BAB 31

186 14 0
                                    

"Is that really her?" Gumam Farel dengan pandangan tak percaya. Kejadian tadi masih lagi dia ingat. Pandangan tajam milik Aurora, senyuman sinis milik Aurora. Sangat lain dengan Aurora yang dia kenal.

"Sumpah aku terkejut tengok dia kenakan budak tadi." Iyad turut bersetuju dengan kata-kata Farel. Aurora yang mereka lihat tadi seolah seperti orang lain.

"Kalau bukan sebab Zayyan aku rasa lagi teruk budak tu kena." Sahut Gibran. Ya, Zayyan yang hentikan tindakan gila Aurora. Entah apa yang di bisikkan oleh Zayyan pada Aurora sehingga Aurora hanya akur saja saat Zayyan membawa Aurora pergi dari Arkadia.

Melihat cara Zayyan mereka sangat yakin yang Zayyan dan Aurora sangat rapat. Apa agaknya hubungan mereka sehingga Aurora mendengar kata-kata Zayyan?

Qayl masih lagi diam. Dia seolah berada di dunia dia sendiri. Kata-kata Aurora masih lagi tergiang-giang di kepala dia.

"You lost me Tengku Qayl Noah but I lost nothing."

Kata-kata itu sangat menyakitkan dia. Sudah tak ada harapankah hubungan mereka ini?

"Qayl? Kau okey? Apa Aurora cakap dekat kau sampai kau jadi macam ni?" Farel sudah mula risau melihat perubahan Qayl.

Qayl mengeleng kecil sambil tersenyum paksa. Tak mahu merisaukan rakan dia yang lain.

"Tak ada apalah."

Farel hanya diam tak mahu memaksa Qayl untuk bercerita. Selepas saja kejadian tadi memang mereka terus pergi ke base. Lebih memilih ponteng kelas daripada biarkan Qayl sendiri.

Iyad dan Zayyan walaupun kini mereka sedang melakukan latihan industri tetap mereka datang ke Arkadia kerana masih ada urusan yang belum di selesaikan. Untung saja kejadian tadi berlaku ketika mereka masih ada urusan.

Kalau tak? Siapa yang boleh hentikan tindakan gila Aurora kalau bukan Zayyan?

**

"You look beautiful." Puji Eden saat Aurora sudah keluar dari ruang salinan pakaian di butik tersebut.

Dress labuh berwarna putih yang di bawah dia terdapat corak bunga mawar merah. Dress tersebut juga bertali halus. Seksi di pandangan orang tapi cantik di pandangan mata dia.

Mereka berada di butik yang di tempah oleh mama Eden untuk baju pertunangan mereka yang akan berlangsung tak lama lagi. Kalau ikutkan memang Aurora tak mahu pergi tapi di sebabkan atas permintaan Puan Marissa akhirnya Aurora terpaksa akur.

Pujian Eden juga hanya di biarkan saja. Malas dia ingin berkata apa-apa pada Eden. Biarlah lelaki itu terusan berlembut pada dia kerana Aurora sudah tak peduli. Dia makin meluat adalah setiap kali Eden memuji dia.

Aurora masih membelek-belek dress tersebut yang di kenakan oleh dia di hadapan cermin besar. Tak jauh dari dia terdapat pekerja butik yang tak lepas memerhatikan kecantikkan Aurora.

Merasa puas dengan dress tersebut Aurora langsung membalikkan tubuh dia menghadap pekerja tersebut.

"I will take this." Ujar dia dengan dingin lalu langsung masuk kembali ke ruang persalinan pakaian. Terkebil-kebil pekerja tersebut di buatnya.

Not bad taste baju Puan Marissa. Sempat Aurora memuji.

Eden hanya tersenyum saja pada pekerja tersebut. Dia sudah mengeluh kecil melihat kelakuan Aurora.

Selesai dengan bayaran akhirnya mereka sudah berada di dalam kereta milik Eden. Aurora seperti biasa hanya diam saja.

"Lepas ni nak pergi mana?" Tanya Eden lembut.

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now