BAB 1

385 13 0
                                    

"AAMIIN." Ucap jejaka itu perlahan.

"Aamiin." Kembar itu mengikut dan Redza langsung tersenyum manis melihat wajah anak-anak kecil itu.

"Babah..."

"Ya?"

"Kenapa Khalid tak pernah jumpa babah?" Tanya si kecil itu lembut sebelum si ayah pandangnya lama. Rambut Khalid diusap dengan tangan kasar milik Redza.

"Babah minta maaf. Babah lambat terima Khalid dengan Khalisya." Dia senyum tipis sebelum anak perempuannya di sebelah kiri itu turun dari kerusi, berjalan mendekati Redza dan tepuk peha ayahnya. Nak duduk atas riba lah tu.

Redza dukung anak perempuannya sebelum Khalisya mula membelek wajah si ayah.

"Muka babah sama macam Khalid!" Jeritnya riang sebelum Redza ketawa kecil, aduhai. Dia samakan pula muka ayah dengan anak. Memang sama lah jawabnya!

"Memanglah sama. Awak dua orang ni anak babah."

Perut si kecil itu digeletek sehingga anaknya meraung minta dilepaskan. Ketawa tiga beranak itu kedengaran kuat di ruang makan. Pada mulanya, nak makan. Tapi tengok gaya macam tak bersentuhlah makanan-makanan tu.

"Kenapa babah ambil Khalisya dengan Khalid lambat sangat?"

"Khalisya tak suka duduk sana ya?" Tanya Redza lembut dan laju kepala anak kecil itu menggeleng.

Mustahil! Haidar baik dengan mereka. Haidar yang menjaga mereka selama ini. Daripada mereka bayi sehinggalah sudah cecah tiga tahun. Lambat Redza belajar untuk terima takdir Tuhan, bukan? Baginya, ini adalah ujian yang paling berat tapi sampai bila dia mahu mendiamkan diri?

"Uncle Haidar baik! Uncle suka main dengan kiteorang. Malam-malam, uncle cerita pasal babah dengan umi. Tapi bila Khalisya tanya mana umi dengan babah, Uncle Haidar suka suruh kiteorang tidur."

Mencebik budak kecil itu mengadu. Seronok dia jumpa dengan ayah kandungnya buat kali yang pertama. Pada awalnya, dia tak percaya langsung bahawa Redza ini ayah mereka tapi apabila bukti depan mata, dia percaya bulat-bulat.

Dari tadi Khalisya membebel membuatkan Redza geli hati. Dia lepaskan peluang menjaga anak-anaknya dari mereka bayi. Biarlah sekarang, dia pula menjaga.

"Babah..."

Mulut comot milik Khalid dipandang. Dari tadi Khalisya bebel, Khalid pula sudah melahap. Lapar gamaknya.

"Sayang, apa makan comot ni?"

Redza ambil tisu, lap mulut anak lelakinya dan Khalid tersenyum manis. Teringat pula pada Haidar yang suka lap mulut comot mereka apabila selesai menjamu selera.

"Khalid nak jumpa umi boleh?"

Dan Redza berhenti lap mulut comot anaknya. Wajahnya berubah serta-merta. Anak matanya tatap wajah Khalid sayu. Umi? Mana mungkin mereka boleh jumpa dengannya. Dia dah tinggalkan Redza. Dulu, Redza menganggap isterinya itu kejam, jahat kerana meninggalkan dirinya tapi sekarang tidak lagi.

Ya Tuhan, satukanlah kami berdua kembali suatu hari nanti.

𝐑𝐞𝐝𝐳𝐚: 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now