BAB 23

189 7 0
                                    

ATIQ kemaskan rambutnya sambil kaki melangkah keluar dari rumah sewanya. Housemate yang lain sudah beredar keluar makan malam, dia pula baru saja mahu keluar. Hadeh, pasti kena bebel dengan kawan-kawan dia kejap lagi.

Baru saja berpaling selepas kunci pagar rumahnya kemas, dirinya bagai berdiri kaku. Kaki nak dibuka melangkah pun rasa berat kali ini. Dia mahu berpaling kembali tapi hati tak benarkan.

"Atiq..."

Suara ayu itu menegur membuatkan Atiq laju saja tundukkan pandangan. Dia geleng kepala laju sebelum berpaling dan paksa diri untuk melangkah beredar dari situ. Lebih baik dia beredar cepat daripada terpaksa layan perasaan hati ini lagi.

"Atiq!"

Wanita itu laju mengejar Atiq tetapi Atiq langsung tidak hiraukan. Malah dia memejam mata, berharap wanita itu berhenti mengejarnya.

"Sayang."

Dia capai lengan Atiq erat dan kaki Atiq serta-merta berhenti melangkah. Perlahan-lahan dia capai tangan wanita itu dan kerling wajahnya lembut.

"Kita dah tak ada apa-apa..." Dia tepis tangan wanita itu dengan penuh kesabaran di dada.

Hatinya masih sakit. Kejadian pada malam itu masih segar di minda. Maksudnya selama ini pun dia pernah buat perkara itu dengan lelaki lain selepas mereka putuskan untuk ada hubungan bersama?

"Sayang, please! Dengar cakap i, Atiq..." Suaranya ditinggikan.

"Dengar apa, Fasya? Kenapa kau kena hadir dalam hidup aku, Fasya? Aku tak pernah minta untuk cintakan kau lah. Tapi bila aku dah mula cintakan kau, kenapa kau buang aku? Kau tipu aku, kau khianat aku, Fasya. Kenapa?" Diluahnya segera. Dia tak mahu duduk lama-lama bersama Fasya, apa pula kata jiran nanti.

"Atiq, you tak kasi i explain..."

"Pergi mampuslah dengan explanation kau. Ia takkan mengubah apa-apa. Entah-entah sebelum tu pun kau ada buat benda yang sama dengan jantan lain kan?"

Dan Fasya terdiam. Hatinya terguris, jujur. Ada sebab dia buat perkara itu. Ada sebab!

"Kenapa diam?" Suara Atiq berubah lembut.

Dia berharap agar Fasya nafikan hal tersebut tapi tatkala Fasya diam seribu bahasa, dia tahu bahawa perkara itu benar.

Perlahan-lahan Atiq berpaling dan buka langkah mahu beredar. Tangan digenggam. Ya Tuhan, sakitnya perasaan ini. Sering kali dia bercerita tentang Fasya pada ibu bapanya tapi kenapa ini pula yang terjadi?

"I buat sebab you, Atiq. Sebab i sayangkan you..."

Atiq terhenti apabila mendengar suara itu menyambung perbualan mereka. Dia berpaling memandang Fasya sebelum wanita itu angkat kepala dari terus menundukkan pandangan. Ditatap wajah Atiq lama. Sungguh, dia mula cintakan Atiq. Tak pernah dia jatuh cinta dengan lelaki yang dia bertemu di kelab malam, akhirnya dia jatuh cinta pada Atiq selepas Atiq menyentuhnya malam itu. Tapi hanya disebabkan satu kejadian, Atiq tuduhnya melulu. Atiq tinggalkan dia tanpa sedikit pun peluang.

Telefon Atiq berdering membuatkan anak mata mereka teralih memandang poket seluar Atiq. Atiq keluarkan satu keluhan berat, mengeluarkan telefon yang berada di dalam poket dan pandang skrin telefon itu lama. Berlapis-lapis kerutan di dahi sebelum dia jawab panggilan tersebut dan letakkan telefon di telinga kanan.

"Saya nak jumpa awak esok pagi." Tanpa salam, si pemanggil memberi arahan.

"Tapi encik, saya ada kelas esok pagi..." Jawabnya jujur.

"Skip." Dan panggilan dimatikan.

Atiq yang bagai terkebil-kebil itu terus beralih pandangan memandang skrin telefon yang dipegang. Memang tak salah lagi, suara sama, nama yang sama. Sah, ini pasti tentang Khadeeja. Kerana orang yang membuat panggilan tadi adalah suami sahnya.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now