BAB 14

264 11 0
                                    

HAIDAR sudah mula menggaru kepala yang tidak gatal. Rasanya boleh dikatakan sejam jugalah mereka disidai di kedai mamak Ali Maju ini. Air pun sudah tiga kali order, nak makan tak berselera lah pula. Redza pula bagai tiada perasaan di hadapannya, menunggu bagai mahu jodoh kedua datang.

"Kau tak penat ke duduk sini, Ja?" Nadanya lagak anak manja merungut.

"Hisy, abang aku belum sampai..." Balas si Redza pula dan Haidar sudah menongkat dagu memandang sahabatnya di hadapan.

Dari tadi Redza menyebut abangnya nak datang berjumpa tapi Redza tak pernah bercerita. Apa yang Haidar tahu, Redza hanya mempunyai seorang ibu dan seorang adik perempuan yang masih bersekolah. Ayahnya pula sudah lama meninggal dunia akibat serangan jantung. Jadi dia adalah ketua keluarga sejak kecil tapi... Abang? Siapa abang yang dimaksudkan Redza? Mahu bertanya, takut ia soalan sensitif pula.

"Ja..."

"Hm?" Redza ukir senyuman tipis dan matikan skrin telefon. Diletakkan ia di atas meja dan wajah tampan itu masih mengukir senyuman tipis, menunggu Haidar menyambung kata-katanya.

"Sejak bila kau ada abang?"

"Sejak daddy kahwin baru."

Kehadiran anak-beranak itu langsung tidak mewujudkan perasaan sayang dan cinta pada hati Redza dan Rafiqah. Lagi-lagi apabila Hamdan sentiasa kaitkan tentang isteri keduanya dalam semua perkara. Sejak dari itu, Redza semakin membenci pada si ayah. Sanggup dia duakan Maleka?

Hari raya pada tahun itu, jauh berbeza. Pagi-pagi lagi dia sudah dengar pujukan Hamdan kepada Maleka yang jelas masih menangis mengenangkan perkara yang terjadi sedangkan ia sudah berbulan-bulan.

"Sayang, i tetap cintakan you... Kehadiran Kamy dan Zhafran takkan menghalang i untuk terus cintakan you, Maleka..."

"Sampai sekarang i tertanya-tanya, Hamdan. I kurang apa pada you?"

"Maleka, berapa kali i cakap? Ini bukan soal kesempurnaan... You tak kurang apa-apa dan Kamy tiada kelebihan pun untuk i bandingkan. I sayang dua-dua, i cintakan dua-dua."

Maleka bangun dari terus duduk di sisi suaminya sebelum jam dikerling. Lebih baik dia bersiap cepat dan sediakan juadah untuk makan kejap lagi. Pada syawal pertama ini, dia patut tersenyum tetapi kenapa kelopak matanya basah?

Lengannya ditarik dan wanita itu berpaling serta-merta. Diusap lembut pipi Maleka sebelum Hamdan mula mengambil dagu wanita itu, mengangkatnya supaya mata Maleka memandang wajah kemas milik Hamdan.

"Bukan ke kita dah borak pasal benda ni banyak kali sebelum i kahwin dengan Kamy? Kenapa sekarang isteri i dingin dengan i?" Nada pada akhir ayat itu bagai cuba bermanja. Dia tak mahu bertengkar pada hari yang mulia ini.

"Pada waktu itu, i berharap sangat yang you akan lebih berpihak pada i. Tapi... I silap... Ya, betul. I paksa you kahwin dengan Kamy sebab i tak nak you terus menerus buat dosa, Hamdan. Tapi hati i selalu sangat berharap yang you akan tinggalkan dia, pilih i dan anak-anak."

"Maleka, sejauh mana i sakitkan you, sayang? Bagitahu i..."

Wanita itu terus jatuhkan kepalanya di bahu Hamdan sebelum lengannya melilar di pinggang si suami. Hamdan peluk erat tubuh isterinya, beharap ia dapat menenangkan hati Maleka.

"I pernah terfikir untuk minta cerai..."

"Hanya ajal yang akan pisahkan i dengan you, Maleka. You tahu benda tu kan?"

"I sakit, Hamdan."

"Maleka, nama you akan sentiasa istimewa dalam hati i. Kamy, Redza, Rafiqah mahupun Zhafran takkan mampu ganti tempat tu. Sebab tempat tu adalah tempat paling istimewa dalam hati i. Istimewa buat isteri i yang bernama Maleka. Alright?"

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now