Eden menatap kosong note yang di tampal pada locker dia.
I'm sorry for yesterday and I promise I won't do that again:(
Dia tersenyum sinis. Huh maaf? Janji tak akan buat lagi? Itu semua hanya kata-kata palsu dari seorang perempuan seperti kau. Perempuan saiko. Sombong angkuh. Huh benci betul Eden.
Dengan kasar Eden mencabut note tersebut dan dia meronyok kertas itu lalu di campak begitu saja di lantai.
Dia sudah membuka locker dia dan lagi sekali dia mengeluh lalu memejamkan kedua mata dia cuba untuk menahan emosi yang sedikit lagi akan meletus.
Di dalam locker dia terdapat bekal berwarna putih. Dia sangkakan hanya note saja yang di tinggalkan oleh perempuan tu eh tak sangka pula ada makanan sekali.
Perempuan ini selalu sangat macam ni. Tiap kali buat salah mesti buat bekal untuk dia.
Apa ingat dekat rumah aku tak ada bibik ke yang boleh masakkan untuk aku sampai kau nak sediakan makanan bagai untuk aku? Ingat dia nak makan?
Dengan kasar Eden mengambil bekas tersebut dan niat dia mahu membuang bekas itu ke tong sampah tapi suara Qayl menghentikan dia.
"Uishh dari secret admirer kau ke ni?" Usik Qayl dengan wajah nakal.
Eden menoleh menatap Qayl yang masih dengan senyuman nakal dia. Tahu sangat dah kawan dia yang seorang ni memang suka sangat usik dia apalagi Qayl juga sudah mengutip kertas yang di buang dia di lantai dan makin menjadi sengihan dia saat melihat isi tersebut.
"Tangkap." Ujar Eden lalu melempar bekas tersebut yang langsung di sambut oleh Qayl.
"Betul ni kau taknak? Bau macam sedap!" Kata Qayl yang sempat menghidu bekas tersebut. Bau dia buatkan Qayl makin lapar! Rugi betul Eden ni. Tapi tak mengapalah orang kata rezeki jangan di tolak!
"Aku dah bagi tu ambil je lah."
Qayl mencebik mendengar balasan Eden yang dingin seperti tak kisah langsung. Haihh sekurangnya hargai lah sikit. Kesian pemilik dia mesti terasa kalau dia tahu Eden sedikit pun tak hargai usaha dia.
**
BUK
Tubuh Aurora di tolak kasar ke locker dia apalagi suasana sekarang tak ramai. Aurora meringis menahan sakit lalu dia membalikkan tubuh dia dan dengan tenang dia melihat seorang perempuan cantik yang sudah berdiri dengan angkuh menatap dia.
Gadis tersebut sudah tersenyum sinis melihat Aurora.
"Aku saja je datang nak tengok kau. Ya lah tertanya juga agak-agak siapalah perempuan yang bakal jadi mangsa Qayl." Ujar perempuan tersebut yang ternyata adalah Melissa. Dua orang rakan dia hanya diam saja dengan senyuman sinis mereka.
Melissa melihat penampilan Aurora dengan pandangan jijik. Macam ni ke taste Qayl? Tak setanding langsung dengan dia.
"Euwww Qayl ni okay ke tak ni? Dengan perempuan macam kau pun dia nak juga ke? Tak sangka taste dia dah makin rendah." Ujar Melissa dengan wajah jijik dia. Atas bawah dia melihat Aurora yang hanya diam di tempat dia.
Dia sangka Qayl akan cari perempuan yang lebih cantik dari dia tapi tak sangka pula dia dengan seorang perempuan yang penampilan dia sangat nerd.
Jauh beza betul dengan dia!
"Dia ingat dia cantik sangat agaknya? Sampai pijak bunga yang Qayl bagi. Dasar perempuan tak sedar diri." Ujar Rya rakan kepada Melissa.
Melissa tersenyum sinis.
"Qayl tak pernah bagi bunga dekat aku tapi kenapa dengan perempuan macam kau dia buat? Dan kau boleh pijak bunga dia bagi macam tu je?" Melissa menunjal dahi Aurora.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...