BAB 30

206 6 0
                                    

HAIDAR berjalan tanpa hala tuju keluar dari pejabatnya. Dia masih lemah, masih sakit. Balik saja rumah semalam, dia terus lelapkan mata. Hatinya menjerit kesakitan tapi mata sudah lelah. Matanya sudah penat menangis mengenang nasib.

Telefon dikerling seketika. Waktu macam ni, selalunya Najwa akan minta tolong untuk ambilnya di tempat kerja yang tidak jauh dari pejabat Haidar tapi nampak gaya, bukan untuk hari ini.

Perlahan-lahan langkahnya terhenti dan kepala masih menunduk memandang lantai.

"Ayah, Haidar nak ayah..."

Ucapnya bagai anak kecil. Dia rindu pujukan si ayah. Dia rindu suara dan gelak tawa si ayah. Walaupun si ayah sibuk mencari kerja, pasti ayahnya akan sentiasa mencari masa untuk bersama anak-anaknya.

"Deeja dah tinggal Haidar... Tunang Haidar pun sama... Ayah tak nak balik teman Haidar?"

Adunya perlahan sebelum dia gosok kelopak matanya yang basah. Dia angkat kepala memandang hadapan, cuba bersemangat kembali. Tapi harapannya punah apabila wajah pertama yang dia lihat adalah salah seorang daripada mereka yang meninggalkannya. Yang berjanji macam-macam tetapi meninggalkan dia hanya kerana dia tak mahu berbaik dengan si ibu.

"Sayang..."

Haidar berpaling. Tak jadi dia nak balik. Tiba-tiba rasa macam nak sambung buat kerja di pejabat. Laju saja langkah dia masuk kembali ke dalam bangunan tinggi itu. Orang lain sibuk berjalan ke kereta, dia sibuk berjalan ke arah bangunan bagai mahu masuk kerja.

"Haidar!" Tapak kasut itu lari anak-anak mengejar jejaka itu sebelum dia tarik kemeja Haidar kasar.

"Sayang..."

Haidar berhenti dan geleng kepala tanpa berpaling.

"Kalau datang sebab nak sedapkan hati aku, balik sajalah, Najwa."

"Haidar, you kenapa? Kenapa mengelak dari i? Bukan ke you kata i ni penenang you? Jadi pandanglah i, sayang. Tenangkan hati you..."

"Aku banyak kerja lah."

Laju saja dia kembali melangkah tetapi kali ini pergelangan tangannya ditarik membuatkan Haidar tersentak. Dia pandang pergelangan tangannya dan laju saja Najwa tarik tangan, menyedari mereka masih perlu jaga batasan.

"Haidar, please... Kita nak kahwin hujung tahun ni kan?"

"Kau yang minta putus, bukan aku."

"I tak cakap pun, Haidar..."

Najwa perlahan-lahan melangkah berhadapan dengan Haidar sebelum wajah jejaka itu dipandang dengan penuh teliti. Dia nampak bagai tertekan sangat. Bawah matanya yang sedikit lebam membuatkan Najwa kembali dengan rasa bersalah.

"Hei, dengar cakap i ni." Dia melangkah ke hadapan setapak dan dongak memandang Haidar yang lebih tinggi daripadanya itu.

"You berbaik dengan ibu ke, tak ke... I tetap akan ada dengan you ya, sayang? I ikhlas dengan you, Haidar... I cuma tak nak kalau one day kita ada anak and dia tak kenal pun siapa nenek dia, atok dia... Tapi kalau you masih perlukan masa untuk terima ibu, i faham. I akan ada di sisi you. Alang-alang i ni bakal isteri you, apa kata i terus jadi mak you?"

Tertawa kecil gadis itu di akhir ayat. Haidar masih tundukkan pandangan dengan penuh sebak. Dia rindu suara itu bermanja dengannya sedangkan baru pagi semalam dia mendengar suara you lembut menegurnya. Baru kehilangan kejap, sudah rasa tertekan. Apa akan jadi gamaknya jika Najwa benar-benar tinggalkan dia?

"I takut, Najwa... I takut..."

"You takut apa, Haidar? I ada dengan you kan? Kalau you rasa you tak ada siapa-siapa, carilah i... I akan tetap ada dengan you."

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now