PROLOG

664 24 1
                                    

PANG

Lelaki itu hanya tenang saja saat pipi dia menjadi mangsa tamparan perempuan tersebut.

Perempuan di hadapan dia terlihat begitu emosi dengan wajah memerah. Ada air mata yang cuba di tahan.

Dia hanya tersenyum sinis melihatnya.

"Kau lelaki tak guna Qayl!" Tengking perempuan tersebut dengan nafas laju menunjukkan betapa marahnya dia.

"So?" Balas lelaki bernama Qayl itu tenang sempat dia tertawa sinis.

"Aku bersumpah kau akan rasa apa aku rasa! Aku harap ada seorang perempuan yang buat kau apa yang kau buat dekat aku sekarang Qayl!" Ujar perempuan bernama Melissa. Begitu tajam dia menatap lelaki itu yang wajahnya masih tenang.

"Anything else? Aku dah bosanlah asyik dengar ayat yang sama je. Last-last? Nothing happened." Balas Qayl angkuh.

Melissa tersenyum sinis.

"Jangan yakin sangat Qayl. Kau tak selamanya berada di atas. Aku tak sabar tunggu saat kau jatuh tersungkur nanti." Ujar Melissa menatap Qayl dengan penuh kebencian.

Ah salah dia juga kerana tergoda dengan lelaki kacak itu. Siapa je yang mampu menolak persona seorang Tengku Qayl Noah? Walaupun kawan dia sudah banyak memberi amaran kepada dia tentang Tengku Qayl Noah yang kaki perempuan.

Tapi entahlah pada saat itu tiba-tiba dia jadi bodoh. Baru saja di tegur oleh lelaki itu dia langsung tersungkur! Dan di sinilah dia sekarang menampar wajah kacak lelaki tersebut di kawasan Universiti mereka dan tentu saja menarik perhatian pelajar lain.

Ada juga yang sudah mengeluarkan telefon mereka ingin merakam saat-saat ini.

"Dan aku akan senang hati menerimanya Melissa. Siapa je yang boleh tundukkan aku? No one Mel! No one." Ujar Qayl masih dengan angkuhnya.

Melissa hanya diam.

Qayl dengan tenang berdiri dari tempat duduknya seperti tidak ada apa yang terjadi. Dia tersenyum sinis melihat Melissa.

"Thanks for your time sweetheart." Qayl mengenyitkan mata dia pada Melissa lalu dengan tenang dia pergi meninggalkan gadis itu.

**

"Wow dalam sebulan ni dah berapa kali kau tukar perempuan. Hebat betul." Ujar seorang lelaki yang mempunyai wajah sangat kacak. Wajah kacukan english yang di miliki dia tentu saja membuatkan ramai gadis yang ingin dengannya.

Dia adalah Farel Qaiser.

Manakala Qayl hanya tersenyum bangga mendengarnya.

"Kali ni kenapa kau putus dengan dia?" Tanya lelaki bernama Gibran.

Qayl mencebik.

"Aku bosan dengan dia dahlah asyik kongkong aku je. Rimas tahu tak?" 

Farel dan Gibran mencebik mendengar balasan Qayl.

"Macam manalah perempuan boleh tunduk dengan kau eh? Aku pelik betullah. Dahlah kau ni sewel. Otak biul!" Balas seorang lelaki begitu pedasnya.

Farel dan Gibran sudah ketawa kuat. Rasakan lo! Kalau mulut lelaki itu memang tak boleh lawanlah.

Siapa je tak kenal dengan mulut Iyad Luthfan? Dia memang sejenis bercakap main lepas je.

Qayl menjeling Iyad Luthfan dengan muka geram dia. Suka hati je kutuk dia! Nasib baik kawan.

"Kesian perempuan tu tak sampai seminggu kau dah putus dengan dia." Kata Farel dengan wajah berkerut. Ada masa dia tak suka juga tengok kawan dia ni permainkan perempuan.

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now