Qayl melangkah masuk ke ruang makan dengan Aurora di sebelahnya, tangannya menggenggam erat tangan isterinya. Matanya cepat menangkap gelagat si kembar yang duduk di meja makan dengan wajah merajuk, bibir mereka memuncung seperti kanak-kanak yang baru sahaja dimarahi. Dia mengangkat kening, pelik dengan situasi itu.
"Dah kenapa korang ni?" Qayl bertanya sambil melabuhkan punggung di kerusi, sebelah Aurora yang turut kelihatan hairan.
Si kembar, Tengku Qaid dan Tengku Qarizh, terus menjeling ke arah daddy mereka, Tengku Qaysar, yang sedang makan dengan tenang, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi kalau diperhatikan betul-betul, ada senyuman nakal yang cuba disorokkan oleh Tengku Qaysar.
Nak ketawa pun ada, tapi Tengku Qaysar tetap buat tak tahu. Tengku Qaysar memang terkenal dengan perangai suka usik anak-anaknya, terutama si kembar yang kuat merajuk.
Puan Rasha yang duduk di sebelah suaminya tersenyum kecil sebelum bersuara perlahan, "Si kembar ni tengah merajuk dengan daddy diorang."
Qayl bertambah pelik, "Merajuk? Kenapa pulak?"
Tengku Qaid segera menjawab dengan nada penuh dramatik, "Abang! Daddy offer kita berdua dekat that diva, macam tu je! Nak ke kita kahwin dengan dia?" Suaranya hampir seperti hendak menangis.
Tengku Qarizh terus menyampuk, turut tak mahu kalah dalam drama mereka. "Betul tu! Kami ni anak dia ke, barang lelong?!"
Aurora di sebelah Qayl sudah tak dapat menahan ketawanya. Dia menutup mulut dengan tangan, matanya bersinar-sinar lucu. "Oh my God, seriously?"
Qayl mengerutkan dahi, melihat ke arah papanya yang masih tenang makan, seolah-olah tiada apa yang salah. "Daddy, what's this all about?"
Tengku Qaysar akhirnya mengangkat wajah dari pinggan, memandang si kembar dengan senyuman sinis. "Alah, saja je acah sikit. Bukannya papa betul-betul suruh korang kahwin dengan Riana."
Si kembar serentak bersuara, "Saja acah?! Daddy, itu tak kelakar langsung!"
Tengku Qaysar tergelak, puas hati dengan reaksinya. "Ala, rileks lah. Bukan daddy betul-betul nak bagi korang kat dia. Lagi pun, tengok muka korang masa tu—priceless!"
Si kembar masih memuncung, tapi tak dapat menahan diri daripada tersengih. Mereka memang anak-anak yang manja, tapi bila papa mereka mula bergurau, mereka selalu kalah.
Aurora, yang masih ketawa kecil, menyandarkan badannya pada kerusi. "I can't believe this," katanya sambil melihat gelagat keluarga Qayl yang penuh dengan jenaka. Dia rasa suasana ini sangat berbeza dengan rumahnya yang sunyi dan formal.
Qayl pula hanya menggeleng kepala, seolah-olah tak percaya dengan perangai papanya yang lebih mirip kawan baik daripada seorang bapa. "Daddy, seriously. That's too much."
Tengku Qaysar tergelak lagi. "Ala, nak bagi gurauan sikit je. Korang ni manja betul."
Tengku Qaid masih merungut, tapi nadanya kini lebih tenang, "Bukan pasal manja, daddy. Tapi... Riana? Come on, tak boleh nak buat joke yang lain ke?"
Tengku Qaysar tersenyum, meletakkan sudu di pinggan. "Okay, fine. I'm sorry. Tapi korang kena admit, it was funny."
Qayl menggeleng lagi, tapi ada senyuman di wajahnya. "Dengan daddy, semuanya joke."
Aurora tersenyum lebar, sambil mencubit kecil lengan Qayl. "Well, at least dinner is entertaining."
Qayl memandang Aurora dengan senyum kecil di bibirnya, "Entertaining? My family is a comedy show."
Aurora ketawa lagi, mengangguk setuju. Puan Rasha yang memerhati dari hujung meja hanya menggeleng dengan senyuman lembut. "Dah, sudah-sudah lah tu. Tak payah nak drama sangat. Let's just enjoy dinner."
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...