"Kenapa tiba-tiba ajak saya jumpa ni? Dahlah awak hantar email dekat saya. Awak ni okey ke tak?" Berkerut dahi Aurora. Pelik betul dia dengan lelaki di hadapan dia. Padahal boleh je kan jumpa dekat Arkadia nanti?
Qayl tersengih-sengih. Merasa lucu pula dengan kelakuan dia. Tak pernah-pernah dia hantar email hanya semata mahu ajak jumpa.
"Aku mana ada nombor telefon kau. Itu yang aku email kau je. Email kau pun aku dapat dekat student information. Itu aja yang mereka boleh bagi." Qayl berkata dengan sengihan yang membuat Aurora tergamam.
Dia rasa mahu ketawa pun ada. Pelik juga lah muka Aurora ketika dia terima email dari Qayl. Sudahlah ayat dia formal.
Kini mereka berada di tasik seperti yang di pinta oleh Qayl. Bahkan Aurora juga tak pakai cermin mata dia seperti biasa. Buat apa dia pakai? Qayl pun dah tahu rahsia dia yang merupakan bukan seorang nerd.
"So ada apa awak nak jumpa saya?" Sesekali rambut Aurora berterbangan di tiup angin. Sehingga terpukau Qayl melihat kecantikkan Aurora.
"I like you Aurora." Ujar Qayl masih tak lepas menatap Aurora. Bukan itu yang dia nak cakap pada Aurora! Aduhh macam mana boleh terlepas cakap ni?!
"Haa?!" Terkejut Aurora mendengar kata-kata dari Qayl.
Kau pun dah terlepas cakap Qayl. Teruskan je lah.
"I mean it Aurora." Kali ini wajah lelaki itu sudah serius. Sehingga tak terkata Aurora di buatnya.
"Tapi awak tahu kan saya suka dekat Eden? Perasaan tu masih ada." Gumam Aurora. Walaupun Eden sering sakitkan perasaan dia tapi tetap saja perasaan Aurora pada lelaki itu masih ada.
"Then you should stop thinking about him. Stop having feelings for him. Cubalah belajar fikirkan aku dan cuba juga belajar suka kan aku Aurora." Wajah Qayl terlihat bersungguh-sungguh.
Aurora masih diam. Dia terkejut mendengar kata-kata dari Qayl sehingga dia tak tahu dia harus berkata apa pada Qayl?
"Please? Give me a chance. Bagi aku peluang untuk buat kau lupa dekat Eden." Rayu Qayl.
Aurora masih diam. Patut kah dia bagi peluang pada Qayl? Patut ke dia buka hati dia untuk Qayl dan lupakan Eden? Lagi pun Eden dari dulu tak suka dengan dia dan lelaki itu sering sakitkan perasaan dia manakala Qayl? Lelaki ini sering melihat dia menangis bahkan lelaki ini juga yang hiburkan dia.
"Aurora?" Panggil Qayl perlahan. Tersentak Aurora di buatnya.
"Boleh bagi saya masa? Saya akan bagi jawapan dekat awak. Jadi boleh awak tunggu saya?" Aurora berkata dengan perlahan yang membuat Qayl tersenyum kecil. Sekurangnya Aurora masih mahu berfikir dan tidak menolak dia terus.
Qayl mengangguk perlahan. Dia akan tunggu walau berapa lama sekali pun dia akan tetap menunggu untuk Aurora dan hanya Aurora saja.
"Aku akan tunggu." Ujar Qayl sambil tersenyum kecil menatap Aurora yang membuat gadis itu turut membalas senyuman dia.
**
Qayl tak senang duduk. Padahal baru 2 jam selepas dia berjumpa dengan Aurora tapi sudah buat dia resah macam ni!
Nak tunggu jawapan macam apa. Padahal dulu nak ajak perempuan keluar punyalah senang. Tak ada pula dia nak rasa macam ni. Perempuan tu terima ke tak terima ke memang Qayl tak kisah.
Tapi sekarang?
"Gib jom main game." Ajak Qayl pada Gibran yang kebetulan sedang berada di rumah dia.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...