BAB 10

282 11 0
                                    

TERSENYUM dia melihat makanan di atas meja. Tahu-tahu saja si Khadeeja ni yang dia memang tengah lapar. Nak masuk kerja, awal lagi. Tak apalah, melahap saja dulu.

"Deeja masak ke? Bau sedap." Dia labuhkan punggung di atas kerusi, menatap makanan-makanan di atas meja itu dengan wajah yang memang jelas kelihatan dia sedang lapar.

Khadeeja geleng laju.

"Deeja mana reti masak. Deeja sempat order saja tadi."

"Lah, biasa abang yang masak kan? Tak payahlah order makanan..." Tegur Redza lembut dan Khadeeja tersenyum manis.

"Apa salahnya Deeja sediakan makanan untuk suami sendiri?"

Redza ketawa kecil dan angguk lemah. Dia tatap Khadeeja yang sibuk menuangkan lauk-pauk di atas pinggan dengan senyuman tipis. Suami sendiri? Apa yang Khadeeja cuba maksudkan? Dia diterima dalam hidup Khadeeja? Tak, jangan berkhayal, Redza. Khadeeja takkan pernah cintakan kau.

Pinggan yang penuh dengan nasi dan lauk-pauk itu dihulurkan kepada Redza dan Redza terima dengan penuh hati-hati. Si isteri labuhkan punggung di sebelah Redza. Bibir mereka bergerak, memulakan perbualan. Makin lama, makin rancak perbualan. Tawa mereka disambut antara satu sama lain. Topik berubah-ubah, senyuman dibalas senyuman.

Pintu rumah diketuk membuatkan perbualan mereka mati akhirnya. Khadeeja dan Redza pandang pintu rumah lama sebelum Redza bangun tanpa sebarang kata.

"Abang buka pintu kejap."

Dia jalan mendekati pintu rumah, diperhatikan oleh Khadeeja. Pintu dibuka sedikit dan dia menjenguk. Sosok tubuh seorang jejaka yang tidak dikenali itu memegang sejambak bunga membuatkan Redza buka pintu seluas mungkin.

"Ya?"

"Ini rumah Cik Khadeeja ya?"

Dan Redza angguk perlahan.

"Ya, betul."

Jejaka itu tersenyum sebelum hulurkan sejambak bunga itu kepada Redza.

"Bunga ros khas untuk Cik Khadeeja."

"Si...Siapa bagi?" Gugup suara Redza dan jejaka itu berlapis dahi.

"Saya tak pasti sebab dia order melalui Whatsapp. Atas nama Khadeeja Marrysa."

Redza yang tadi tenang, kini disambut kecewa. Dia angguk lemah sebelum senyum tipis memandang jejaka itu. Laju saja ucapan terima kasih dikeluarkan dari mulut Redza dan disambut oleh jejaka itu. Redza masuk ke dalam rumah selepas memastikan jejaka yang memakai topi berwarna hitam itu beredar meninggalkan halaman rumah mereka.

Dia masuk dengan sejambak bunga membuatkan Khadeeja pandang Redza lama. Jejaka itu langsung tak mahu memandang isterinya. Khadeeja tahu, dia sedang kecewa. Riak wajah Redza memang jelas kecewa.

"Ada orang bagi Deeja."

Dia senyum tipis dan ubahnya sekilas sebelum bunga diletakkan di atas meja makan. Pinggan yang masih dipenuhi makanan itu terus diangkat, dia bawa ke dapur tanpa sebarang kata. Tiada lagi senyuman mahupun tawa seorang Redza.

Redza buang makanan tadi ke dalam tong sampah dan letakkan pinggan ke dalam singki. Ya, dia patut ingat. Isterinya masih cintakan Atiq. Siapa lagi kalau bukan Atiq yang akan memberikan bunga itu pada Khadeeja?

"Abang..."

Pelukan hangat dari belakang itu membuatkan Redza dapat menenangkan hatinya sedikit. Dia mengeluh berat dan tepis tangan Khadeeja perlahan. Pinggan dibasuh dan terus dia letakkan di tepi.

"Abang pergi dulu..." Dia melangkah tanpa sebarang kata tetapi tangannya dicapai erat. Dia berpaling memandang Khadeeja, serentak hatinya sakit.

"Deeja minta maaf... Deeja..."

"Kenapa Deeja mainkan hati abang...?" Tanyanya sayu membuatkan Khadeeja pandangnya laju.

Apa maksud Redza dengan mempermainkan hatinya? Bila pula Khadeeja mainkan hati Redza?

"Peluk abang, solat dengan abang, iron baju abang, siapkan sarapan dan sekarang...? Kenapa tipu abang, Deeja...?"

Khadeeja geleng laju. Tak, dia tak bermaksud untuk mempermainkan hati suaminya.

"Abang lupa. Abang lupa hubungan kita hanya atas kertas bagi Deeja. Abang terlalu bahagia pagi tadi apabila Deeja bagai mula untuk terima abang. Tapi abang salah letak harapan."

"Abang, pasal bunga tu..."

"Atiq bagi." Celahnya laju.

"Bagus Atiq tu... Mungkin abang yang salah anggap pasal dia. Cakap dia jahatlah, apalah. Tapi kebenarannya, abang yang jahat sebab siksa isteri abang sendiri."

"Abang balik awal hari ini. Kita kena berpisah secepat mungkin kan? Balik nanti kita uruskan hal tu. Kasihan pada Atiq untuk masuk minang Deeja..."

Dia beredar tanpa sebarang kata. Khadeeja jalan mengikut punggung suaminya tetapi kaki Redza semakin laju melangkah. Dia masuk ke dalam perut kereta dan Khadeeja pandangnya sayu. Bukankah Khadeeja patut ikutnya? Mana mungkin Redza merelakan Khadeeja untuk ikut dia ke cafe. Khadeeja sendiri tak ikhlas terimanya.

Redza mengucap beberapa kali, menahan air mata yang sudah bergenang dari gugur. Minyak ditekan dan keretanya laju bergerak. Hatinya sakit. Dia tak tahan lagi. Ini penderitaan gila! Kenapa susah sangat hati Khadeeja nak lembut untuk terima Redza sebagai seorang suami? Susahkah? Apa kurangnya Redza?

"Ya Allah, tariklah perasaan cinta ini..."

Lemah. Ya, itulah Redza sekarang. Dia lemah dalam segala hal sekarang ini. Isterinya, Atiq, Haidar. Segalanya.

Orang kata seorang lelaki sukar untuk mengungkapkan kata sayang pada seseorang kerana hati mereka tidak selembut hati perempuan. Tapi kenapa hal ini dipandang remeh oleh Khadeeja? Dia tak nampakkah betapa cintanya Redza pada dirinya? Apa yang Atiq buat sehingga Khadeeja jatuh mendadak pada dirinya sebegitu?

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now