BAB 19

219 9 0
                                    

DUA beradik itu diam sahaja membuatkan meja makan itu terasa sunyi sepi walaupun ada empat sosok tubuh yang berkumpul di situ. Tadi rasanya Haidar dan Najwa baru saja pergi makan tapi apabila datang saja ke rumah Redza, Khadeeja jemput makan sekali lagi.

Redza berlapis dahi memandang dua beradik itu. Wajah Najwa dikerling dan dia jongket kening sebelum Najwa keluarkan satu keluhan kecil. Tangan Redza perlahan-lahan memegang tangan si isteri dibawah meja dan mata Khadeeja teralih memandang si suami. Kalau dah diam macam ni, risaulah gamaknya si Redza.

"Sayang? What's wrong? Kenapa diam ni?" Bisiknya perlahan dan Khadeeja geleng dengan senyuman tipis.

"Sampai bila you nak berdiam? Kasihan adik you... Dia tunggu you berbual tu." Bisik Najwa pada telinga Haidar dan Haidar pandang wajah adiknya lama. Dia masih sakit hati. Dia takut kehilangan Khadeeja. Kalau benar Khadeeja cari Marina, dia macam mana?

"Deeja masak?"

Dan suara garau itu akhirnya kedengaran membuatkan mereka semua pandang wajah tampan si abang. Najwa sudah tersenyum manakala Khadeeja angguk sekali.

"Abang Redza ajar." Jawabnya ringkas, entah kenapa dia kekok dengan si abang. Mungkin sebab dia punca abangnya naik angin dalam panggilan tadi.

"Abang serious, Deeja. Kalau Deeja cari perempuan tu, jangan mengaku abang ni, abang Deeja."

Dia letak tangan di dada. Nada lembutnya itu kedengaran bagai benar-benar terguris hati di telinga Khadeeja. Redza dan Najwa terdiam seribu bahasa. Bukan mereka tak tahu kisah silam adik-beradik itu tetapi cuma Redza saja tidak tahu kenapa dua beradik ini bagai dalam keadaan tegang tadi.

"Dia ibu kita kan?" Tanya Khadeeja perlahan, tak mahu mengguris perasaan si abang sekali lagi.

"Seorang ibu akan sayang anaknya lebih dari dirinya sendiri. Tapi kenapa abang tak nampak benda tu pada perempuan yang Deeja gelarkan ibu itu? Dia tinggalkan kita, Deeja. Kenapa Deeja berkeras nak cari dia?"

Soalnya bagai tidak puas hati. Kenapa masih berpihak pada perempuan digelar ibu itu sedangkan dia tiada hati perut mahupun sedikit ketika meninggalkan mereka dahulu?

"Dia perlu tahu keberadaan anak-anaknya, bekas suaminya. Dia mesti seronok tengok anak-anak dia dah besar macam ni, abang dah berjaya macam ni."

Haidar geleng perlahan dan tundukkan pandangannya. Kesal. Dia masih kesal dengan kata-kata Khadeeja yang tak berubah dari tadi.

"Abang jadi macam ni sebab abang dengar tangisan ayah setiap hari, Deeja! Deeja bayangkan, hanya sebab ayah berhutang lepas kelahiran Deeja, ibu boleh cari lelaki lain, tinggalkan ayah yang dah hidup bersama untuk bertahun-tahun."

Dia tepuk dadanya kuat.

"Abang jadi saksi rayuan, pergaduhan dan tangisan ayah pada ibu setiap hari. Ibu salahkan Deeja sebab kelahiran Deeja menyusahkan hidup dorang! Pada mulanya, abang tak faham. Tapi bila umur abang meningkat, abang benci dengan perangai pentingkan diri ibu itu."

"Ayah masih berlembut cakap dengan ibu tapi ibu? Pernah ke dia kasihankan ayah? Pernah ke dia kasihankan kita? Pernah ke dia datang jenguk kita, Khadeeja?"

Dan Khadeeja tatap si abang lama. Hari ini, dia benar-benar nampak abang kandungnya itu marah dan tertekan. Hilang seri pada wajah tampan si abang dibuatnya. Selama ini mereka tak pernah sebut pasal ibu tapi bila Khadeeja sudah mula bersuara, mana mungkin dia biarkan.

"Dia darah daging abang... Dia yang kandungkan abang sembilan bulan. Dia yang jaga abang dari kecil sampai umur enam tahun kan?"

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now