BAB 25

197 11 0
                                    

Langit masih cerah seperti biasa. Dia begitu tenang menatap langit sambil menikmati angin-angin yang terasa di hadapan tasik. Nyaman dengan suasana yang sangat tenang ini.

Tapi fikiran dia? Tidak. Fikiran dia penuh dengan kejadian 2 hari lepas. Dia seolah sudah lupa dengan masalah sebenar dan juga rahsia yang belum dia jujur pada Aurora.

Macam mana penerimaan gadis itu jika dia mengetahui hal sebenar? Adakah gadis itu akan membenci dia? Tinggalkan dia? Qayl mengeleng pantas.

Tak! Dia akan pastikan Aurora akan sentiasa berada di samping dia. Persetankan Eden yang sudah mengingatkan pertaruhan mereka yang akan berakhir tak lama lagi.

Qayl sudah agak perkara ini akan terjadi. Tak akanlah Eden akan lupakan pertaruhan mereka.

"Jangan lupa Qayl." Ujar Eden secara tiba-tiba saat Qayl yang baru saja mahu memasukkan segala barang dia di kem ke dalam bonet kereta dia.

Qayl menoleh menatap Eden yang sudah berdiri di samping dia dengan kedua tangan sudah di masukkan ke dalam kocek seluar.

Lelaki itu menatap dia dingin sehingga ternaik kening Qayl melihatnya.

"Bet kita akan berakhir tak lama lagi."

Deg

Tergamam Qayl. Macam mana dia boleh lupa? Tiba-tiba rasa menyesal kerana bersetuju dengan rancangan gila Eden. Dia tak tahu dia akan berakhir cintakan Aurora. Sekarang macam mana?

Dia tak mahu lepaskan Aurora.

"Tak ada sedikit pun perasaan simpati kau Eden? Aku ikhlas cintakan Aurora I really do. Tak boleh ke kau lupakan je semua ini?" Balas Qayl menatap Eden dengan lirih.

Eden ketawa sinis.

"Tak semudah tu Qayl. Game tetap game ingat tak lama lagi dah nak habis. Kau kena beritahu dia." Begitu tajam Eden menatap Qayl sehingg tanpa sedar tangan Qayl sudah menjadi penumbuk. Cuba mengawal diri.

Mata Eden melirik Aurora yang sudah menuju ke mereka. Eden kembali menatap Qayl yang wajahnya sudah berubah.

"Ingat tu." Eden melangkah pergi dengan perasaan puas.

Qayl mengeluh.

Kalau ini yang kau mahu Eden. Kau tengoklah apa aku akan buat. Aku sanggup buat apa saja asalkan Aurora tetap berada di samping aku.

Qayl akan pertahankan Aurora walau macam mana sekali pun.

Dari jauh mata dia sudah melihat kelibat gadis kesayangan dia yang sudah menuju ke dia dengan senyuman lebar.

Sehingga dia juga turut tersenyum melihat Aurora. Tubuh dia yang dari tadi menyadar di tepi kereta kepunyaan dia kini sudah berdiri menegak.

Aurora berlari kecil menuju ke Qayl.

"Qayl!" Sapa Aurora dengan senyuman lebar sehingga ketawa kecil Qayl melihat kelakuan comel Aurora.

"Hai my Aurora." Balas Qayl sambil mengelus lembut rambut Aurora.

"Kita nak pergi mana?" Tanya Aurora dengan teruja. Sejak balik dari kem 2 hari lepas baru hari ini dia dapat bertemu dengan lelaki di hadapan dia. Jujur Aurora sangat merindui lelaki ini.

Qayl tersenyum misteri.

"Masuk kereta dulu." Ujar Qayl yang sudah membuka pintu kereta dia. Aurora menurut dengan wajah tertanya.

**

"Food festival?" Aurora menatap Qayl yang sudah tersengih. Memang dia sengaja membawa Aurora ke food festival kerana Qayl sangat yakin perempuan kesayangan dia ni tak pernah jejak lagi ke food festival.

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now