BAB 54

63 7 4
                                    

Keesokan paginya, selepas sarapan ringkas di hotel, Qayl membawa Aurora ke sebuah banglo miliknya yang terletak di kawasan yang agak terpencil, jauh dari hiruk-pikuk kota.

Banglo itu besar, dengan rekaan moden yang minimalis, dikelilingi taman yang hijau dan rimbun. Ia merupakan tempat yang selama ini Qayl rancang untuk dijadikan rumah mereka, rumah yang diimpikannya sebagai tempat mereka memulakan kehidupan baru sebagai suami isteri.

Ketika mereka tiba, Qayl memandang Aurora, senyuman kecil menghiasi wajahnya, cuba mencairkan ketegangan yang masih menyelubungi mereka sejak semalam.

Dia melangkah keluar dari kereta, membuka pintu untuk Aurora dengan harapan dapat melihat reaksi yang lebih lembut daripada isterinya.

Namun, Aurora tetap dingin, wajahnya kosong tanpa sebarang emosi. Dia melangkah keluar dari kereta tanpa sepatah kata, memandang banglo di hadapannya seolah-olah ia hanyalah satu lagi bangunan, tiada apa yang istimewa.

Qayl menarik nafas panjang, berusaha menyembunyikan kekecewaannya. "I hope you'll like this place... I bought it for us, for our future," dia berkata perlahan, sambil berjalan di sebelah Aurora yang masih diam.

Aurora hanya mengangguk kecil, tidak ada tanda-tanda kegembiraan di wajahnya. "It's... nice," jawabnya ringkas, suara itu jelas hambar.

Dia melangkah masuk ke dalam rumah, matanya mengamati persekitaran, tetapi fikirannya masih jauh. Qayl di belakangnya hanya mampu melihat, rasa putus asa perlahan-lahan meresap ke dalam hatinya.

Walaupun dia tahu Aurora masih menyimpan rasa marah dan kecewa, dia berharap ada sesuatu di sini yang dapat mengubah moodnya.

Mereka melangkah ke ruang tamu yang luas dengan tingkap kaca besar yang menghadap ke taman belakang. Qayl cuba untuk menceriakan suasana. "I thought maybe we could spend more time here, just the two of us. I designed this place to be our retreat from everything... so we can focus on each other."

Aurora memandang ke luar tingkap, tangannya meraba-raba sofa yang terletak di tepi. Dia akhirnya menoleh sedikit ke arah Qayl, matanya yang redup menatapnya. "Qayl... this doesn't change anything. Rumah ni cantik, I'll admit that, but it doesn't erase what you did." Suaranya tenang, tapi setiap perkataan seolah-olah menusuk jauh ke hati Qayl.

Qayl menelan rasa pahit yang menjalar di tekaknya. Senyumannya pudar sedikit, tapi dia cuba untuk kekal tenang. "I know, Aurora. I just hope that maybe... we can start over here, at least give it a try."

Aurora memandangnya sekali lagi, dan kali ini, ada sekelumit rasa sedih di matanya. "Starting over isn't that easy, Qayl." Tanpa menunggu jawapan dari Qayl, dia melangkah menjauh, menuju ke tingkat atas, meninggalkan Qayl yang hanya mampu berdiri kaku di ruang tamu, memandang bayang belakang isterinya yang semakin menjauh.

**

Aurora melangkah masuk ke rumah, dan langkahnya terhenti apabila melihat Qayl sudah menunggu di ruang tamu dengan wajah penuh keresahan. Dalam hati, dia sudah menjangkakan Qayl akan mula bertanya macam-macam lagi.

"Aurora, awak pergi mana tadi?" Suara Qayl lembut, tapi penuh ketegasan. Telefon di tangannya masih terbuka, mungkin baru saja mengirimkan mesej terakhir yang Aurora abaikan.

Aurora menghela nafas panjang, cuba mengawal perasaan. "I told you already, Qayl. Saya dekat office, meeting sampai petang."

"Then kenapa tak balas mesej saya?" Qayl tidak berganjak. "I waited, tapi awak diam je. Awak tak tahu betapa risau saya tadi."

Aurora mengetap bibir, rasa tidak selesa makin menekan. "Takkan setiap masa saya kena update awak, Qayl? I need my space. Awak pun tahu kan saya sibuk?"

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now