BAB 44

210 3 0
                                    

KHADEEJA pandang sekeliling tatkala Redza menarik handbrake ke atas. Dia kenal tempat ini. Kenal sangat. Gila tak kenal? Hari-hari kot dia datang sini sejak dia berbadan dua. Redza ni...

"Jom." Redza buka safety beltnya perlahan dan pandang wajah si isteri yang masih terkebil-kebil.

"Buat apa?" Bukan pura-pura bodoh tapi dia memang tak faham.

"Lah, kan tadi isteri abang nak abang masak Lamb Chop. Kat rumah mama tak ada bahan. Rumah kita pun tak ada bahan. Yang ada dekat cafe abang saja. Jom?"

"Tapi abang kan penat drive tadi dari Johor..." Dia gigit bibir, tak suka jika Redza memenatkan diri demi Khadeeja yang sengaja meragam.

"Hei, abang takkan penat untuk isteri abang lah. Jom makan, perut tu dah berbunyi dah tu." Dia tunding jari ke arah perut Khadeeja dan Khadeeja tundukkan pandangan. Matanya berkaca secara tiba-tiba. Hah, ini yang beremosi ni!

"Sayang?" Redza angkat dagu Khadeeja memandang dirinya tetapi melihatkan mata berkaca itu, riak wajah Redza berubah serta-merta.

"Sayang, kenapa ni? Abang ada salah cakap ke? Abang minta maaf. Abang..."

"Deeja suruh abang masak bukan bawa Deeja pergi sini!" Bentak Khadeeja dan air matanya mengalir perlahan.

"Deeja nak abang masak, abang kenalah bawa sayang datang sini. Kenapa ni, sayang? Abang minta maaf, kat rumah tak ada bahan..."

Pujuknya lembut walaupun si isteri sudah mula membentak. Serba salah pula... Isteri dia ni dahlah banyak ragam sejak mengandung, tak tahu pula ini satu kesalahan di mata Khadeeja.

"Abang penat-penat drive dari Johor. Abang tak dapat baring pun tadi, Deeja tahu. Kenapa susahkan diri abang bawa Deeja ke sini?"

Teresak-esak dia dibuatnya. Redza terus keluarkan keluhan kecil dan usap pipi basah milik Khadeeja. Mata mereka bertemu dan bibir Redza mula mengukir senyuman.

"Abang cakap apa, sayang? Tak ada istilah penat jika ia soal isteri dan anak abang. Abang happy kalau dapat bagi apa yang sayang nakkan, yang sayang ngidam. Abang nak tengok isteri abang selesa, abang nak tengok isteri abang senyum. Kalau abang perlu pergi Penang untuk dapatkan nasi kandar pun abang buat, sayang."

"Tapi Deeja susahkan abang..."

Redza kucup mata berkaca Khadeeja. "Tak, sumpah tak susahkan abang langsung. Tarik keluarlah hati abang ni. Lagi happy nak masakkan Deeja Lamb Chop ada lah."

Khadeeja tertawa kecil dan lap air matanya kasar. "Hei, takmau lap macam tu. Rosak pipi mulus isteri abang ni."

Sekali lagi Khadeeja tertawa dan pandang wajah kacak milik suami sahnya di hadapan. Redza tatap wajah isterinya lama, cantik bagai bidadari. Pakai tudung sarung macam ni pun dah cantik apatah lagi kalau berpakaian kemas seperti kebiasaannya. Matanya yang berwarna coklat gelap itu dipandang dengan penuh kasih sayang. Bibir merah Khadeeja sentiasa menarik perhatian Redza. Pipi mulus itu sentiasa diusap lembut oleh tangan Redza.

Lama Khadeeja memerhati Redza yang sibuk mencuci mata memandang dirinya. Khadeeja kucup bibir Redza sekilas membuatkan Redza terus terkebil-kebil. Bibir digigit, aduhai menggoda pula bini dia ni.

"Sayang, orang nampak nanti..."

"Dia tu cuci mata pandang Deeja boleh pula?" Khadeeja menjawab laju.

"Eii, menjawab saja budak ni!" Hidung Khadeeja dicubit manja.

Dia adu kesakitan serentak selepas Redza melepaskan cubitan. Tak sempat bibir Redza mahu bergerak, membalas aduan Khadeeja tadi, tingkap kereta diketuk kasar. Mahu gugur jantung masing-masing. Redza capai lengan Khadeeja dan mereka berpaling memandang tingkap di bahagian passenger seat.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now