"Kita dekat mana ni?" Tanya Aurora dengan dahi berkerut melihat keliling dia. Terdapat rumah mewah di hadapan dia saat ini. Sangat luas sehingga tergamam Aurora melihat kecantikkan rumah tersebut.
"Rumah family aku. Don't worry mereka tak akan datang ke sini." Ujar Qayl yang sudah menoleh menatap Aurora dengan senyuman kecil dia.
Ah rindu betul dia dengan gadis ini!
"Kita berdua je?!" Membulat mata Aurora. Gila ke nak tinggal berdua dengan lelaki ini! Mereka bukan ada ikatan pun. Macam mana kalau berlaku sesuatu?
Qayl ketawa kecil.
"Ada masalah ke? Kalau kena tangkap basah kahwin je lahh. Free pula tu." Balas Qayl dengan muka tak bersalah sehingga terkejut Aurora mendengarnya.
"Tak lawak." Aurora menatap Qayl dengan pandangan geram. Ingat benda-benda macam tu boleh di buat gurau ke?
"Kau ni suka sangat fikir bukan-bukan. Dekat rumah ini masih ada pekerja aku. Lagi pun kau akan tinggal dekat rumah tetamu yang jauh sikit dari rumah ini. Aku stay dekat rumah ini. Jangan risau tak ada apa akan jadi." Balas Qayl dengan tenang. Dia sudah turun dari kereta lalu tak lama di ikuti oleh Aurora.
Aurora hanya diam sambil memerhati kawasan rumah ini. Sangat tenang sudah lama dia tak ke Cameron Highland. Rupanya Qayl bawa dia lari ke Cameron Highland. Jauh betul tapi tak apalah lagi pun dia suka dengan suasana Cameron Highland.
Rumah lelaki ini pun juga sangat cantik. Rumah ala eropah. Di kelilingi hutan tentu saja. Sangat dapat privasi mereka di rumah ini. Rumah jiran juga agak jauh dari rumah ini. Pandai betul keluarga lelaki ini memilih lokasi rumah.
Kini pandangan dia kembali pada Qayl yang terlihat sedang memejamkan kedua mata dia sambil menikmati udara segar di Cameron Highland. Lama dia merenung lelaki itu yang terlihat sangat tenang.
Sebelum ini dia tak berapa fikir sangat kerana fikiran dia sangat serabut tapi sekarang dia merasa canggung dengan lelaki itu.
Apa yang harus dia lakukan dengan lelaki itu?! Untuk abaikan dia? Sangat sulit mengingatkan hanya lelaki ini saja yang dia punya sekarang.
"Dah puas tengok aku?" Terkebil-kebil mata Aurora saat Qayl sudah menoleh menatap dia dengan senyuman nakal.
Alamak kantoi ke? Malunya!
"Siapa tengok kau? Jangan nak perasan ya." Dalih Aurora sambil menatap ke lain.
Qayl ketawa.
"Dah jom aku bawa kau ke rumah tetamu. Nanti akan ada pembantu yang tolong sediakan barang yang kau perlukan." Ajak Qayl sambil berjalan yang di ikuti oleh Aurora.
**
PANG
Terteleng kepala Zayyan menerima tamparan dari mama.
"Anak tak guna! Sanggup kau hancurkan majlis adik kau sendiri?!" Tengking Puan Marissa dengan pandangan tajam.
"Mana kami nak letak muka Zayyan?! Ada kau fikir semua tu? Ada?!" Kali ini giliran Tuan Edlan yang berkata. Begitu bengis dia menatap Zayyan.
Zayyan hanya menunduk. Dia tahu ini salah dia tapi perlu ke mereka berkata kasar seperti itu pada dia?
Dia baru saja turun ingin mengisi perut tapi pipi dia pula menjadi mangsa tamparan sang mama. Akhirnya terbongkar jua rahsia dia entah dari mana mereka tahu.
"Kau tahu tak Eden dah 2 hari tak turun makan?! Tapi kau boleh pula makan dengan tenang! Sikit pun kau tak rasa apa dekat adik kau. Patutnya aku gugurkan je kau dari kandungan aku!" Terguris hati Zayyan mendengar kata-kata itu dari mama kandung dia sendiri.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...