Bunyi ketukan pintu mengalihkan perhatian Eden yang saat itu hanya berdiri di balkoni. Lelaki itu hanya diam saja sehingga pintu biliknya sudah di kuak oleh seseorang.
Bahkan sosok tersebut sudah berdiri di samping dia pun Eden hanya abaikan.
"Kau nak apa?" Tanya Eden kasar.
"Aku nak tengok muka penyesalan kau." Balas lelaki itu dengan tenang. Sudah dia kata pada Eden yang dia akan menjadi pemerhati saja kisah hidup Eden sehingga lelaki itu menyesal kerana tak menghargai seseorang dan sekarang? Tengoklah apa yang terjadi.
Eden tertawa sinis.
"Mind your own business! Apa aku buat dengan Aurora bukan urusan kau."
Lelaki itu hanya tenang saja.
"Apa pun urusan Aurora tetap menjadi urusan aku Eden Faeq. Kau ingat aku tak tahu apa kau buat dekat Aurora?" Lelaki itu hanya menatap pemandangan di balkoni bilik Eden.
"Aidan report dekat kau?" Ejek Eden. Bukan dia tak tahu Aidan sering mengadu pada lelaki di sebelah dia.
"Kalau kau sayang sangat dekat Aurora why not kau je ganti tempat aku sebagai tunang Aurora?" Sinis Eden berkata.
"Oh lupa tak boleh. Sebab apa? Kau ni hanya anak tak sah papa dan mama. Lebih tepatnya kau anak haram Zayyan." Eden tersenyum senget menatap wajah Zayyan yang sudah berubah.
Zayyan Uwais abang kandung dia. Anak yang tak di anggap di rumah ini. Jika bukan kerana atuk sudah lama Zayyan di halau keluar dari rumah ini.
"Tak akanlah mama dengan papa nak jodohkan kau dengan Aurora kan? Apalagi keluarga Aurora tu bukan keluarga biasa. Hancur lah image mereka kalau mereka dapat tunang macam kau yang merupakan anak haram." Eden masih dengan sinisnya. Sikit pun dia tak merasa bersalah kerana sudah melontarkan kata-kata itu kepada abang dia sendiri.
"Sudah-sudahlah Eden dengan anak haram kau tu. Aku dah biasa sangat dengar sampai aku tak rasa apa. Ya, aku sedar aku tak akan mampu bersama dengan Aurora tapi aku masih mampu untuk melindungi Aurora dari jauh. Lagi-lagi dari lelaki macam kau. At least sekarang Aurora ada Qayl." Eden tertawa sinis mendengar kata-kata Zayyan.
"Qayl? Kau ingat dia ikhlas ke dengan Aurora? Dia sendiri anggap Aurora tu bet dia!" Tajam Eden menatap Zayyan.
Zayyan hanya tenang.
"Bet tu kau yang mulakan dulu Eden bukan Qayl. Dia hanya terjebak dengan game bodoh kau. At least sekarang aku dah nampak keikhlasan dia sukakan Aurora walaupun kau buat penampilan Aurora macam orang bodoh dekat Arkadia." Zayyan sudah tersenyum puas saat melihat perubahan wajah Eden.
"Dan aku sendiri akan pertahankan Qayl pada Aurora kalau Aurora sudah tahu game bodoh kau ni." Zayyan dengan tenang melangkah pergi setelah selesai mengatakan itu pada Eden.
"Kau ingat aku akan biarkan semua ini terjadi ke Zayyan?" Gumam Eden dengan sinis.
Kali ini Eden sudah nekad. Dia yakin akan keputusan dia saat ini. Ini semua kerana dia sudah sedar akan perasaan sebenar dia.
**
Aurora dengan tenang melangkah naik menuju ke rooftop. Penampilan dia juga seperti biasa hanya mengenakan cermin mata tebal dan rambut di ikat dua. Hanya pemakaian dia saja yang lain dan bukan kuno seperti biasanya.
Lagi pun bukan ada orang sangat dekat Arkadia. Peperiksaan sudah lama habis rasanya tak ada keperluan untuk pelajar lain pergi ke Arkadia mungkin yang datang pun kerana aktiviti tambahan mereka seperti polo, kelas berenang, memanah, kelas fencing dan lain-lagi.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
Roman d'amourQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...