BAB 50

468 5 0
                                    

ZHAFRAN mundar-mandir memikirkan keadaan adiknya. Semalam kata nak balik, sampai ke sudah tak balik-balik. Telefon masih di tangan, berapa kali dah dia dail nombor Redza tapi tetap tak dijawab.

"Redza, kenapa suka sangat buat abang risau?!"

Dia tak risau tentang keselamatan Redza kerana Redza sudah cukup besar tapi dia risau tentang mental Redza. Jika Redza sedang menangis menyalahkan takdir di rumahnya macam mana? Aduhai...

Dia cekak pinggang memandang pintu rumah lama. Ya Tuhan, risaunya...

"Come on, Redza. Jangan lemahkan diri macam dulu. Sebab tu abang tak benarkan Ja pergi rumah Ja sorang-sorang!" Monolognya seorang diri.

Dah berapa kali dia keluarkan keluhan berat. Kejap lagi dah nak pukul 9.00 pagi. Nasib baiklah kelas dia mula petang kejap lagi, bolehlah gerak ke universiti lewat sikit.

Dia tekup wajahnya sendiri menggunakan kedua-dua tangannya dan pandangan dijatuhkan. Nafasnya berat terasa kali ini. Tetapi laju saja pandangannya kembali memandang pintu rumah apabila bunyi kereta berhenti di hadapan rumahnya kedengaran.

"Ja?" Dia jalan laju ke pintu rumah dan dibuka kasar pintu perancis itu. Nasib tak roboh saja!

Anak matanya tertangkap pada Redza yang keluar dari perut kereta dengan beg yang setia digalas di bahu kanannya. Pintu kereta ditutup perlahan laju dia menekan button di kunci keretanya.

Apabila dia berpaling, wajah Zhafran berubah serta-merta. Nak marah? Tak... Dia tak mampu nak marah apabila melihat perubahan di wajah Redza. Rambut dipotong kemas, tak lupa dengan bulu di wajah sudah tiada mahupun sehelai. Dia bagaikan Redza yang dahulu... Redza yang bahagia dengan Khadeeja...

"Ja tak nak cukur ke bulu kat muka tu? Serabut pula abang tengok."

"Ja akan kekalkan muka Ja macam ni sampailah Ja jumpa kebahagiaan Ja. Bila kebahagiaan tu datang, Ja sendiri akan pastikan Ja kembali kepada Muhammad Redza yang dulu."

Perbualan beberapa tahun lepas terngiang-ngiang di telinganya. Zhafran menilik wajah Redza yang jelas sudah berubah sepenuhnya. Dia tersenyum manis. Kali ini tiada sebab untuk dia senyum tapi dia tersenyum memandang Zhafran.

Ya Tuhan, terima kasih.

✰✰✰✰✰

"KHALID, Khalisya..." Najwa melutut memandang dua anak kecil di hadapannya yang sudah berkaca mata.

"Tak mau. Auntie saja tak nak Khalid tinggal sini kan?" Berpeluk tubuh Khalid dibuatnya dengan ucapan pelat dia tadi. Haih, ikut perangai siapa lah ni.

"Sayang, bukan macam tu... Tapi babah nak ambil Khalid dengan Khalisya." Najwa belai rambut Khalid lembut. Kedua-dua tangannya jatuh di bahu kanan Khalisya dan bahu kiri Khalid.

"Uncle Haidar bukan babah khalid?"

Khalid gigit jari bertanya dan Najwa tanpa memikirkan apa lagi terus menggeleng. Mereka tak boleh mengambil hak Redza. Khalid dan Khalisya masih anak-anak Redza. Masih dan sentiasa menjadi anak-anak Redza.

Redza tatap mereka dari pintu rumah, menyedari anak-anaknya sudah pandai bercakap walaupun umur baru saja mencecah 3 tahun. Tak sempat Redza mahu dengar perkataan pertama anak-anaknya tapi tak apa, Redza akan menjadi saksi anak-anaknya bahagia selepas ini.

'Sayang, tengoklah anak-anak kita. Mulut murai macam umi dia.' Bisik hati Redza tanpa memudarkan senyuman di wajah.

Betullah, rasa rindu pada Khadeeja hilang sedikit apabila melihat wajah anak-anaknya. Inilah pengganti Khadeeja. Anak-anaknya...

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now