BAB 38

190 4 0
                                    

DENGAR saja kereta milik Redza masuk ke perkarangan rumahnya, laju Khadeeja buka langkah anak-anak berlari ke pintu rumah. Apabila dia buka, kelihatan Redza sudah pun setia di pintu rumah. Kunci di tangan jejaka itu memberi makna yang dia baru saja mahu buka pintu rumah itu.

"Abang..."

Dia tarik lengan Redza masuk ke dalam rumah dan jejaka itu sudah terkebil-kebil. Katanya nak ruang dan masa, elok pula main tarik-tarik ni dah kenapa?

"Hei, sayang. Slowly, abang ada je. Kenapa?" Lembut sapaan encik suami sebelum bidang dadanya dipukul manja dengan tangan kecil milik cik isteri.

"Kenapa tak bagitahu Deeja yang mama dengan adik masuk hospital?"

Redza senyum tipis dan geleng laju. Dia pegang tangan Khadeeja lembut dengan senyuman yang masih tidak lekang dari wajahnya.

"Ya, ni abang baru nak bagitahu. Abang tak sempat nak tengok fon tadi. Abang minta maaf sangat-sangat. Lagipun kita kan dalam keadaan..."

Tak sempat Redza habiskan ayat dia, Khadeeja pula menggeleng. Dia tak nak Redza teruskan kata-kata. Sekarang bukan masa melayan perasaan diri. Sekarang ni keutamaan suaminya adalah Maleka dan Rafiqah. Mereka itu keutamaan Redza dan Khadeeja faham.

"Tak, mama dengan adik keutamaan abang. Jangan serabutkan fikiran abang pasal Deeja. Deeja okay saja. Deeja pun nak melawat mama dengan adik tapi bila Deeja chat abang, abang tak balas... Nak tanya Abang Haidar, dia pun tak tahu dekat mana. Tu yang Deeja balik je, tunggu abang dekat rumah."

Terang si isteri membuatkan Redza terus buka dakapan, memeluk tubuh langsing Khadeeja dengan penuh kesyukuran. Bertuahnya dapat isteri yang baik dan tabah macam ni. Dia faham keutamaan Redza dan dia tak mengadu sedikit pun jikalau Redza terpaksa meluangkan lebih masa dengan keluarga dia.

Dikucup lembut dahi licin Khadeeja dan dibelai rambut panjang cik isteri. Sangkaannya bahawa belaian malam semalam adalah belaian terakhir salah sama sekali. Hari ini dia dapat membelai si isteri, esok dia akan dapat dan selamanya kerana ini adalah hak Redza. Hak dia seorang...

"Adik dengan mama macam mana? Umi? Abang Zhaf?"

Dia mendongak memandang cik suami tanpa merenggangkan pelukan. Tinggi sudahlah paras diantara dagu dengan dada. Pendek betul isteri dia sampai kena mendongak. Ni yang Redza makin sayang ni.

"Alhamdullilah, both of them stable. Adik dah sedar tapi mama koma. Abang Zhaf lah yang teman abang tadi kat hospital. Pasal umi pula..."

"Hm? Kenapa dengan umi? Umi tak terlibat kan?" Masih riak tenang dia memandang si suami.

"Umi ada masalah buah pinggang, Deeja. Umi kena dialisis... Benda ni dah lama dah tapi abang baru tahu. Deeja pun tahu kan kita dah lama tak jenguk family abang sejak abang jadi lecturer?"

Khadeeja masih mendongak, memandang riak wajah Redza yang sudah berubah muram. Pasti hati itu tak henti menyalahkan diri tapi Redza pandai sorokkan. Cik isteri ni pula dah kenal encik suami dia ni macam mana. Nak sorok pun tak reti gamaknya.

Diletakkan kedua-dua tapak tangan kecil itu di kedua-dua belah pipi Redza. Diusap lembut membuatkan Redza pandang Khadeeja yang setia di dadanya. Tangan Redza masih setia memeluk erat pinggang ramping itu tetapi tangan Khadeeja pula yang sudah beralih ke pipi. Anak mata mereka bertemu dan Khadeeja menjongket sedikit, menemukan puncak hidungnya dengan puncak hidung Redza. Sengaja dia mencuit hidung Redza menggunakan hidungnya sebelum ia berjaya mencuri perhatian Redza. Redza ketawa kecil, telatah isteri dia ni lain pula kali ini.

"Hm? Kenapa ni?"

"Abang tu lah... Kan handsome gelak macam tu. Deeja tak nak abang sedih-sedih pasal ibu, umi and adik. Abang pun tak boleh salahkan diri abang... Benda dah jadi, sampai bila nak down sebab salahkan diri kan?"

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now