BAB 10

229 14 1
                                    

Suasana tasik tersebut sangat tenang. Apalagi di tasik ini tak ramai seperti biasa tapi Aurora hanya diam duduk di bangku berhadapan dengan tasik.

Air mata masih menitis. Aurora memeluk erat ipod di tangan dia. Hancur perasaan dia saat melihat Eden merosakkan Ipod dia.

Puas Aurora cuba menyalakan Ipod tersebut tapi tak berhasil.

Semakin pilu tangisan dia. Sakit! Kali ini sangat sakit luka yang di tinggalkan oleh Eden sehingga buat Aurora terfikir patut ke dia mengalah? Patut ke dia lepaskan Eden?

"Sampai kat sini pun kau menangis?" Tegur seseorang yang membuat Aurora mendongak dengan air mata masih mengalir.

Terdiam Aurora menatap lelaki itu.

"Ini kali kedua aku tengok kau menangis Aurora." Kata lelaki itu yang ternyata adalah Qayl.

Dia saat itu sedang jogging di kawasan tasik tersebut sehingga akhirnya dia terdengar bunyi tangisan seseorang. Sempat juga Qayl merasa seram sehinggalah saat dia mendekat dengan bunyi tangisan tersebut dia di buat terkejut melihat sosok tersebut yang ternyata adalah Aurora.

Qayl sudah duduk di samping Aurora sempat mata dia melirik sesuatu yang di peluk oleh gadis itu.

"Tell me why? Jangan pendam lagi." Pinta Qayl.

Aurora hanya diam merenung Qayl.

"You can trust me Aurora." Qayl tersenyum pada Aurora dengan pandangan lembut.

Apa yang di sembunyikan oleh Aurora? Makin lama Qayl kenal dengan sosok Aurora membuatkan Qayl yakin ada sesuatu yang di sembunyikan oleh gadis itu.

Aurora mengeluh.

"Jika seseorang tak hargai kita adakah orang itu bodoh masih tetap mahu pertahankan? Walaupun dia dah lukakan kita berkali-kali?" Tanya Aurora yang kini sudah menatap tasik.

Qayl tersenyum kecil.

"Dia tak bodoh. Itu namanya dia seorang yang sangat kuat. Walaupun di lukakan banyak kali sekali pun tapi jika dia memilih untuk pertahankan aku nak cakap dia tu hebat. Tak semua orang mampu tahan. Dia masih menanti dan mengharap orang tersebut akan mula nampak kehadiran dia dan mula untuk hargai." Dengan tenang Qayl berkata.

Aurora masih diam.

"Tapi Aurora jangan lupa jaga hati sendiri." Qayl menepuk dada dia "sesayang apa pun kita dekat orang tu tapi jangan lupa hati kita ni pun tahu sakit juga. Buat apa kita jaga hati dia tapi dia taknak jaga hati kita? Menyerah bukan bermakna kita kalah Aurora tapi kita menyerah kerana kita tahu limit kita. So you should stop Aurora." Kata-kata Qayl membuat Aurora terkejut lantas dia langsung menoleh menatap lelaki itu.

"I know your secret Aurora." Kata Qayl yang membuat Aurora terkejut.

Lelaki ni tahu yang dia adalah tunang Eden?

Qayl turut menatap Aurora. "I know you have feelings for Eden. I know you're Eden secret admirer. I know Aurora." Kata Qayl perlahan yang membuat Aurora merasa lega kerana hanya itu saja yang Qayl tahu.

"Awak tahu? Is it that obvious?" Tanya Aurora perlahan yang membuat Qayl tertawa kecil.

"Nak kata obvious tu tak juga cuma masa tu aku pernah nampak kau letak bekal sekali dengan tampal note dekat locker dia." Balas Qayl dengan tenang.

Aurora diam masih lagi terkejut.

"So Aurora you should move on from him. Eden doesn't deserve you." Dan kau pun sama Qayl. Kau pun tak layak dengan gadis sebaik Aurora.

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now