BAB 42

177 5 0
                                    

PADA hari itu, segalanya indah. Cuaca yang baik, tetamu yang cukup ramah dan tidak lupa juga apabila si ibu menjejakkan kaki ke dalam dewan besar ini. Haidar bangun dari duduk di atas pelamin. Dia yang berpakaian baju melayu serba keputihan dengan songkok berwarna hitam yang masih setia di atas kepala menonjolkan kekacakkan dirinya lagi.

Dia mendekati si ibu bersama adik perempuannya dan adik iparnya. Ni mesti baru balik dari bersapa dengan tetamu yang sudah pulang.

"Ibu..." Haidar peluk tubuh wanita tua itu dengan penuh kasih sayang dan kerinduan.

Walaupun dia berjumpa setiap hari dengan si ibu, pada akhirnya mereka bakal berpisah apabila Haidar sudah berkahwin. Selama mereka berbaik, Marina dijaga baik oleh Haidar di rumah yang Haidar tinggal. Tapi kini, Marina bakal keluar kembali dari rumah itu. Dia akan duduk kembali di rumah arwah suaminya seorang diri. Bila dihalang, Marina kata dia tak mahu ganggu rumah tangga anak lelakinya. Berat hati itu pasti tapi jika itu kehendak Marina, apa Haidar boleh buat?

"Anak lelaki ibu dah besar dah..."

"Ibu..." Haidar ketawa kecil di dalam dakapan si ibu. "Haidar masih anak ibu. Masih anak kecil ibu kan?"

Dileraikan pelukan dan Marina usap pipi kasar Haidar perlahan. "Always, sayang."

"Sweetheart..." Suara Haidar menegur apabila terasa lengannya dipeluk seorang wanita.

"Terus tak nak berenggang." Khadeeja tayang wajah menyampah dan Haidar sudah mengecilkan matanya. Geram betul! Suka sangat cari pasal Khadeeja ni. Haih, nasib sayang.

"Eh, yang tu? Aku kahwin ke korang kahwin?" Dia muncungkan bibir ke arah lengan Redza yang dipeluk erat oleh tangan Khadeeja.

"Eh, ni dah lama halal. Bakal timang anak lagi. Kan, sayang?" Redza mengenyitkan mata memandang Khadeeja, sengaja dia berpihak pada si isteri. Kang kalau berpihak pada Haidar, cik isteri merajuk. Hah, mood Khadeeja sekarang selalu swing.

"Hisy, tak boleh tak bergaduh langsung." Tegur si ibu geram. Mereka ketawa terkekek-kekek apabila riak wajah Marina sudah berkerut-kerut melihat pergaduhan mereka.

"Ala, gaduh manja saja, ibu."

Najwa leraikan pelukan di lengan Haidar dan peluk erat tubuh wanita tua itu. Marina tersenyum dan balas pelukan menantu perempuannya itu. Rasa bahagia sangat dapat hadir ke majlis perkahwinan Haidar. Dia tak sempat hadir ke majlis Khadeeja, mungkin tak ada rezeki. Dapat melihat anak-anak bahagia pun sudah cukup membahagiakan dirinya.

"Ni, Ja. Mama macam mana?" Haidar menegur.

Iyalah, kali terakhir mereka bertemu di cafe Redza bersama kawan-kawan mereka yang lain. Sekarang baru berkesempatan nak tanya sekali lagi tentang Maleka.

"Alhamdullilah, mama dah boleh berjalan guna tongkat sikit-sikit." Jawab Redza dengan senyuman.

"Ya Allah, lega sangat dengar. Alhamdullilah." Haidar meletakkan tangan di dada tanda kesyukuran.

"Cakap pasal mama, ibu tak sempat lagi nak bersua muka dengan mama kan?" Khadeeja memandang si ibu dan encik suami bergilir-gilir, meminta kepastian. Mereka mengangguk laju, ya memang Marina tak jumpa besan dia lagi. Tak sempat, sibuk sangat menjenguk Haikal dalam Henry Gurney.

"Hah, malam ni Ja nak singgah rumah mama kejap. Ibu nak ikut?" Jemput Redza tanpa rasa was-was. Aduhai, dah lama berkahwin tapi mak mentua pula tak pernah jumpa mak kandungnya.

"Bolehlah, alang-alang memang kita naik satu kereta kan?"

Mereka mengangguk bersetuju. Haidar hanya tersenyum melihat keakraban keluarganya yang dahulu pecah-belah. Seronok lagi kalau Muiz ada tapi tak apa. Mereka masih ada peluang untuk bersama di dalam syurga nanti. Bila tiba masa, mereka akan berjumpa dengan Muiz kembali. Cukuplah dengan apa yang dia miliki sekarang. Khadeeja, Redza, Marina dan Najwa. Itu sudah cukup.

✰✰✰✰✰

HANDBRAKE ditarik ke atas selepas mereka berjaya tiba di halaman rumah keluarga Redza. Berjam-jam juga dalam kereta, lenguh punggung dibuatnya. Iyalah, keluarga Najwa tinggal di Johor. Majlis pun dibuat disana. Lusa majlis di sini pula, fuh... Lelah!

Redza berpaling pada Khadeeja di seat sebelah dan ibu mentuanya di seat belakang. Masing-masing sudah terlelap. Jam tepat menunjukkan waktu azan maghrib. Nasib baiklah tak lewat sangat.

"Sayang..." Dia usap kepala Khadeeja yang ditutupi kain tudung itu perlahan. "Sayang, bangun. Kita dah sampai rumah mama ni." Tangan kanannya secara tidak sengaja menyentuh perut yang sudah membuncit milik cik isteri. Tersenyum manis dia dibuatnya.

"Eii, awak tak nak tolong babah kejut umi awak ke? Umi awak penat sangat sampai terlelap dia padahal tadi dia janji dengan babah yang dia nak teman babah drive. Anak babah ni pun kerja buli umi saja kan?"

Dia ketawa kecil bercakap dengan si kecil yang masih berada di dalam perut Khadeeja. Suka dia berbual, macamlah si kecil itu boleh menjawab.

"Ja..." Suara Marina dari belakang mengambil perhatian Redza.

Dia berpaling memandang Marina yang sudah terjaga dari lena dan pandang Redza dengan senyuman tipis.

"Ibu, dah sampai dah rumah family Ja."

"Alhamdullilah." Dia ucap perlahan. "Ja masuklah dulu, biar ibu kejut si Deeja ni."

Redza menggeleng, menghalang hal itu. "Tak apa. Deeja penat sangat ni. Ja dukung saja dia nanti."

Marina angguk perlahan. "Jom lah kita."

Redza buka pintu keretanya dan serentak dia bersama Marina keluar dari perut kereta. Kaki panjang itu lari anak-anak ke arah pintu passenger seat. Dibuka pintu kereta dan dia buka safety belt yang dipakai oleh Khadeeja. Didukung tubuh kecil Khadeeja yang berbadan dua dan terus melangkah menuju ke pintu rumah. Senang juga ye kalau rumah tak ada pagar macam ni.

Baru saja pintu mahu diketuk, ia sudah terbuka luas daripada dalam. Redza yang lelah mendukung si isteri hanya memandang sosok tubuh yang membuka pintu.

"Abang." Suara Rafiqah kedengaran mengambil senyuman Redza serta-merta.

"Adik, siapa ada?"

"Semua ada, Abang Zhaf pun ada ni hah." Jawabnya sambil melihat kaki Redza melangkah masuk.

"Okay, abang nak letak Kak Deeja dekat bilik. Adik jemput ibu Kak Deeja masuk."

Serentak itu Rafiqah memandang tetamu yang hadir bersama Redza. Wanita tua itu masih setia berdiri di luar pintu tatkala Redza sudah melangkah mahu mendaki anak tangga.

"Auntie Marina?"

Tersentak penghuni-penghuni di dalam rumah itu. Redza yang tadi lelah mendukung si isteri turut terhenti, entah kenapa dia pun rasa macam nak tahu kenapa nada Rafiqah macam kenal sangat dengan mak mentuanya itu.

Masing-masing berpaling memandang Marina yang masuk ke dalam tanpa diundang oleh Rafiqah. Tersenyum tipis dia sebelum Rafiqah hulurkan tangan, bersalaman dengan mak mentua Redza. Redza sudah menjongket kening, mula berasa tak senang duduk.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now