BAB 47

264 3 0
                                    

ZHAFRAN peluk tubuh sayu itu dengan penuh makna. Ditepuk tubuh Redza, memberi semangat. Apabila Zhafran mahu temani Redza bersama di rumah, dia tolak. Mungkin Redza perlukan masa untuk menerima apa yang terjadi. Dah seminggu tapi dia susah sangat nak terima. Tak mudah untuk Redza terima segala ini. Nak dibandingkan dengan orang lain juga tak boleh, hati Redza lebih lembut jika ia soal tentang orang yang disayangi.

"Ja sure ke dengan apa Ja buat?" Zhafran kerling ke arah Haidar dan Najwa yang mengendong anak kembar Redza.

"Ja tak ada anak..."

"Ja..."

"Betul ke isteri Ja dah tak ada, abang?"

"Ja..." Kali ini Zhafran letakkan tangannya di kedua-dua bahu Redza. "Lawan perasaan sedih Ja. Pasang ayat al-Quran selalu. Sentiasa bersujud, luah apa Ja rasa pada Dia. Insya-Allah, semuanya akan dipermudahkan."

Redza hanya mengangguk, dia sendiri tak mampu beri semangat pada dirinya. Jangan haraplah dia termakan dengan nasihat orang lain.

"Nanti bila Ja bersedia, ambillah anak-anak Ja balik ya?"

"Ja tak rasa Ja akan ambil. Sebab dorang dah ambil benda yang lebih berharga. Nyawa isteri Ja."

"Redza, kenapa Ja berubah sampai macam ni? Mana adik abang yang abang kenal dulu? Mana iman Ja?" Berkerut-kerut dahi si abang mempersoalkan hal itu.

"Baliklah, abang. Ja penat." Tanpa menunggu Zhafran beredar, Redza sudah menghempas pintu rumah.

Dia tersandar di pintu rumah sebelum dirinya terjatuh, terduduk bersandarkan pintu rumah. Lutut dipeluk dan matanya berkaca secara tiba-tiba. Tengkuk digosok dengan penuh rasa ketakutan. Dia sunyi. Telinganya terngiang-ngiang mendengarkan janji Khadeeja beberapa jam sebelum dia pergi meninggalkan Redza. Dia sudah tahu bahawa dia akan pergi kerana itu dia berkeras bertanyakan tentang soal ajal dan maut pada Redza.

"Mana janji sayang untuk ada dengan abang...?"

Tak pernah terfikir bahawa dia akan kehilangan Khadeeja. Tak pernah sekalipun dia terfikir dia akan kehilangan Khadeeja dengan cara ini. Cara yang dia paling benci. Kerana ada satu perasaan yang muncul dalam dirinya. Perasaan rindu pada orang yang sudah tiada. Sakit. Lebih sakit apabila dia yang bersama dengan orang itu sehingga ajalnya dijemput.

✰✰✰✰✰

PEJAM celik, pejam celik, sudah lima bulan. Lima bulan dia hidup seorang diri. Wajahnya tiada lagi nur yang kelihatan. Sayu, kusam. Dah tak serupa manusia. Dan setiap hari juga dia menunggu untuk Khadeeja mencukur bulu di muka dan memotong rambut yang semakin memanjang ini. Malang sekali, hal itu takkan terjadi.

Haidar pandang Najwa yang sibuk bermain dengan si kembar di ruang tamu, sementara dia berbual dengan Redza di ruang makan. Tak ada angin, tak ada ribut, Redza datang pula ke rumah mereka tanpa memberitahu. Nasib baik mereka ada di rumah, kalau tak buat penat saja Redza memandu.

"Kau nak tumpang tidur sini?" Jemput Haidar tetapi Redza menggeleng laju.

Tujuan utama dia datang sini kerana anak-anaknya. Pernah dia ungkapkan dahulu pada Khadeeja bahawa dia suka akan budak-budak. Mendengarkan suara mereka pun sudah cukup buat dia terhibur. Tapi lain pula jadi bila dia teringat pada anak-anaknya. Mungkin mendengarkan suara anak-anak kecilnya, hilanglah rasa rindu pada Khadeeja sedikit.

"Kau tak nak jaga Khalid, Khalisya?"

"Aku hilang isteri aku, Dar..."

"Tapi sampai bila kau tak nak mengaku dorang tu anak kau, Ja? Tak kasihan pada budak-budak tu ke?"

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now