BAB 5

242 13 1
                                    

Suasana di Universiti itu sudah sepi. Pelajar-pelajar sudah pulang ke kediaman mereka. Ini kerana sekarang sudah hampir pukul 7.

Begitu lama Aurora dan Qayl duduk di rooftop sehingga mereka tidak menyadari hari sudah lewat.

Kini Aurora berada di bus stop dan masih setia di temani oleh Qayl yang tak henti meminta untuk menghantar Aurora pulang yang tentu saja langsung di tolak oleh gadis itu.

"Jom lah aku hantar kau balik? Dah nak malam ni bahaya lah naik bas." Ajak Qayl lagi yang masih tak menyerah.

"Saya dah biasa. Awak tak perlu nak hantar saya balik." Kata Aurora. Kerana jika dia menerima tawaran Qayl sudah tentu Qayl akan mengetahui kediaman dia dan diri dia yang merupakan anak kepada...Quinn.

"Kenapa susah sangat ni? Bukan aku nak culik kau pun! Culik kau buat apa? Dahlah kau ni garang tak bertempat." Bebel Qayl yang membuat Aurora terkejut melihat lelaki itu membebel di hadapan dia dan sesekali wajah lelaki itu menjadi cemberut.

Aurora mahu tersenyum melihat kelakuan Qayl tapi dia harus tahan. Ingat Aurora di hadapan kau adalah Qayl Noah! Si playboy sejati.

"Kau betul-betul taknak aku hantar?" Tanya Qayl lagi.

"Berapa kali saya nak cakap dekat awak ni?" Aurora sudah geram. Lelaki di hadapan dia ni memang sejenis degil ke apa?

Tak lama bas yang di tunggu sudah tiba. Aurora sudah bangun sudah bersedia ingin naik bas tersebut tetapi suara Qayl berjaya menghentikan dia.

Aurora menoleh ke belakang. Menatap Qayl yang seperti ragu-ragu ingin mengatakan sesuatu.

"Nak naik ke tak ni?" Tanya si pemandu bas yang sudah mahu menutup pintu.

"Kejap pakcik! 5 minit je." Pinta Qayl dengan wajah merayu. Akhirnya si pemandu bas hanya akur.

"Nak apa?" Tanya Aurora.

"Boleh kita jadi kawan?" Pinta Qayl perlahan. Jantung dia berdetak dengan laju menanti balasan Aurora. Kenapa dia sangat gugup sekarang ni? Selama ini jika dia mahu pikat perempuan tak ada pula dia merasa gugup macam ni sekali.

Suasana di bus stop seolah hening. Hanya bunyi enjin bas yang menjadi melodi mereka saat ini bahkan Aurora tak berkelip menatap Qayl. Jujur dia juga terkejut dengan permintaan Qayl yang secara tiba-tiba.

Qayl mahu berkawan dengan dia? Patut ke dia terima? Tapi dia merasa tak yakin. Selama ini dia memang tak ada kawan mengingatkan keperibadian dia yang memang dingin dan sangat susah untuk senyum membuatkan tak ada siapa yang berani menegur dia untuk menjadi kawan.

Kalau ada pun kebanyakkannya adalah dari rakan business papa dan tentu saja kebanyakkan dari mereka tak ikhlas berkawan dengan dia.

"Dik lama lagi ke? Orang dah mula bising ni." Tanya pemandu bas lagi yang berjaya membuat Aurora tersentak. Aduhh lama betul dia berangan. Sampai tak sedar Qayl di hadapan sudah cacing kepanasan menunggu balasan dia.

"Sekejap pakcik. Sikit je lagi." Kali ini giliran Aurora yang meminta.

Dia kembali menatap Qayl yang masih setia menanti.

"Aurora?" Qayl sudah tak boleh menunggu. Penantian ini sangat menyesakkan! Walaupun hanya sekadar menunggu balasan Aurora.

Aurora tersenyum kecil tapi kenapa Qayl rasa Aurora seperti tersenyum nakal pada dia? Ke Qayl salah pandang?

"Tengoklah nanti." Ujar Aurora dengan muka tak bersalah tanpa menanti balasan Qayl si gadis dingin itu langsung menaiki bas tersebut.

Pintu bas sudah tutup dan Qayl masih tercengang. Tak percaya mendengar balasan Aurora.

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now