BAB 2

336 14 0
                                    

FRAME kecil yang jelas dengan gambar miliknya bersama si isteri itu di lap perlahan. Matanya berkaca serta-merta dan dadanya disentuh lembut. Dia baring di atas katil, menatap gambar itu dengan penuh perasaan. Jam yang menunjukkan pukul 11.30 malam langsung tak membuatkan dia berasa ngantuk mahupun sedikit.

"Buah hati abang..."

Diusap kembali gambar bahagia itu sebelum dia mengeluarkan keluhan berat. Tiga tahun. Tiga tahun dia mengambil masa untuk terima takdir Tuhan ini. Ujian yang terlalu berat buat seorang lelaki bernama Redza.

"Abang minta maaf. Abang lambat sangat nak terima takdir ini. Abang biarkan anak-anak kita terabai selama tiga tahun. Abang kejam kan, sayang?"

Terdiam sepi. Dia masih menatap frame kecil itu dengan penuh makna sebelum dia hadiahkan satu kucupan lembut di cermin frame tersebut.

"Deeja... Abang rindu..."

Dia pejam mata dan air matanya mengalir perlahan. Inilah dia setiap malam. Menatap gambar mereka, menyedari bahawa si isteri sudah tiada di sisi. Bukankah mereka baru bahagia untuk beberapa tahun? Kenapa sakit sangat ujian kali ini, Ya Tuhan?

Hidup Redza indah beberapa tahun lepas. Tidak disangka bahawa Khadeeja setuju untuk berkahwin dengannya tanpa rasa cinta. Dia terima sebab Haidar, bukan sebab orang lain. Beberapa hari selepas Khadeeja daftar masuk ke dalam universiti, Redza terus lafazkan akad nikah dengan nama Khadeeja Marrysa. Sedih? Ya, itulah perasaan Khadeeja ketika itu. Tapi tanpa dia ketahui, Redza sudah berjanji padanya untuk menjaga dia seikhlas hati. Redza yang sempurna segalanya itu dianggap gila oleh Khadeeja apabila dia lafazkan akad nikah tadi. Rasa nak meletup saja kepala ini!

Songkok diletakkan di atas meja dan wajah Khadeeja dipandang lembut.

"Deeja tak mandi lagi? Pergilah mandi dulu. Abang tunggu. Lepastu boleh solat sekali. Kalau lambat nanti, takut terlepas pula."

Suara garau Redza tidak diendahkan. Dia sakit hati. Telefon tak henti bergetar kerana notifikasi Atiq. Serabut fikirannya hari ini. Atiq, Redza, Redza, Atiq. Serabut!

"Deeja..." Tangan Khadeeja ditarik lembut dan Khadeeja tepisnya perlahan. Dia bangun, tak mahu pandang wajah Redza langsung.

Redza pandang sosok tubuh gadis itu lembut. Dia hanya merumitkan keadaan, bukan? Sekarang baru dia sedar, dia rindu suara gadis itu. Tawanya, senyumnya. Tapi bukan Redza lah jika dia berputus asa sekarang. Kali ini, dia boleh buat apa saja yang harus dia buat. Khadeeja sah isterinya dan Redza adalah suami sahnya.

"Hei, Deeja..." Tangan Khadeeja ditarik perlahan dan gadis itu berpaling, memandang Redza dengan penuh rasa benci.

"Deeja, please? Abang tahu Deeja tak boleh nak terima abang sekarang tapi tolong tahu yang abang ikhlas kahwin dengan Deeja. Sekurang-kurangnya, bagi abang jadi imam Deeja saja. Itu dah memandai."

"Untuk apa Abang Ja kahwin dengan Deeja? Kenapa Abang Haidar paksa Deeja kahwin dengan abang sedangkan dia tahu Deeja cintakan Atiq?"

Dan kata-kata itu membuat senyuman tipis milik Redza pudar. Khadeeja benar cintakan Atiq, bukan? Dia tiada tempat di hati Khadeeja walaupun sedikit. Jelas, terang lagi bersuluh! Redza adalah penderitaan Khadeeja saja!

"Tapi Atiq bukan lelaki baik."

"Mana abang tahu? Abang kenal dia? Abang pernah cakap elok-elok dengan dia? Abang pernah duduk satu meja dengan dia?"

Tanyanya bertubi-tubi dan Redza geleng perlahan. Dia tak pernah tetapi dia seorang lelaki. Dia tahu untuk menilai lelaki itu... Dan jelas, Atiq memang bernafsu gila! Mungkin kebenarannya bukan sekarang tapi suatu hari nanti, Khadeeja akan tergamam melihat jejaka yang dia sanjungkan itu.

"So please. Bagi Deeja, kita tak pernah berkahwin. Jadi tolong jangan dekat dengan Deeja, jangan cakap dengan Deeja, dan lagi elok jika abang tak pandang pun Deeja."

Tubuh kecil itu melangkah beredar meninggalkan biliknya. Redza pandang isterinya sayu. Pedih, Ya Tuhan. Takkan dia langsung tak ada rasa kasih sayang pada Redza? Ya, mana mungkin gadis seperti Khadeeja mampu jatuh hati pada Redza yang hanya berstatuskan kawan baik abang kandungnya.

"Kalau abang boleh tunggu Deeja selama dua tahun, abang akan tunggu Deeja sampai bila-bila."

Monolognya perlahan sebelum butang baju melayu dibuka. Dia berpaling ke bilik air dengan langkah yang sungguh perlahan. Kalaulah dia boleh bermanja dengan Khadeeja. Kalaulah dia boleh berbual mesra dengan Khadeeja. Kalaulah dia boleh dibelai dan diberi kasih sayang oleh gadis bernama Khadeeja. Tapi itu hanya mimpi. Semua itu mustahil. Atiq adalah cinta hati Khadeeja...

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now