BAB 34

182 5 0
                                    

"UNTUK kali ini, aku merayu dekat kau, Haidar. Turunkan ego please. Belajar terima ibu. Kasihan adik kau, Najwa dan arwah ayah. Ayah mesti marah kau benci ibu kan? Sedangkan dia pernah pesan dulu, jangan benci ibu."

"Tapi aku tak mampu, Ja... Hati aku... Sakit sangat bila pandang perempuan tu."

"Slowly, Haidar. Kau terima dia, kau jumpa dia dengan Deeja. Kalau kau nak dingin dengan dia pun tak apa sebab aku tahu, disebalik hati beku kau tu ada rasa kasih sayang. Itu mak kandung kau, Dar. Darah daging kau. Semua orang buat silap dan tugas kita adalah untuk memaafkan."

"Haidar?"

Lamunan Haidar mati apabila namanya dipanggil dengan penuh kelembutan. Dia dongakkan kepala dan memandang sosok tubuh seorang wanita jelita di hadapannya. Sungguh, dia rindu. Gaduhlah macam mana pun, dia tak sanggup hilang wanita ini. Satu-satunya wanita yang sabar dan setia dengannya. Apa benarkah caranya menyakiti Najwa kelmarin? Kalau Najwa sudah tawar hati pula macam mana?

"Sweetheart."

Dia bangun dan terus hempaskan dirinya ke tubuh Najwa. Dipeluk erat tubuh itu sebelum Najwa terdiam kaku. Gila tak terkejut? Sejak bila pula Haidar ni pandai peluk perempuan selain adik kandungnya sendiri? Kadang-kadang, terpegang tangan pun dia gelabah inikan pula peluk yang terang-terangan dekat tempat awam. Dekat pejabat Najwa!

"Sayang?"

"I'm sorry..." Dia eratkan lagi pelukan.

Dia mahu minta maaf saja selama ini. Jika benar Najwa sudah tawar hati dengan dia, maka izinkanlah dia hadirkan kembali perasaan cinta dan sayang itu.

"Sayang, are you okay?"

"Sweetheart, i minta maaf. I...I janji i tak buat perangai dah. I terima ibu slowly, okay? Itu yang you nakkan? Jangan tawar hati dengan i please? I tak ada siapa-siapa selain you, Najwa..."

Haidar bagai selesa memeluk Najwa, ada kalanya dia sengaja mengusap pipinya di kain tudung Najwa. Banyak mata sudah memandang membuatkan Najwa sedikit tidak selesa. Bukan apa, dia tahu Haidar tak ada niat. Mungkin emosi yang mengawal diri Haidar sekarang.

"Sweetheart, please... Jangan diam macam ni... I minta maaf..."

"Haidar..."

"Sweetheart..."

Kesal. Lagi kesal apabila dia mendengar tiada lagi gelaran manja dari Najwa. Terasa bagai dia benar-benar kehilangan nyawa keduanya selepas Khadeeja.

"Sayang, hei... Malulah orang tengok..."

"Tapi i tak nak you benci i..." Bisiknya dengan suara serak membalas kata-kata Najwa.

Najwa senyum tipis dan tolak tubuh Haidar selepas dia berjaya mengubah riak wajahnya. Ditarik kasar lengan Haidar yang berlapik kain baju lengan panjang berwarna biru itu sebelum mereka melangkah keluar daripada pejabat Najwa. Terhenti langkah mereka di belakang bangunan tinggi itu dan Haidar hanya tatap Najwa bagai meminta simpati.

"I'm sorry..." Ucapnya lagi.

Najwa pejam mata seketika dan bukanya kembali selepas keluarkan keluhan berat. Dia dekati tubuh Haidar sebelum diusap lembut rambut tebal Haidar.

"Sweetheart tak marah i...? I minta maaf peluk you macam tu... I takut you benci i. I...I'm sorry kalau i buat you makin bencikan i."

"Sayang, sejak bila pula i marah you?"

Najwa berlapis dahi dan pandang wajah Haidar lama. Ya, dia tahu dia dah buat Haidar marah kelmarin tapi dia tak ada pula rasa marah pada Haidar, malah dia rasa bersalah kerana sakiti Haidar.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now