PRANG
Lagi sekali cermin di bilik itu menjadi mangsa amukan Eden Faeq. Deruan nafas lelaki itu melaju. Tangan yang sudah mengeluarkan darah hanya di abaikan oleh Eden.
Sakit di tangan dia tak setanding dengan sakit di hati dia setelah dia melihat gambar yang di kirim oleh orang upahan dia iaitu Aurora yang sedang ketawa bahagia bersama dengan Qayl.
Dia tak rela! Seharusnya senyuman Aurora hanya milik dia saja bukan Qayl tapi hanya dia saja yang layak!
Aurora itu asalnya adalah kepunyaan dia bukan kepunyaan Qayl!
Dia tak rela jika Aurora bersama dengan lelaki itu. Sungguh dia tak akan rela. Dia menyesal, sangat-sangat menyesal kerana telah mengabaikan gadis seperti Aurora.
Seharusnya dia tak patut melayan Aurora dengan kasar. Aurora menjadi seperti itu juga kerana papa kandung dia sendiri yang telah meninggalkan Aurora sendiri di Malaysia.
Aurora hanya perlukan kasih sayang dari orang sekeliling dia tapi apa yang Eden buat? Dia hanya abaikan Aurora hanya kerana dia tak suka melihat sifat gadis itu yang sudah berubah menjadi dingin dan angkuh.
Eden ketawa miris. Air mata perlahan jatuh bahkan bunyi ketukan pintu yang tak henti hanya di abaikan saja oleh Eden.
Hidup dia sudah hancur.
Eden hanya diam duduk di atas katil dengan pandangan kosong. Darah yang menitik di tangan pun dia tak melakukan apa-apa untuk hentikan pendarahan tersebut.
"Eden buka pintu ni nak." Begitu risau Puan Marissa saat ini. Tak henti tangan dia mengetuk pintu bilik Eden.
"Pergi!" Jerit Eden tapi Puan Marissa masih tak menyerah. Dia tak tenang selagi dia tak tengok keadaan Eden di depan mata dia sendiri.
Puan Marissa dan Tuan Edlan sudah saling berpandangan. Entah kenapa mereka merasa tak sedap hati.
Akhirnya Tuan Edlan membuat keputusan untuk membuka pintu menggunakan kunci pedua yang berada di almari tak jauh dari tempat mereka berdiri.
Sudah berapa hari Eden tak seperti biasanya terkadang lelaki itu menjerit di biliknya dan terkadang dia mendengar rintihan Eden yang begitu menyesal kerana membuat Aurora seperti itu. Hati ibu mana yang tak risau melihat keadaan anak dia yang tak terurus?
Tanpa sedar tangan Eden sudah mengambil ubat yang terdapat di meja kecil bersebelahan katilnya. Dia sudah membuka penutup botol tersebut.
Entah apa yang berada di fikiran dia lelaki itu sudah menelan hampir ke semua pil-pil tersebut yang ternyata adalah ubat tidur.
Dia ingin hentikan sakit yang dia rasa...sakit kehilangan gadis yang dia cinta dan juga penyesalan.
Eden sudah terbaring. Pandangan dia kabur sehingga akhirnya dia sudah memejamkan kedua mata dia dengan mulut mengeluarkan buih putih.
Selamat tinggal dunia.
"EDEN FAEQ!!"
**
Bella sudah duduk di hadapan. Dia memang sengaja memilih tempat duduk di hadapan. Bukannya apa tapi selalunya PC di hadapan adalah paling laju jadi mudahlah untuk Bella membuat kerjanya nanti.
Di hadapan sudah terdapat pensyarah mereka yang sudah membuka slide untuk subjek mereka yang akan di pelajarinya tak lama lagi.
Saat pelajaran sudah mahu bermula pintu kelas sudah terbuka dan muncul seseorang yang membuat Bella tercengang.
Apa lelaki itu buat di sini?!
Lelaki itu yang ternyata adalah Gibran sudah tersengih menatap pensyarah dia yang sudah menatap dia dengan pandangan tajam.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...