BAB 28

178 5 0
                                    

CAWAN kopi diletakkan di atas meja dan dia senyum tipis memandang anak dan menantu di hadapan. Redza riak tenang manakala Khadeeja sudah garu kepala yang tidak gatal. Ya, hari ini mereka sengaja jumpa Marina. Siapa sangka pada hari yang Redza dan Khadeeja sibuk membeli-belah itu, rupa-rupanya tingkah laku mereka diperhatikan oleh seorang wanita pertengahan usia iaitu ibu kandung Khadeeja sendiri.

Tangan Redza sengaja peluk bahu si isteri. Khadeeja pula bagai tersedar kembali bahawa dia berada di hadapan si ibu bersama suaminya di sisi. Beginikah wajah ibu? Cantik... Selama ini dia lihat dari gambar saja tapi sekarang... Dia berada di hadapan Khadeeja.

"Ini ke menantu ibu?"

Tersenyum tipis wanita tua itu dan Khadeeja angguk acuh tak acuh. Redza angguk laju dengan senyuman, masih mendiamkan diri. Kekok pula rasanya.

"Haidar..."

"Abang tak nak jumpa ibu." Jawab Khadeeja laju selepas mendengar nama si abang dikeluarkan dari mulut Marina.

"Abang benci ibu...?"

Dan Khadeeja diam sepi. Takkan dia nak menjawab soalan itu pula? Pasti terasa orang tua itu mendengar jawapan sebenar.

Dan sesungguhnya sekarang ini dia sendiri tak senang duduk berhadapan dengan ibunya. Kekok!

"Ibu tak sempat hadir majlis kahwin kiteorang hari itu... Haidar nak kahwin nanti, ibu datang ya?"

Khadeeja pandang si suami laju termasuklah Marina. Tergamam mereka mendengar. Tanpa keizinan, Redza jemput Marina datang ke majlis kahwin Haidar? Tahukah dia bahawa Haidar akan mengamuk nanti?

"Haidar nak kahwin? Alhamdullilah... Bila?" Manis senyuman si ibu, gembira mendengar berita bahagia ini.

"Lagi beberapa bulan. Sekarang dorang bertunang saja."

"Alhamdulillah... Ayah? Ayah sihat?"

Masih terukir senyuman di wajah perempuan tua itu, memandang anak dan menantu di hadapan. Hatinya gembira melihat anak-anaknya sudah besar dan bakal mendirikan rumah tangga sendiri.

Khadeeja dan Redza diam. Muiz? Kenapa baru sekarang bertanya tentang Muiz?

Pandangan Marina beralih pada si menantu pula.

"Redza?"

"Ayah dah lama meninggal." Khadeeja jawab acuh tak acuh.

Pandangan wanita tua itu terus beralih ke arah Khadeeja kembali dan tangan diangkat ke dada. Mengucap dia seketika mendengar khabar duka itu pula. Dia sangkakan bekas suaminya membesarkan kedua-dua anaknya dengan baik tapi malang sekali, takdir menolak perkara tersebut.

"Ayah..."

"Ayah jaga abang dengan Deeja seorang diri. Deeja umur enam tahun, ayah pergi tinggalkan kiteorang pula. Abang dengan Deeja duduk rumah anak yatim. Semua orang tanya, mana ibu? Kenapa ibu tak datang ambil? Kenapa ibu tak jenguk kiteorang walaupun seketika?"

Khadeeja celah laju dan si ibu sudah tergamam.

"Ibu tinggalkan ayah sebab ayah berhutang, ayah menganggur. Tapi pernah ke ibu tengok kebaikan ayah? Dia jaga anak-anak dia, dia hantar kiteorang ke sekolah jalan kaki sebab kereta kena tarik. Ibu tak pernah tahu kesusahan kiteorang dan sekarang kenapa munculkan diri?"

"Deeja..." Suara garau Redza bagai cuba tenangkan si isteri di sebelah. Tangan Khadeeja ditarik di bawah meja sebelum dia usapnya lembut.

"Ayah kata jangan benci ibu bila kiteorang dah faham segalanya. Tapi kenapa Abang Haidar masih bencikan ibu? Tengok muka ibu pun dia tak nak apatah lagi dengar nama ibu? Dia besarkan Deeja seorang diri. Dia pegang tanggungjawab dia sebagai seorang abang, belai Deeja, peluk Deeja. Tapi siapa peluk dia, ibu? Siapa yang jaga hati dan perasaan dia?"

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now