BAB 8

197 11 0
                                    

Aurora saat ini berada di kafe. Mengingatkan hari ini dia tak ada kelas pagi jadi dia lebih memilih duduk di kafe saja dan mengabaikan pandangan sinis pelajar lain. Buat apa dia nak peduli pandangan mereka? Buang masa je.

Kalau lah dia boleh jadi Aurora Nelly yang sebenar memang mereka tak akan berani menatap dia dengan sinis.

Bahkan Aurora banyak kali kawal diri setiap kali ada perempuan yang terang-terangan mengaku menyukai tunang dia Eden Faeq! Mahu saja dia menampar perempuan tersebut dan mengugut dia untuk menjauhi Eden.

Tapi Aurora kawal diri dia. Aurora tak nak kecewakan Eden. Dia takut Eden akan tinggalkan dia.

BUK

Terkejut Aurora ada yang menendang kerusi dia dari belakang. Aurora menoleh ke belakang ada beberapa perempuan yang dia tak kenal sudah ketawakan dia.

Langsung tak rasa bersalah kerana telah menendang kerusi dia. Aurora hanya pasrah. Kalau ikutkan mahu saja dia duduk di rumah dan hanya pergi ke kelas mengikut jadual.

Tak adalah dia perlu menunggu di sini. Tapi Aurora malas. Malas dengan orang yang berada di rumah dia. Aurora lebih rela menghadap pelajar di sini daripada keluarga dia di rumah.

Borang kem pun dia sudah beri pada pensyarah yang bertanggungjawab akan kem tersebut walaupun masih lama lagi. Malas Aurora nak fikirkan kenapa pensyarah mereka mahu borang tersebut dengan lebih cepat.

Lebih baik dia fokuskan dengan exam dia yang berlangsung tak lama lagi. Semester 4 pun dah nak berakhir. Tak lama lagi akan masuk semester 5 bersediakah Aurora?

University of Arkadia tak seperti Universiti lain. Arkadia sangat pantas jika berkaitan tentang pelajaran mereka. Semester 4 di Universiti lain baru saja terkial-kial dengan assignment mereka tapi di Arkadia? Sudah hampir mahu exam.

Kerana itu amat sukar untuk masuk ke Arkadia.

Hampir tiap hari Aurora tak cukup tidur kerana belajar pada waktu malam. Ini semua kerana dia mahu kekalkan kedudukan dia di Universiti ini.

Bunyi kerusi di tarik membuat Aurora tersentak. Wajah Qayl yang sedang tersenyum lebar membuat gadis itu penat!

2 hari hidup dia tenang tanpa gangguan lelaki di hadapan dia ternyata berakhir pada hari ini. Aurora rasa mahu saja hempuk lelaki di hadapan dia yang tak henti-henti tersenyum lebar pada dia. Tak penat ke senyum?

"Hai sayang saya." Sapa Qayl masih dengan senyuman.

Aurora mendengus kesal mendengar kata-kata lelaki itu. Sayang kepala otak mu! Mahu saja Aurora berkata seperti itu jika saja kawan-kawan dia yang lain tak muncul.

"Geli lahh sayang bagai!" Kepala Qayl menjadi mangsa pukulan Farel.

"Kau pukul kepala aku?! Tahu tak kepala aku ni berharga!" Qayl menatap Farel dengan geram.

"Kepala kau tu ada isi ke?" Sindir Iyad sambil duduk di kerusi dengan tenang.

"Entah kau ni. Kepala kau kan penuh dengan perempuan je." Zayyan turut menyindir Qayl yang wajahnya sudah cemberut.

Farel tersengih melihat wajah Qayl yang sudah geram. Saja dia nak cari pasal dengan Qayl di depan Aurora!

"Kau orang buat apa dekat sini? Sibuk je lah!" Dengan kesal Qayl berkata. Sudahlah mengata dia lepas tu duduk sekali dengan dia dan Aurora. Menganggu betul!

"Biarlah. Ada susahkan kau ke? Tak ada kan?" Balas Farel dengan muka tak bersalah. Di sebelah dia terdapat Gibran bersama dengan makanan dia. Sempat lagi tu beli makanan.

"Kelas aku dengan Zayyan cancel. Daripada tak tahu nak buat apa aku join lah Farel dengan Gib." Kata Iyad mengingatkan di kalangan mereka Iyad dan Zayyan tua setahun dari mereka dan mereka sudah berada di semester 5.

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now