BAB 25

222 7 0
                                    

REDZA yang baru tiba di kereta Peugeot miliknya itu berhenti melangkah apabila anak matanya mula menatap skrin telefon. Ala, kereta Peuguot pun second hand saja. Mana dia ada banyak duit nak beli Peugeot yang masih baru.

Mesej yang dia hantar pada Khadeeja langsung tak berjawab. Tak apa lah... Mungkin ada benar kata Zhafran, dia harus pertahankan!

"Balik naik grab."

Cukup hanya itu mesej yang dihantar oleh Redza tadi. Bukan mahu mengelak tapi dia mahu berangkat pulang lebih awal. Dia mahu sediakan makan malam untuk isterinya tanda memohon maaf kerana menengking si isteri semalam. Kata-kata Atiq menguatkan lagi hatinya. Atiq sendiri sudah memilih haluan yang berbeza jadi tak salah untuk dia mencuri kembali hati si isteri.

Baru saja mahu menyimpan telefon di dalam poket, satu suara sayu kedengaran memanggilnya dengan gelaran yang cukup dia kenali. Tiada orang lain yang memanggilnya dengan gelaran itu selain Khadeeja dan Rafiqah...

"Abang..."

Perlahan-lahan Redza berpaling dan tubuhnya tersentak melihat Khadeeja yang sudah setia berdiri di hadapannya. Wajah Khadeeja yang bagai meminta simpati itu cukup merisaukan Redza.

Perlahan-lahan wanita itu melangkah dan peluk tubuh tegap Redza dengan penuh kasih sayang. Erat sangat pelukan kali ini membuatkan Redza sedikit sebak. Ya Tuhan, baru tak bercakap sehari tapi hati dah meraung kerinduan.

"Abang dah tak sayang Deeja...?" Soalnya lembut dan Redza perlahan-lahan belai kepala isterinya yang ditutupi tudung shawl itu.

"Mana mungkin abang tak sayang isteri abang..."

"Jadi kenapa abang tak pertahankan rumah tangga kita? Kenapa abang pulangkan Deeja pada Atiq? Kenapa abang memilih untuk pergi daripada terus setia bersama Deeja? Kenapa abang mengelak? Kenapa abang tengking Deeja? Kenapa abang turunkan ego untuk peluk Deeja malam semalam? Kenapa abang masih tunjukkan kasih sayang abang? Kenapa berhenti kerja?"

Semakin lama, suara itu semakin serak. Terlalu banyak soalan yang diajukan sehingga Redza sendiri tak mampu menjawab. Apa yang dia tahu, hatinya sedang sakit mendengar tangisan Khadeeja yang perlahan-lahan mula kedengaran kuat.

"Sayang..."

"Abang tipu Deeja... Abang kata Deeja akan jadi isteri abang selama-lamanya. Kenapa serahkan Deeja pada orang lain? Abang tipu!"

Dan kali ini Redza terus berdiam diri. Pelukan dibalas, cuba menenangkan si isteri dahulu. Mungkin dengan pelukan, Khadeeja akan mula sedari bahawa dia berada di dalam dakapan suami yang dikatakan mahu tinggalkan dia tadi.

Apabila tangisan Khadeeja mula menghilang, Redza senyum tipis dan kucup kepala isterinya dengan penuh makna. Bibirnya bergerak ke telinga Khadeeja, mahu berbisik.

"Abang takutlah, sayang..."

"Abang takut apa?" Lembut suara itu membalas.

"Deeja nangis macam ni, nanti orang ingat abang pukul isteri abang. Tak dapat dah title prince charming untuk isteri tercinta..."

Nadanya jelas kedengaran sedih sedangkan dalam hati sudah geli hati. Pinggang Redza dicubit kasar membuatkan jejaka itu menjerit kecil.

"Sakitlah, sayang!"

"Ha pergilah. Nak tinggal orang sangat! Pergi!" Dia leraikan pelukan dan peluk tubuh, nak merajuk balik! Huh!

"Tiba-tiba abang craving hug isteri abang..." Dia muncungkan bibir, meminta dipeluk kembali dan Khadeeja sekali lagi memeluk tubuh Redza.

Berbezanya kali ini dengan senyuman dan bukan tangisan. Redza pula sudah tersenyum, menyedari dia masih diberi peluang untuk bersama si isteri. Dia masih mampu bahagiakan isterinya, bukan? Tak mungkin dia akan sia-siakan waktu sebegini untuk bersama si isteri. Takkan sesekali...

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now