BAB 26

211 7 0
                                    

SUASANA yang sunyi di dalam bilik itu memudahkan Redza untuk berbual dengan adik perempuannya secara mendalam. Benar kata Khadeeja, dia tak pernah cuba untuk mendengar masalah adiknya. Lepas itu mahu serang tanpa sebab. Tak guna punya abang. Hati tak henti sumpah seranah diri dari tadi.

Rafiqah diam membisu di atas kerusi. Redza pula hanya berdiri, menyandarkan punggung di meja belajar milik Rafiqah dengan gaya peluk tubuh. Wajahnya mungkin kelihatan tenang tapi dalam hati sudah menjerit serba salah.

"Masa adik sekolah rendah dulu, adik tak pernah buat perangai. Tak pernah abang atau mama dipanggil ke sekolah, cikgu mengadu adik buat jahat ke apa. Tapi bila adik masuk sekolah menengah, abang ingat benda tu normal. Gaduh dekat sekolah, abang pun pernah. Tak payah cakap kat sekolah, dengan Abang Zhaf pun abang pernah bertumbuk."

Perbualan sudah dimulakan. Dia hanya bercerita, tiada niat mahu mengungkit. Mungkin dengan bercerita mampu membuatkan Rafiqah menceritakan hal sebenar?

"Abang faham adik darah muda tapi perlu ke seteruk itu, adik? Kenapa adik tak pernah cerita dengan abang tentang masalah adik? Adik tahu kan abang ada dengan adik untuk adik cerita apa-apa?"

"Adik ada boyfriend pun abang marah..." Sengaja dia mengungkit.

Redza akhirnya keluarkan tawa kecil dan geleng kepalanya lembut.

"Kalau adik serious dengan someone, jangan buat benda haram. Habiskan SPM dulu, then suruh dia datang rumah jumpa abang dengan mama. Kalau tak menyabar sangat, hah suruh dia datang sekarang. Minta restu mama, abang dengan Abang Zhaf dulu."

Kali ini, Rafiqah pula ketawa. Dalam usianya yang sudah di penghujung persekolahan ini, dia tiada hati mahu bercinta. Mungkin dia patut habiskan SPM dulu dan cari jodoh di universiti seperti Khadeeja yang masih belajar tapi sudah berkahwin dengan abangnya.

"Is it about a boy, adik?" Tanya si abang lembut dan Rafiqah geleng laju. Mana mungkin dia bergaduh kerana seorang lelaki. Kumbang bukan seekor, dia pun masih beriman lagi. Takkan nak gaduh sebab lelaki pula?

"Adik takut abang pukul ke tadi...?"

Mengingatkan kembali tentang kehadiran dia secara tiba-tiba di bilik Rafiqah tadi membuatkan dia sedikit keliru. Rafiqah nampak takut dengan dia sedangkan dia cuma nak letak hanger dalam almari. Dah Maleka yang suruh, dia menurut perintah saja.

"Adik ingat abang nak pukul adik..." Jawabnya sayu membuatkan Redza terus geleng kepala kesal. Dia jentik pun tidak, mana mungkin dia pukul adiknya.

"Pasal petang tadi... Abang minta maaf ya? Adik pun tahu kan abang dah start kerja dekat U Kak Deeja, masalah abang lagi. Tiba-tiba dapat call dari sekolah. Hilang sabarlah abang tadi..."

"Adik minta maaf sebab susahkan abang... Malukan abang..."

"Maaf tak bermakna apa-apa, dik. Abang akan sentiasa maafkan adik abang. Tapi abang nak tahu, kenapa? Apa yang buatkan adik hilang sabar? Dari form 1 sampai dah nak SPM dah, banyak kali abang dapat call dari sekolah."

Rafiqah terus pandang frame kecil di hadapannya itu lembut. Redza yang sedar akan perkara itu terus mengerling ke arah frame kecil itu dan Rafiqah capai ia perlahan. Dia hulurkan pada Redza sebelum Redza hanya terima huluran si adik dengan penuh persoalan.

"Abang ingat tak dulu... Adik banyak kali tanya abang kenapa daddy nampak sedih."

"You asked me about it many times, adik. Yang mana satu?" Tersenyum dia menjawab dan Rafiqah garu kepalanya yang tidak gatal.

"Masa adik kecil. Maybe dalam tiga ke empat tahun?"

Redza pejam mata, cuba mengingat kembali sebelum angguk laju.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now