BAB 9

260 11 0
                                    

ATIQ pandang skrin telefonnya lama. Menunggu balasan Khadeeja dari semalam tapi masih tak dijawab-jawab. Hatinya gusar. Nak masuk kelas pun susah!

Dia tekan kembali chat mereka dan tangannya menekan-nekan keyboard dengan laju.

"Sayang?"

"Deeja okay?"

"Atiq risaukan Deeja... Deeja nak jumpa Atiq tak? Atiq ambil Deeja ya petang ni?"

Dia pandang skrin lama. Hatinya tak tenang memikirkan Khadeeja. Apalah gamaknya gadis itu buat sekarang? Semalam kali terakhir mereka berbual adalah di depan rumah Redza, berpelukan bagai itu adalah pertemuan mereka yang terakhir. Jika dulu dia mempermainkan Khadeeja, sekarang dia benar-benar mahu kahwini gadis itu kerana keikhlasan Khadeeja terhadapnya. Tapi kenapa Khadeeja mengelak dari dirinya...?

Atau mungkin Khadeeja sudah jatuh hati pada suaminya?

✰✰✰✰✰

REDZA senyum tipis mendengar bebelan ibunya di dalam panggilan. Dia tengah bersiap nak pergi kerja, orang tuanya boleh membebel pula dalam panggilan.

"Kalau tak ada jodoh, nak buat macam mana, Ma?"

"Jodoh tu memang takkan ada kalau Ja tak usaha!" Marah si ibu dan Redza masih tersenyum tipis.

"Ja tak nak dia sakit duduk dengan Ja... Tak apa. Ja banyak lagi masa untuk cari menantu baru untuk mama..."

"Mama takmau terima menantu lain selain Khadeeja, Ja..." Jawab Maleka perlahan sebelum Redza angguk lemah.

"Mama tak kesiankan Khadeeja ke? Dia ada kebahagiaan dia sendiri, ma..."

"Habis tu kebahagiaan Ja tu Deeja kan?"

"Kalau dia happy, Ja happy. Itu dah memandai."

Maleka geleng perlahan. Kenapalah anak dia ini terlalu berlembut? Tak macam lelaki kental yang lain! Badan saja tegap tapi hati bagai ada taman rama-rama!

"Ikut suka Ja lah. Mama penat nak cakap. Apa-apa, update mama."

Redza angguk perlahan dan panggilan langsung dimatikan. Redza pandang telefonnya terkebil-kebil. Maleka merajuk gamaknya dengan dia. Iyalah, Maleka berkenan dengan Khadeeja dari dulu lagi. Dah tentu si ibu kecewa apabila dapat tahu keputusan si anak mahu berpisah dengan menantu kesayangannya. Entah apa yang dia minat pada Khadeeja sedangkan Khadeeja langsung tak bertegur sapa dengan Maleka.

"Abang?" Suara itu memanggil membuatkan Redza berpaling memandang ke belakang. Sosok tubuh Khadeeja kelihatan sebelum Redza sempat mengukir senyuman tipis kembali.

"Deeja dah siap? Abang hantar pergi U ya?"

"Class cancel hari ini. Deeja ikut abang pergi cafe boleh?"

Redza angguk laju.

"Boleh tapi Deeja nak buat apa dekat situ?"

"Abang pernah janji nak ajar Deeja masak. Boleh ajar Deeja hari ini?"

Entah kenapa hati Redza disambut keriangan melihat kelembutan Khadeeja bercakap dengannya. Pagi tadi pun dia dapat subuh bersama dengan Khadeeja. Tapi harapannya tidak diletakkan terlalu tinggi. Tak. Tak boleh. Ini hanya kerana mereka akan berpisah. Itu sahaja.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now