BAB 24

176 6 0
                                    

DARI siang tadi Khadeeja hanya mampu menjaga suaminya dari jauh. Cukuplah semalam dia sudah buat Redza benar-benar hilang sabar. Cukuplah Redza turunkan ego pulang ke rumah hanya kerana tahu Khadeeja takut akan guruh. Dia tetap memeluk si isteri walaupun Khadeeja sakiti dirinya. Kenapa Khadeeja masih sia-siakan jejaka sesempurna ini?

"Deeja?" Teguran dari suara garau itu membuatkan Khadeeja dongakkan kepalanya sedikit, memandang kehadiran jejaka yang cukup dia kenali.

"Encik Zhaf..."

Zhafran tersenyum manis dan labuhkan punggung di sebelah Khadeeja. Khadeeja pula hanya berganjak sedikit, memberi ruang kepada Zhafran untuk duduk di sebelahnya. Kalau dulu Khadeeja benci dengan Zhafran, kini dia tahu bahawa Zhafran sengaja menyakiti hatinya dulu kerana Zhafran tahu bahawa Khadeeja ini adalah adik iparnya sendiri. Huh, tak bagitahu awal-awal!

"Tak payah nak berencik-encik dengan saya, Khadeeja. Tak ada orang pun kat sini."

Tegurnya lembut dan Khadeeja pandang sekeliling, menyedari memang tiada orang di pondok kecil ini. Seketika dia garu kepala yang tidak gatal, malu pula apabila ditegur sebegitu.

"Awak okay tak, Khadeeja? Kenapa hari ini tak lunch dengan Redza?"

Sengaja Khadeeja angkat bahu, pura-pura tak tahu sedangkan dia adalah punca mereka tidak makan bersama tengah hari ini.

"Dia busy kot..." Tersenyum tipis sekilas sebelum senyuman itu pudar dari wajah Khadeeja serta-merta.

"Busy? Abang Zhaf baru nampak dia dekat cafeteria tadi. Kasihan dia makan sorang-sorang."

Bukan menyakat tapi memang benar, dia nampak Redza seorang diri saja menjamu selera di cafeteria tadi. Nak tegur, takut mood jejaka itu tak menentu pula. Makan pun tak bersenyum tadi, biasanya berseri saja muka tampan milik Redza itu tapi tidak untuk hari ini.

"Deeja tak lapar. Abang Zhaf tak pergi makan?"

"Abang tak berselera hari ini. Tak sedap badan, macam nak start demam." Dia mula mengusap lengannya bagai kesejukan. Memang dah meremang dah bulu roma ni sebernanya sedangkan cuaca panas terik sekarang ni. Aduhai...

"Abang Zhaf dah pergi klinik?" Tanya adik iparnya itu sedikit risau dan Zhafran geleng laju.

"Tak sempat, balik ni bolehlah kot singgah kejap."

Dan Khadeeja hadiahkan satu senyuman tipis. Fikirannya bercelaru saat ini. Tiada apa yang dia mampu fikirkan selain Redza. Benarkah Redza seorang diri? Kenapa jejaka itu bagai mahu mengelak dari semua orang? Biasanya kalau tak dapat makan tengah hari bersama Khadeeja, pasti dia ajak Zhafran tapi lain pula pada kata-kata Zhafran. Apa berdosakah dia sebagai seorang isteri? Berdosakah jika setitis air mata syurganya itu gugur kerana dia? Dia isteri nusyuzkah?

"Khadeeja!" Jari dipetikkan di hadapan wajah Khadeeja membuatkan wanita itu kembali ke dunia nyata. Dia yang bagai terkebil-kebil laju saja beralih pandangan memandang Zhafran.

"Y...Ya?"

Zhafran senyum tipis. Keluhan kecil dikeluarkan sebelum tubuh pula dipeluk kemas.

"Awak ada masalah dengan Redza kan?"

Alamak, nampak sangat ke? Aduhai, Khadeeja. Obvious!

Khadeeja angguk, kemudian geleng. Ketawa Zhafran pula diludahkan, memang tak reti menipu betul budak polos seorang ini.

"Abang Zhaf risaukan Ja sebernanya..."

Ungkapnya lembut membuatkan Khadeeja laju saja menatap wajah abang iparnya itu lama. Risau? Ada apa-apa jadi pada Redza?

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now