BAB 12

269 13 1
                                    

TERSENTAK Khadeeja apabila tubuh suaminya dipeluk seorang gadis yang mungkin lebih tua daripadanya. Riak wajah Redza jelas tidak selesa sebelum matanya beralih ke wajah Khadeeja sekilas. Berlapis-lapis juga wajah manis milik Khadeeja itu, tak senang duduk pula melihat tubuh tegap suaminya dipeluk perempuan yang bukan mahram.

Haidar pandang adiknya perlahan dan geleng kepala lemah. Dia letakkan lengannya di sekitar bahu Khadeeja membuatkan Khadeeja beralih mata memandang si abang pula.

"Jealous?"

Sindir soalan yang diajukan dan tiada sebab untuk Khadeeja nafikan perkara itu. Dia mampu angguk sahaja sebelum Haidar senyum kecil.

"Itu adik Zaqwan. Dia tu memang gilakan suami awak tu, Deeja. Dari dulu lagi. Tak pernahlah si Redza tu balas cinta Hana."

"Takkan sampai peluk...?"

Haidar ketawa kecil dan gosok rambut adiknya kasar.

"Eh, sejak bila Deeja kisah?"

"Eee! Abang ni tak membantu lah!" Marahnya perlahan dan dia tepis lengan abangnya kasar.

Haidar sudah ketawa kuat, geli hati mendengar rungutan Khadeeja. Bukan senang dia nak sakat Khadeeja sejak-sejak Khadeeja ni jadi isteri orang.

"Okay, i'm sorry!" Bagai merayu dia memohon maaf dan Khadeeja jeling si abang. Geramnya! Orang tengah sakit hati, dia sakitkan hati kita lagi!

"Suami Deeja tu sayang Deeja sorang saja. Percaya cakap abang. Hana tu tak bermakna apa-apa pun pada dia."

"Hati orang, mana abang tahu?"

"Eh, abang kenallah si Redza tu. Dia susah nak jatuh cinta. Awak ni dikira bertuah dapat lelaki baik macam tu. Pakej kuat agama lagi. Entah apa yang Deeja nampak pada Atiq berbanding Redza."

Dan Khadeeja tundukkan pandangan. Cakap pasal Atiq, dah berapa minggu sejak dia terima Redza dan langsung tak bertegur sapa dengan Atiq. Redza percaya dan cintakannya. Takkan dia nak hancurkan kepercayaan jejaka sesempurna itu?

"Deeja?"

Dan Khadeeja dongak kepalanya, memandang si abang dengan penuh simpati. Haidar pandang adiknya dan dia mengeluh berat. Sudah dapat dia agak.

"Deeja masih berkawan dengan Atiq?"

Khadeeja angkat bahu. Dia memang tak tahu status hubungannya dengan Atiq sekarang ni.

"Kalau betul tekaan abang, tolonglah, Deeja. Jangan sia-siakan lelaki sebaik Redza. Dia sayang Deeja lebih dari nyawa dia. Kenapa Deeja perlu lelaki macam Atiq? Yang menduakan Deeja, yang tipu Deeja. Dan abang juga tahu selama ni Deeja minta duit dari abang sebab Atiq minta dari Deeja. Lelaki apa macam tu...?"

Khadeeja tundukkan pandangan. Tipu jika dia kata dia tidak cintakan Redza. Dia sudah mula jatuh hati pada suaminya sendiri sejak kelakuan Redza yang sentiasa mengalah dengannya. Tapi Atiq? Jejaka itu menyalahkan Khadeeja sekiranya mereka dalam pergaduhan. Itu jugalah jadi punca Atiq cari gadis lain tanpa pengetahuan Khadeeja dahulu.

"Sayang?" Dan suara Redza membuatkan empat biji mata itu beralih memandang Redza yang sudah berdiri di sebelah si isteri.

"Someone tengah jealous..." Bisik Haidar perlahan dan Khadeeja jeling abangnya tajam. Eee! Dari tadi menyakat!

Redza gosok tengkuknya melihat kehilangan bayang-bayang Haidar. Serentak jejaka itu beredar, Redza terus angkat dagu isterinya.

"Isteri abang ni kenapa? Tadi okay saja..."

"Mana nak okay? Minah sewel mana entah peluk abang tadi." Bebel Khadeeja sebelum Redza ketawa besar. Tak pernah-pernah isteri dia ni cemburu. Geli hati dibuatnya.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now