"Kau ni kenapa? Tiba-tiba je tak ada mood." Tanya Darisya pada Bella yang wajahnya seperti orang tak ada mood. Entah kenapa dengan kawan dia yang seorang itu.
Sesekali Darisya dan Aurora saling berpandangan dan Aurora mengangkat kedua bahu dia yang dia juga tak tahu kenapa dengan Bella.
Dia dan Darisya baru saja duduk di bangku yang terdapat di taman ingin meluangkan masa sebentar mengingatkan mereka sudah lama tak bertemu kerana terlalu sibuk dengan kuliah mereka.
Eh tiba-tiba saja Bella sudah duduk dengan wajah geram. Entah geram dekat siapa?
"Sekejap lagi aku ada kelas." Jawab Bella dengan bibir memuncung.
"Lepas tu? Tak akanlah kau tak ada mood sebab ada kelas je. Tak pernah-pernah aku tengok kau macam ni." Ujar Darisya pelik.
Boleh dikatakan Bella inilah paling rajin pergi kelas. Tak pernah gadis itu merungut.
"Masalahnya aku ada kelas dengan anak monyet." Balas Bella sambil mendengus kesal. Terbayang wajah Gibran yang sedang tersenyum senget menatap dia! Arghh dia benci.
"Anak monyet?" Keliru Darisya di buatnya.
Tetapi berbeza dengan Aurora. Gadis itu menatap Bella dengan pandangan lucu.
"Gibran?" Soal Aurora yang sudah tersengih.
"Jangan sebut nama dia! Benci lahh."
"Jangan benci sangat Bella nanti berubah jadi sayang pula." Usik Aurora masih dengan sengihan.
"Betul tu! Jangan benci sangat, risau nanti kau yang tak boleh jauh dengan dia." Kali ini giliran Darisya mengusik Bella.
Patutlah tiba-tiba tak ada mood. Rupanya sebentar lagi dia akan ada kelas dengan Gibran. Lucu betul Darisya di buatnya.
"Eeee tak nak! Tak ingin aku nak dengan anak monyet tu. Dia dekat je aku rasa macam nak cakar-cakar je muka dia tu." Balas Bella berserta dengan tangannya yang dibuat ingin mencakar orang.
Sehingga ketawa Aurora dan Darisya melihat tingkah Bella.
"Aku nak ponteng boleh tak?" Kata Bella tiba-tiba.
"Kau jangan nak buat benda gila! Lupa ke family kau tu macam mana?" Balas Darisya yang tak suka dengan kelakuan Bella.
Bukan dia tak tahu keluarga Bella itu macam mana.
Mengingat itu membuatkan Bella mengeluh. Betul juga kata Darisya. Tak sanggup dia menghadap keluarga dia yang tak habis-habis bandingkan dia dengan adik dia.
"Kalau awak tak suka sekelas dengan Gibran awak duduk je jauh dari dia. Tak pun anggap je dia tak ada dekat kelas tu." Kata Aurora.
"Hmm ya lahh. Aku anggap je anak monyet tu tak wujud dekat kelas tu." Jawab Bella yang tiba-tiba sudah semangat.
"That's my girl!" Balas Darisya.
**
"Eh senior buat apa dekat sini?" Tanya Bella dengan senyuman lebarnya. Iyalah siapa je tak teruja kalau crush dia ada dekat depan dia saat ini?
Aizat Khalef. Pertama kali Bella bertemu dengan senior itu ketika di orientasi. Ketika itu Bella tak sihat saat orientasi sedang di jalankan dan Aizat lahh yang membantu dia sehingga membuat Bella tertarik dengan lelaki itu.
Dengan rupa kacaknya, sopan, bijak itu sudah cukup membuat Bella jadi suka dengan lelaki itu.
"Saya ada urusan dengan Sir Irwan tentang tugasan saya." Balas Aizat lembut.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...