

Tak sangka pula Tuhan buka mata Khadeeja terlalu awal. Semalam rasa tak senang duduk, harini sudah terbongkar perangai cik suami.

Hilang kepercayaan? Ya.

Tawar hati? Jauh sekali...

Apabila terdengar pintu rumah dibuka, laju saja dia gosok matanya yang sudah berkaca dan berdiri, melangkah ke meja soleknya kembali. Diletakkan frame kecil itu di atas meja dan dia kekal tundukkan pandangan apabila menyedari sosok tubuh seorang jejaka sudah tiba di pintu bilik.

Perlahan-lahan kaki jejaka itu melangkah mendekatinya dan peluk tubuhnya erat dari belakang.

"Assalamualaikum, sayang..."

Air mata Khadeeja mengalir tatkala mendengar sapaan lembut itu. Tangan kasar Redza yang erat memeluknya masih tidak direnggangkan. Wajah kasar Redza terus diletakkan di bahu Khadeeja dengan beberapa kucupan manis.

"Can we talk?"

Bisiknya lembut, cuba memperbaiki segala salah silapnya tetapi Khadeeja lap air matanya kasar dan tepis tangan cik suami. Laju saja Redza menarik Khadeeja berpaling memandangnya dan dia kucup tangan Khadeeja beberapa kali, cuba mengambil hati.

"Please? Deeja tak sayang abang ke?"

"Sayang..." Jawabnya perlahan dan Redza senyum tipis.

"Then please? Kita fix okay? Janganlah silent treatment macam ni dengan abang. Abang janji abang jujur semua benda dengan nama Allah. Abang tak nak Deeja was-was dengan abang lagi."

"Deeja masih sayang abang tapi Deeja perlukan masa..."

Redza berubah riak. Dia tahu masa yang dimaksudkan Khadeeja itu tidak seperti yang dianggap. Dia tidak akan dapat pelukan dan belaian Khadeeja untuk beberapa masa. Dia tidak akan dapat bercakap dengan Khadeeja. Dia tidak akan dapat dekati Khadeeja seperti selalu. Dan dia tahu itu menyiksa dirinya sendiri.

"Berapa lama, sayang? Abang akan tunggu Deeja untuk berapa lama sekalipun tapi abang harap ia takkan berakhir dengan perpisahan."

Khadeeja geleng laju dan senyum tipis. Mana mungkin dia berpisah dengan Redza. Dia sudah cukup matang untuk tangani masalah rumah tangga walaupun ia perlukan air mata. Mungkin dengan memberi sedikit masa dan ruang untuk Khadeeja bakal memperbaiki lagi masalah rumah tangga mereka.

"Deeja tak tahu berapa lama because it's really hurt me..."

Air matanya mengalir dan sekali lagi dia lap ia kasar. Redza geleng laju dan alihkan tangan Khadeeja dari pipi lembut itu. Dia usapnya lembut, lap air mata Khadeeja yang berpunca daripadanya.

"Jangan lap macam tu. Rosak pipi lembut kesayangan abang ni..."

Dan tawa Khadeeja kedengaran lembut di telinga Redza. Dia menyambut tawa Khadeeja, menyedari ini adalah tawa terakhir mereka bersama sebelum dia memberi ruang dan masa sepenuhnya pada Khadeeja.

"Izinkan abang belai Deeja untuk hari ini buat kali terakhir?"

Khadeeja perlahan-lahan melangkah mendekati cik suami sebelum tubuh sasa Redza dipeluk erat. Air matanya kali ini tak mampu dikawal. Walau apa pun jadi, dia pasti Redza ada sebab. Dia pasti... Semua orang buat silap dan Redza tak terkecuali. Dia meminta ruang dan masa bukan untuk menjauhi tapi untuk memulihkan hati yang terluka. Dia akan tetap percaya pada satu-satunya bidadaranya ini. Sentiasa.

Mata Redza berkaca apabila si isteri sudah mula berlembut hati untuk memeluk dirinya. Sebak hati jejaka itu, menyedari dia banyak sakiti Khadeeja tapi Khadeeja sentiasa berlembut dengan dia. Tengkingan siang tadi mungkin disebabkan Khadeeja terkejut dan dia tak ada sebab untuk menyalahi seratus peratus kepada Khadeeja.

"I will miss you, sayang."

✰✰✰✰✰

"KENAPA kau bagi warning lambat sangat?" Haidar masih setia dengan wajah bekunya itu memandang Zaqwan dengan lagak polis menyiasat penjenayah.

"Malam tu aku ada gaduh dengan Hana..."

Zaqwan pandang wajah kawan-kawannya itu dengan penuh kerisauan. Dia tahu adik dia punca Redza hilang kepercayaan dan pekerjaan. Hilang pekerjaan? Tak, dia hanya digantung.

"Di...Dia kata aku siksa dia. Sebab setiap kali aku nak jumpa korang, dia nak ikut. Dia macam orang terdesak nak jumpa kau, Ja. Aku marahlah dia. Kenapa jadi macam perempuan tak bermaruah? Sedangkan dia tahu kau kahwin dengan Khadeeja."

"Macam mana kau tahu dia nak serang aku pagi tu?" Tanya Redza perlahan dan Zaqwan mula menggosok tengkuknya.

"Dia call aku siang tu. Aku macam biasalah, on the way pergi pejabat. Dia kata kau pun lelaki, kau mesti akan tewas dekat tangan dia."

"And kau tak bagitahu kiteorang yang Hana pindah U?" Afieq mula mengetap rahang, masih tak puas hati dengan Zaqwan walaupun yang salah itu adalah adik perempuannya.

"Hana kena... Kena buang U sebab gaduh. Aku suruh dia pindah UKM tapi dia berkeras nak tukar kat tempat kau. Bila aku halang, parents aku back up dia. Aku lupa nak bagitahu korang sebab lately aku busy sangat. Korang tengok dalam group, aku mana on pun. Tapi sumpah semalam aku cuak sangat-sangat, Ja..."

Redza senyum sekilas dan dia peluk tubuh, memandang cawan kopi yang masih hangat di hadapannya. Public holiday tapi si Redza ni gila pergi buka kedai. Memang pekerja-pekerja dia pun sumpah seranah dia lah dibuatnya. Yang kawan-kawan Redza ni pula sibuk nak datang bila Zaqwan kata dia nak bersua-muka dengan Redza. Lagi-lagi si Haidar, naik darah dia dengar pasal fitnah terhadap Redza semalam.

"Ja, nanti aku pujuk adik aku. Kau jangan risau eh?" Pujuk Haidar lembut sebelum Redza mengangguk sekali.

Senyuman tipisnya jelas menunjukkan dia sedang mengharungi satu ujian besar. Ujian dimana dia tak pernah terfikir pun yang dia akan lalui. Fitnah. Fitnah yang menyebabkan dia hilang kepercayaan dari semua orang termasuk keluarganya sendiri.

"Hana macam mana?" Taufik mencelah. Lama dia mendiamkan diri, sekarang baru rasa dia ada suara.

"Tak payahlah tanya pasal perempuan gila tu. Elok mati saja."

"Zaq..." Tegur Redza lembut dan Zaqwan menjeling.

"Kau nak back up manusia tak berhati perut tu? Aku ni penat dah nak cakap dengan dia. Jangan sampai satu tahap aku tak anggap dia adik lah, Redza."

"Jangan." Tegur Haidar perlahan dan semua mata memandang pada jejaka itu. "Nanti makan diri..."

Dia hadiahkan satu senyuman sebelum kembali makan sandwich di hadapan. Senyuman yang cukup bermakna. Senyuman yang memberi makna penyesalan.

Telefon berjenama Apple itu berdering kuat mengambil perhatian semua yang sedang duduk berdekatan Redza. Laju saja Redza mencapai telefonnya dan pandang skrin lama. Zhafran? Takkan dia nak tanya Redza dimana? Tak tahukah dia bahawa Redza digantung kerja?

Panggilan dijawab dan langsung telefon diletakkan di telinga kanan.

"Ja, mama dengan Fiqah accident."

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now