BAB 17

221 11 0
                                    

"BILA kita susah macam ni, kenapa awak lebih pilih lelaki yang berada daripada terus berada di sisi saya, Marina?"

"Awak nak saya buat apa lagi?! Tunggu macam orang bodoh dengan awak yang menganggur macam ni?"

Haidar usap kepala lembut si adik yang masih lena tidur di atas katil bersaiz single itu. Pergaduhan melampau dari orang tuanya membuat dia semakin takut. Air mata di lap kasar dan dia baring di sebelah Khadeeja. Budak lelaki itu harus kuat. Biarpun keluarganya sedang bertengkar, dia harus kekal menjaga adik perempuannya yang baru saja berusia 11 bulan.

Tubuh kecil milik adiknya dipeluk erat.

"Sayang, tolong bertahan dengan abang kejap saja lagi. Abang dah cuba cari kerja tapi awak tahu kan bukan senang untuk orang terima abang yang tak berkelayakan macam ni?"

Marina berhenti kemas pakaiannya dan terus berpaling pada si suami.

"Muiz, berhenti paksa saya bertahan dengan awak. Saya dah tawar hati. Berkahwin dengan awak adalah benda yang paling bodoh saya buat seumur hidup saya."

Mata Muiz berkaca dan dia pegang tangan si isteri.

"Ina, tolong? Jangan cakap macam tu. Awak tahu abang tengah struggle sekarang ni kan? Haidar, Deeja... Fikir pasal dorang. Kasihankan anak-anak awak tu..."

"Untuk pengetahuan awak, Muiz. Saya akan serahkan mereka berdua pada awak. Saya letih hidup macam ni. Dengan Khadeeja melalak, Haidar buat perangai! Sekarang awak pula duduk terkangkang kat rumah!"

"Ina, budak-budak tu anak awak! Anak kita lah, Ina! Cukup awak hina abang, tak perlu memperlekehkan anak-anak abang!"

"Memperlekehkan? Eh, sedar dirilah, Muiz. Kau tu hidup menyusahkan orang. Duit semua datang dari aku, kau lupa?"

"Marina, abang masih suami awak! Jaga kata-kata tu sikit!"

Dan suara mereka membahas samar-samar apabila air mata Haidar kembali mengalir. Senyap-senyap dia menangis di sebelah adiknya yang masih lena tidur selepas diberi susu tadi. Budak lelaki berumur 6 tahun itu mengeratkan pelukan dengan si adik.

"Abang dah biasa dah jaga Deeja. Jangan hiraukan ibu ayah ya? Deeja kan ada abang..."

Ya, dia bertanggungjawab sejak kecil. Tatkala si ibu pergi bekerja, si ayah pula sibuk mencari kerja. Kepercayaan diberikan sepenuhnya kepada Haidar untuk jaga adik perempuannya. Selama ini, adiknya nangis, dia seorang saja yang jaga walaupun umur masih kecil. Tak masuk akal tapi itulah pengorbanan seorang abang. Biarpun rumah bersepah, adiknya adalah keutamaannya. Itu kata-kata Muiz selama ini padanya.

"Sayang! Abang minta maaf... Tolonglah tahan sikit dengan abang! Abang tak ada sesiapa selain Ina..." Tangisan jejaka itu kedengaran kuat membuatkan hati Haidar semakin sakit tatkala mendengar rayuan si ayah.

"Kau nak aku bertahan sebab duit saja, Muiz! Jangan cuba bodohkan aku lah."

Dan tubuh Muiz ditolak kasar. Wanita itu keluar dari rumah dengan beg besarnya sebelum dia disambut bahagia dengan kereta mercedes milik jejaka berpakaian kemas itu.

Muiz jatuh terduduk di atas tangga dan air matanya mengalir deras. Bukan dia tak cuba, dia cuba! Cakap saja kerja apa, dia boleh buat tapi ada ke orang nak terima dia yang gagal SPM ini? Dulu, dia kerja pun kejap saja sebelum diberhentikan kerana tiada kedisiplinan. Sekarang, ditinggal isteri pula?

Dia lap air matanya laju sebelum dia bangun, mengenang nasib anak-anaknya di dalam bilik. Laju saja dia melangkah ke bilik Haidar dan pulas tombol pintu bilik anaknya. Haidar yang mendengar itu terus berpaling dan leraikan pelukan dari tubuh kecil adiknya.

"Haidar..."

Mata berkaca itu terus memandang wajah si anak sayu. Haidar duduk di atas katil dan Muiz melangkah mendekati katil kecil itu. Perlahan dia melutut dan pegang lengan anak lelakinya itu.

"Ayah cry ke...?"

Muiz ketawa kecil dan senyum manis. Dia geleng laju sebelum lap air matanya kasar.

"Haidar jaga adik ya?"

"Ayah nak pergi mana?"

Muiz masih tidak pudarkan senyuman. Dia geleng sekali sebelum gosok rambut anak lelakinya kasar.

"Ayah tak pergi mana-mana. Cuma lepas ni ayah minta Haidar tolong ada dengan ayah ya? Ayah cuma ada anak-anak ayah saja."

"Ibu...?"

Muiz pudarkan senyuman dan usap pipi lembut si anak.

"Ibu tinggalkan kita dah... Lambat-laun, Haidar akan faham sendiri ya?"

"Sebab Haidar ke...? Haidar boleh pujuk ibu kalau ayah nak. Haidar janji Haidar jaga adik elok-elok! Haidar tak kasi rumah sepah. Haidar tak minta apa-apa dah..."

Tersenyum tipis Muiz dibuatnya apabila mendengar permintaan anak sulungnya yang seorang itu. Nada manja milik Haidar benar-benar memulihkan hati Muiz seketika.

"Sayang, bukan sebab Haidar... Ayah yang salah. Ayah susahkan semua orang terutama sekali ibu. Tapi janji dengan ayah, bila Haidar dah faham semua ni, Haidar jangan benci ibu ya?"

"Haidar tak boleh jumpa ibu dah...?"

Muiz pandang wajah anaknya lembut. Bukan tak boleh tapi Marina yang tak mahu jumpa anak-anaknya. Jika dulu Marina pernah ada lelaki lain, Muiz maafkan. Tapi hari ini, dia tinggalkan keluarganya yang sudah hampir 8 tahun bersama hanya untuk lelaki yang jauh lebih berada dari Muiz.

"Ayah sayang Haidar tau. Ayah sayang adik. Ayah akan cuba besarkan anak-anak ayah dengan baik ya?"

"Ayah kan memang baik!" Balas Haidar dan Muiz  ludahkan tawa kecil.

Dia buka dakapan dan Haidar peluk si ayah erat. Air mata Muiz mengalir perlahan mengenang nasibnya yang ditinggalkan isteri. Ya Tuhan, berat ujian kali ini ya?

"Jangan jadi macam ayah ya, sayang?"

"AYAH!"

Dan dia bangun bagai gempa bumi terjadi. Matanya terbeliak dan peluh membasahi dahi. Dia tekup wajahnya dan istighfar seketika.

"Ya Allah..." Haidar mengeluh berat.

Dia pandang kiri kanan dan rumahnya kosong. Tiada orang, hanya dia seorang. Kalau dulu, tawa Muiz dan Khadeeja pasti kedengaran tetapi hari ini jauh sekali.

Telefonnya berdering membuatkan dia capainya laju. Wajahnya terukir senyuman tipis sebelum panggilan dijawab.

"Sweetheart?"

"Haidar, boleh ambil i dekat tempat biasa?"

Haidar senyum manis. Mungkin dia hilang kedua ibu bapanya. Mungkin Khadeeja tinggalnya seorang diri terlalu lama kerana perlu bersama si suami di sisi tapi kehadiran tunang Haidar ini benar-benar membuktikan bahawa dia sebernanya tidak keseorangan. Dia masih ada orang yang menyayanginya, bukan?

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now