BAB 8

249 12 1
                                    

HAIDAR sudah beredar beberapa minit yang lepas dengan riak wajah yang kecewa. Dia kecewa dengan adiknya yang masih membutakan mata dengan bayang-bayang Atiq. Redza pula dari tadi tak turun. Gamaknya dia dah terlelap di atas.

Telefonnya berdering dengan nama Atiq tetapi tidak dijawab. Dia marah, kecewa, sedih! Selama ini Atiq ada perempuan lain dibelakangnya? Ya Tuhan... Dan dia kesal dengan dirinya yang langsung tak beri peluang pada Redza untuk dicintai. Dua tahun... Ia bukan tempoh yang singkat. Lama! Ya, benar. Memang pejam celik, pejam celik dah dua tahun tapi bagaimana Redza mampu pendam perasaan cinta itu sedangkan mereka jarang berjumpa? Bercakap, jauh sekali.

Khadeeja bangun, mahu melangkah naik ke atas tetapi dia jatuh terduduk kembali apabila telefonnya memberikan notifikasi daripada Redza. Laju saja dia membuka telefon dan baca satu per satu perkataan yang ditulis.

"Esok kita selesaikan hal kita ya? Ikutkan hati, abang tak mampu hilang Deeja tapi Deeja peduli apa? Naiklah tidur, abang tidur dekat bilik kerja abang."

"Abang tak nak Deeja hidup derita macam ni... Nanti kita berpisah, abang harap hubungan kita masih sama."

"Goodnight, Deeja."

Dan entah kenapa Khadeeja risau. Dia risau segalanya hari ini. Hati ini risau jikalau apa yang Redza kata itu benar. Berpisah? Dia benar-benar sudah meletakkan titik terakhir dalam keputusannya? Adilkah?

Khadeeja baring di atas sofa, memeluk tubuh. Dia tenung siling lama dan matanya dipejamkan. Keluhan berat kedengaran sebelum hatinya kembali terasa bebanan yang berat. Inikah perasaan Redza selama ini?

✰✰✰✰✰

ALARM berbunyi kuat membuatkan Redza berlapis dahi. Dia mengeluh berat dan pandang ke kanan, mematikan alarm yang kuat di sisinya. Jam di dinding dikerling. Dah pukul 5.00 pagi. Eloklah itu. Dia boleh solat tahajud kejap seperti biasa.

Tubuhnya terasa berat untuk bangun. Dia pandang ke kiri dan terlihat tangan si isteri sudah erat berada di pinggangnya. Kepala isterinya pula berbantalkan dadanya. Dia mengeluh perlahan dan pandang Khadeeja di sebelah itu lembut. Bila masa pula dia bangun? Rasanya malam semalam, dia tidur di biliknya pukul 1.00 pagi selepas memastikan Khadeeja sudah terlena di atas sofa. Tak kuasa dia nak dukung Khadeeja. Bukankah Khadeeja tidur di bawah semalam?

Dia tatap Khadeeja yang masih lena dibuai mimpi sebelum senyuman tipisnya kelihatan. Dia percaya... Jika ini takdir Tuhan padanya, dia patut redha. Mungkin jodohnya bukan dengan Khadeeja. Mungkin juga Khadeeja adalah seseorang yang hanya datang untuk memberi pengajaran.

Dia kucup ubun-ubun rambut isterinya dan pejam mata lama. Wangi rambut si isteri. Dia usap tangan Khadeeja di dadanya sebelum dia alihkan ia perlahan. Dia bangun dengan penuh hati-hati, tak mahu si isteri terjaga.

Dia berdiri tegak tetapi tangannya ditarik membuatkan dia jatuh terduduk di atas katil kembali. Matanya teralih memandang isterinya dan Khadeeja pandangnya lembut.

"Abang tak nak peluk Deeja?"

Dan jejaka itu menurut sahaja. Dia peluk tubuh isterinya dan Khadeeja peluknya erat. Dia tewas dengan kelembutan Khadeeja. Kerana kasih sayang dan cintanya pada seorang gadis yang tak pernah membalas cintanya.

"Can we stay like this for a while?"

Redza pandang isterinya lama. Dia tersenyum tipis sebelum tangannya mengusap rambut Khadeeja dengan penuh kasih sayang. Khadeeja selesakan diri di dada Redza sebelum dia kucup dada suaminya perlahan. Redza cuba memejam mata, melelapkan diri kembali tapi sukar! Masih tertanya-tanya apa yang menyebabkan Khadeeja merelakan diri memeluk Redza? Adakah sebab dia tahu mereka akan berpisah nanti? Pelukan terakhir? Tak apalah, biar saja Redza menikmati pelukan halal ini buat sementara waktu. Esok hari, mungkin tiada lagi sentuhan mahupun suara Khadeeja.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now