BAB 51

61 8 0
                                    

Qayl sedang duduk bersandar dengan santai di sofa, bersama Iyad, Farel, dan Gibran di satu sudut lounge hotel milik Farel. Suasana malam itu tenang, dan mereka berbual seperti biasa, bercerita tentang perniagaan, kawan-kawan lama, dan kehidupan masing-masing.

Iyad dan Gibran gelak sakan, seolah-olah suasana ini membawa mereka kembali ke masa lalu—masa di mana Qayl adalah seorang yang ceria dan sentiasa penuh dengan energy positif.

Farel pula sesekali tersenyum, namun di sudut hatinya, dia tahu betapa Qayl berubah sejak Aurora hilang tanpa jejak 7 tahun lalu. Dulu, Qayl tak pernah berhenti mencari Aurora. Dan sekarang? Qayl kelihatan tenang... tapi entah apa yang disembunyikan di sebalik ketenangan itu.

"Aku nak kahwin," Qayl tiba-tiba bersuara tenang, memecah kesunyian yang baru saja wujud selepas sesi ketawa mereka.

Iyad, Gibran, dan Farel serentak memandang Qayl. Iyad, yang tadi sedang belek telefon, terhenti, matanya terbeliak. Gibran hampir tersembur air yang baru dia minum, sementara Farel terpaku, tak percaya dengan apa yang dia dengar.

Iyad ternganga, "Bro... Wait, what?"

"Wait, what did you just say?" Gibran ikut serta, seakan-akan tidak percaya.

Farel pula hanya diam, memandang Qayl dengan muka terkejut beruk. "Kau biar betul, Qayl. Kahwin? Dengan siapa?"

Qayl hanya tersenyum tenang, matanya redup, tapi dalam. "Aurora."

Bam! Terus Gibran batuk-batuk, tersembur air yang dia minum tadi ke lantai. Iyad makin terbeliak, mulut dia hampir tak boleh tutup. Farel, yang duduk di sebelah Qayl, memandangnya dengan wajah yang hampir panik.

"Aurora?!" Iyad bersuara keras. "Kau serious ni, bro? Aku ingat kau dah move on."

Qayl menggeleng perlahan, senyum tenang di wajahnya. "Aku tak pernah move on. Tak pernah berhenti cari dia."

Gibran masih batuk-batuk, seolah-olah tak boleh hadam apa yang baru saja dia dengar. "Aku... Aku ingat kau dah give up, bro. It's been seven years!"

Farel yang tadi diam seribu bahasa, kini sudah mula panik. Dia tahu rahsianya akan terbongkar.

"Wait, Qayl," Farel cepat-cepat menyampuk, "How did you—macam mana kau boleh tahu Aurora?"

Qayl memandang Farel dengan tenang, tapi dalam matanya ada sesuatu yang tajam. "Aku dah tahu lama, Farel. Dan aku tahu rahsia kau."

Farel terdiam, matanya membulat, seakan tak percaya dengan apa yang baru Qayl katakan. Dia tahu?

"Rahsia apa?" Iyad bersuara, tak faham apa yang sedang berlaku.

Tapi Qayl masih memandang Farel, dan Farel terasa seperti sedang ditelanjangkan oleh pandangan tajam Qayl itu. "Jangan cakap macam ni... Aku..."

"Selama ni kau tahu Aurora kat mana, tapi kau tak pernah beritahu aku, kan?" Qayl berkata dengan suara rendah, tapi cukup untuk membuatkan Farel menelan liur.

Iyad dan Gibran terpinga-pinga, saling berpandangan. Mereka tak faham apa yang sebenarnya sedang berlaku.

"Farel?" Gibran cuba tanya, tapi Farel hanya tunduk, tak berani pandang Qayl.

"Qayl... Aku minta maaf," suara Farel hampir tersekat. "Aku... Aku tak cakap sebab masa tu kau... kau dah lain. Kau dingin. Mudah marah. Kau bukan macam dulu."

Iyad terkejut. "Wait, what? Kau tahu ke mana Aurora pergi selama ni, Farel? Kenapa kau tak bagitahu kita?"

Farel hanya mampu tunduk, rasa bersalah mencengkam dadanya. "I'm sorry. Aku cuma tak nak Qayl buat benda yang dia akan sesali. Aku takut dia buat keputusan masa tu yang boleh musnahkan diri dia sendiri. Aku—"

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now