BAB 5

270 10 0
                                    

SEPERTI biasa, setiap malam Atiq akan membawa motosikal pemberian ibunya ke tempat biasa dia dan kawan-kawannya akan berkumpul. Apabila lampu isyarat bertukar menjadi warna merah, motor diberhentikan. Kaki kanannya laju saja menapak ke atas jalan tar dan skrin telefon terus dia pandang. Wajah manis Fasya terus dipandang dengan penuh makna.

Jikalau ditanya dia memilih Fasya atau Khadeeja, dia lebih memilih Fasya. Benar, pada awalnya dia mahukan Fasya kerana nafsu. Siapa saja yang tak mahu dekati Fasya? Wanita itu terlalu terbuka. Beza umur mereka pun tidaklah terlalu jauh, Fasya hanya tua setahun daripada Atiq.

Jika persoalannya tentang Khadeeja, dia hanya mahu merampas hak Khadeeja sebagai seorang perempuan. Khadeeja dan Atiq dahulunya adalah kawan rapat di sekolah sehingga mereka berdua memulakan hubungan cinta.

Sejujurnya, Atiq tiada rasa cinta pada Khadeeja. Selagi dia tak dapat menakluki Khadeeja, selagi itu dia tak akan lepaskan gadis itu. Khadeeja adalah seorang gadis yang sangat menjaga batasan. Lihatlah pakaian gadis itu. Tertutup dari hujung rambut hingga hujung kaki. Entah apa mimpi si Atiq ini sehingga mahu jatuhkan Khadeeja di tangannya sendiri. Mahu tunjuk hebat gamaknya!

Fasya pula, tempat yang mereka kenali jauh dari tekaan orang sekeliling mereka. Siapa sangka, Atiq akan jatuh cinta pada seorang wanita yang bekerja di sebuah kelab malam? Ini semua angkara Hakem yang sentiasa memaksa Atiq mengikut mereka ke kelab malam.

Tak dinafikan, Atiq tahu bahawa Fasya seorang wanita yang sudah hilang haknya dengan pelbagai spesies manusia. Tapi itu tidak menghalang Atiq untuk jatuh cinta pada Fasya.

Selepas luahan hatinya diterima Fasya, wanita itu terus berhenti bekerja di kelab malam. Dia perlu hormat cinta Atiq yang jelas ikhlas terhadapnya. Apa yang Fasya mahukan, pasti Atiq usahakan.

Dan hari ini, Atiq sedang memegang sekotak cincin emas dengan penuh senyuman.

"Kita tunang and lepas kita habis belajar, kita kahwin."

Terngiang-ngiang suaranya sendiri di telinga. Janji yang dia pernah ungkapkan pada Fasya dahulu, kini dia akan tepati.

Menyedari lampu sudah bertukar warna, dia kembali bergerak menuju ke destinasi dengan penuh bahagia di dada. Jikalau benarlah dia dan Fasya akan bertunang, janjinya hanya satu. Dia akan lepaskan Khadeeja dengan penuh rela hati.

Angin malam itu sejuk terasa. Meremang bulu romanya seketika. Entah kerana gementar atau kesejukan.

Tatkala dia tiba di hadapan kelab malam tersembunyi itu, helmet dibuka dan rambutnya dikemaskan di hadapan cermin sisi motornya. Wajah pula dipandang dengan penuh teliti, takut comot pula. Minyak wangi disembur bagai tiada hari esok. Huh, sah dia gementar!

Kotak cincin dibuka dan dia pandang dengan senyuman yang lebar sehingga ke telinga. Bahagia sangat. Dia tahu Fasya takkan pernah menolak lamarannya. Tak akan.

Tanpa sebarang kata, dia mula menutup kotak cincin itu kembali dan selitkannya ke dalam poket seluar jeans yang dipakai. Kakinya dibuka, melangkah masuk ke dalam kelab malam tersebut. Dari luar sudah dengar samar-samar lagu yang bingit. Beberapa jejaka menghisap rokok sudah setia berdiri di hadapan kelab malam tersebut. Tidak dilupakan, ada juga yang sedang membuat maksiat terbuka. Tapi dalam fikiran Atiq sekarang ini hanya satu, Fasya.

Dia melangkah sedikit laju apabila sudah berjaya masuk ke dalam kelab malam tersebut. Macam-macam bau dia hidu. Kalau dulu dia jijik, kini ia bagai asap rokok saja kepada dirinya.

Sosok tubuh Fasya dicari-cari. Huh, biasanya Fasya akan tunggu di belakang pintu kelab malam itu, bagai menjemput suami baru pulang bekerja. Tapi kali ini, tiada pula.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now