BAB 45

262 5 0
                                    

HARGAILAH masa bersama yang tersayang. Sering dengar kata-kata itu. Mudah diperkatakan tetapi sukar dilakukan. Masa itu emas, dia tak berhenti tetapi dia sentiasa berjalan tanpa kira keadaan kita.

Hidup Redza kembali bahagia apabila Maleka dan Rafiqah kembali pulih sepenuhnya. Dia kembali menjadi jejaka yang sempurna di mata semua orang apabila ada bidadari yang menemaninya sehingga masa kini. Dia kembali bekerja sebagai seorang pendidik tetapi tak pernah sekalipun dia abaikan si isteri. Setiap kali dia perlu masuk ke kelas, pasti dia akan bagitahu cik isteri agar cik isteri tak berasa terpinggir. Nasiblah Marina dan Maleka ada untuk menjaga Khadeeja tatkala dia sibuk bekerja. Kadang kala mereka temani Kamy pergi ke dialisis.

Seperti yang dikatakan Redza, aturan Tuhan sudah cantik. Tinggal kita sebagai hamba-Nya saja perlu mengikut jalan yang benar. Dia sentiasa mengikut jalan yang benar itu. Nak cakap dia seorang lelaki sempurna, tidak. Dia juga berbuat dosa tapi dia sedaya upaya mengikut jalan yang ditetapkan sehingga hari ini.

Hari ini. Hari dimana dia berada bersama si isteri di dalam bilik wad, menemani Khadeeja yang setia di atas katil memandangnya dengan penuh rasa cinta. Redza yang kekal bersama telefonnya itu hanya berlapis dahi, banyak pula student buat hal dekat UiTM tapi dia apa kisah? Dia dapat cuti bersalin. Eh, bukan dia yang bersalin tapi dia kena jaga isteri dia yang akan bersalin dalam masa yang terdekat.

Khadeeja tersenyum memandang Redza. Diteliti wajah kacak encik suami dengan penuh rasa cinta di dada. Rambut tebal itu, kening yang tersusun cantik, bibir merahnya, mata berwarna coklat gelap milik Redza. Kelihatan seperti manusia biasa tapi seperti bidadara di mata Khadeeja. Sebak di dada terasa, entah kenapa dia risaukan Redza sedangkan Redza baik-baik saja bersama dengan dia. Ya Tuhan, apa yang Engkau cuba sampaikan ini?

Redza beralih mata memandang Khadeeja perlahan-lahan apabila menyedari ada mata yang memerhati dirinya dari tadi. Telefon dijatuhkan ke atas peha dan bibir mengoyak senyuman.

"Sayang?"

"Hm?" Khadeeja masih bersama senyuman yang tidak lekang memandang Redza.

"Kenapa tenung abang macam tu? Creepy lah." Redza ketawa kecil dan angkat tangannya, membelai kepala Khadeeja yang ditutupi tudung sarung itu. Mahunya doktor atau jururawat lelaki masuk nanti, nampak pula aurat dia.

"Haih, sejak nak jadi babah ni dah tak boleh ditenung kejap pun?" Khadeeja menyakat dan Redza menggeleng laju. Apa pula tak boleh? Lagi dia suka!

"Boleh, sayang. Always. Sayang nak apa-apa ke? Nak makan? Abang belikan dekat kedai bawah."

Khadeeja menggeleng. "Nak abang ada dengan Deeja."

"Abang tak pergi mana-mana pun. Ada saja dengan Deeja ni. Abang akan ada dengan Deeja sampai bila-bila." Dia kucup tangan Khadeeja seketika. Dia benar-benar maksudkan hal itu. Apa pun jadi, dia takkan tinggalkan Khadeeja. Tak akan.

"Kalau Deeja pergi dulu?"

Riak wajah Redza berubah. Digenggam erat tangan Khadeeja sebelum dahinya mula berlapis.

"Apa sayang cakap macam ni? Tak mau cakap macam tu... Abang tak nak. Abang tak ready lagi, sayang..."

"Deeja cakap saja, encik suami. Manalah tahu kalau Deeja tak mampu bertahan dalam tu..."

"Khadeeja, please? Apa cakap pasal benda macam ni? Tak, tak. Anak-anak abang, isteri abang kena ada dengan abang sampai abang tua. Kita dua kena tengok anak-anak membesar depan mata, kena tengok dorang kahwin dan bahagia macam abang bahagia dengan Deeja."

"Abang..."

Tangan yang digenggam terus dia tarik dan dibawa ke pipi kasar Redza. Redza kembali mencapai tangan Khadeeja di pipinya dan dia genggam sekali lagi.

"Ajal maut bukan di tangan kita..."

"Khadeeja, abang tak suka sayang cakap macam ni. Sayang kena ada dengan abang. Sayang tak boleh pergi, anak-anak pun tak boleh pergi."

"Kalau Deeja pergi, abang kan ada pengganti Deeja." Tangan kanannya bergerak ke perut buncitnya. "Twin lagi tau."

"Khadeeja..." Wajah dingin si suami mula kelihatan. "Abang tak suka Deeja cakap pasal benda ni. Apa pun jadi, Deeja kena tahan. Deeja kena kuat untuk abang, untuk anak-anak."

"Deeja tak kata Deeja nak pergi. Deeja cuma cakap persediaan. Kita tak tahu apa akan jadi in future. Lambat-laun kita akan kembali kepada Dia juga, abang..."

"Abang tahu tapi bukan sekarang. Abang tak bersedia. Deeja janji dengan abang ya? Kuat untuk abang... Untuk anak-anak... Untuk Abang Haidar... Untuk ibu..."

"Dan abang pun kena janji kalau Deeja pergi, jaga anak-anak untuk Deeja. Besarkan mereka sebaiknya. Deeja akan sentiasa ada dengan abang dimana saja abang berada."

"Khadeeja Marrysa, i said it. Abang tak suka Deeja cakap macam tu."

"Tapi..."

"Tolong, sayang? Kita tukar topik. Jangan cakap pasal tu. Abang takut abang tak kuat..."

Khadeeja senyum tipis dan angguk perlahan, mengusap pipi kasar encik suami dengan penuh kasih sayang. Dia tak tahu jika ini adalah belaian terakhirnya kepada Redza atau tidak. Biarlah dia dapat berbual dengan Redza sehingga dia rasa puas kerana dia tak akan pernah rasa puas...

"Abang sayang Deeja tau. Abang sayang sangat dengan isteri abang..."

"And I love you too, encik suami."

✰✰✰✰✰

REDZA bangun dari sisi katil apabila menyedari dia berjaya membelai si isteri sehingga terlelap. Biasanya dapat peluk tapi kali ini dia hanya mampu berselawat di telinga si isteri, mendodoikan dia agar dia cukup rehat.

Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. Redza mengucap perlahan, baru sedar dia tak lunaskan tanggungjawab dia sebagai seorang muslim lagi. Dia tak solat isyak lagi, Ya Tuhan...

"Astaghfirullahalhazim..." Ucapnya seketika sebelum kakinya melangkah menuju ke bilik air.

Lampu bilik air dibuka dan baju berlengan panjangnya itu ditarik sehingga ke siku. Dengan cermat dia mengambil wudhuk dan apabila pili air ditutup, bibirnya terkumat-kamit membaca doa selepas mengambil wudhuk.

Dia melangkah keluar dari tandas dengan kaki kanan, menutup pintu serta lampu bilik air perlahan. Anak matanya mengintai sedikit si isteri yang masih tertidur lena, nasib baik dia tak mengejutkan si isteri secara tidak sengaja. Kadang-kadang telinga Khadeeja tu sensitif. Bunyi notifikasi Whatsapp pun boleh buat dia terjaga.

Sejadah dibentang mengikut kiblat. Maka bermulalah solat isyak yang ditangguh daripada tadi. Selambat mana pun dia menangguh, dia masih harus bersujud. Tuhan sedang menunggu dia untuk bertemu dengan-Nya. Lebih-lebih lagi pada waktu begini kerana apa yang ada hanya diri sendiri dan Dia.

Tanggungjawabnya diakhiri dengan doa yang panjang lebar. Penuh khusyuk dia membaca doa sebelum dia mengaminkan doanya. Baru saja mahu melipat sejadah, telinganya menangkap satu jeritan kecil. Tak lain dan tak bukan, memang daripada katil di sebelahnya. Katil sebelah? Katil Khadeeja lah! Wad ni single room!

"Sayang?"

Redza bangun dan gantung sejadah di atas katil. Rambut basahnya mula kelihatan serabai apabila dia berulang kali meraup rambut sendiri. Apabila dia memandang Khadeeja, wanita itu sudah memandangnya dengan penuh kerutan di dahi. Anak matanya jelas menunjukkan dia sedang kesakitan. Redza tarik selimut jatuh dari katil dan terlihat darah yang jelas mengalir. Air ketuban pecah!

"Doktor!" Jerit Redza kuat. Hatinya sudah mula menjerit kerisauan. Ya Tuhan, kuatkanlah bidadariku ini.

"Sayang..." Tak sempat dia mencapai, Khadeeja sudah mengenggam tangan Redza terlebih dahulu.

"Abang..." Mata wanita itu berkaca menahan kesakitan.

"Sayang, tahan sikit. Abang panggil doktor!"

Dia lepaskan genggaman di tangan Khadeeja dan tekan button kecemasan di sisi katil. Dia melangkah besar, lari keluar dari bilik wad dan anak mata melilar-lilar mencari sosok tubuh jururawat mahupun doktor.

"Nurse! Doktor!"

Kali ini dia menjerit separuh nyawa. Matanya berkaca kerisauan. Kali ini... Sejujurnya dia tak sedap hati.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now