"Kenapa saya di buang?!" Amanda menatap tajam canselor di hadapan dia yang dengan tenang duduk di kerusi empuk sambil menatap dia.
Terkejut Amanda ketika dia di pinta untuk ke pejabat. Dia ingatkan hanya urusan biasa saja tapi tiba-tiba dia di hulurkan surat oleh canselor tersebut.
Dia ingatkan mungkin surat itu merupakan sesuatu yang berharga tapi dia tak sangka dia di buang begitu saja.
Apa salah dia?!
"Maaf Amanda saya hanya jalankan tugas. Lagi pun saya juga banyak terima aduan tentang perilaku Amanda sepanjang berada di Arkadia. Kes pembulian? Itu sudah cukup untuk hancurkan nama baik Arkadia." Begitu tenang canselor tersebut berkata sehingga tergamam Amanda.
"Apalagi yang menjadi mangsa adalah Cik Aurora Nelly Quinn."
"Tapi tetap tak adil untuk saya! Boleh je kan saya di gantung belajar? Tak perlu sampai nak buang saya dari Arkadia!" Amanda masih tak menyerah. Ini sangat mengarut.
"Maaf Amanda tak ada apa yang boleh saya lakukan. Urusan kita sudah selesai." Balas canselor tersebut yang membuat Amanda mengepalkan kedua tangan dia.
Dengan kasar dia bangun dari kerusi dan keluar dari ruangan tersebut.
Memerah wajah dia.
Apa yang dia harus katakan pada keluarga dia?! Apalagi ayah dia! Habis dia nanti di kerjakan oleh ayah dia. Bukan dia tak tahu ayah dia sangat bangga kerana dia berjaya masuk ke Arkadia!
Mahu jumpa Aurora? Mendekat dengan gadis itu pun sangat sulit! Mengingatkan gadis itu sentiasa di ikut oleh bodyguard kepunyaan gadis itu sendiri.
Lagi pun dia sudah cuba banyak kali untuk bercakap dengan Aurora tapi di abaikan oleh gadis itu.
"Kena buang ke? Shame on you." Kata seorang gadis yang dengan tenang menyadarkan tubuh dia di dinding yang tak jauh dari tempat Amanda.
"Aurora! Please stop this. Aku tahu aku salah! Aku tahu aku tak patut buli kau hina kau tapi tak perlu sampai nak buang aku dari Arkadia." Ujar Amanda yang tak lepas menatap Aurora yang menatap dia dengan tatapan kosong.
Gadis itu sudah mati rasa.
"So? Aku nak kena buat apa? Biar je kau dekat sini and tengok kau buli student lain? Never Amanda! Never. Remember that." Bidas Aurora sehingga mengigil kecil tubuh Amanda mendengar kata-kata itu dari Aurora.
Terlalu di kawal oleh emosi Amanda mendekat pada Aurora dengan tangan sudah naik ingin menampar pipi mulus milik Aurora tapi langsung di pegang oleh Aurora lalu di pulas tangan Amanda sehigga terjerit kecil Amanda.
"Lepas!"
"Kau ingat aku ni Aurora yang lemah macam dulu ke? Biarkan je diri dia di buli oleh perempuan macam kau." Bisik Aurora dengan senyuman sinis.
Dengan kasar dia melepas tangan Amanda sehigga hampir jatuh tubuh Amanda di buatnya. Terketar-ketar Amanda menatap Aurora yang sudah menyilangkan kedua tangan dia.
"Untuk handle perempuan macam kau ni aku tak perlukan bodyguard pun Amanda. Too easy."
"Kau akan menyesal Aurora!" Tajam pandangan Amanda pada Aurora. Dia sangat bencikan gadis di hadapan dia.
"Don't care." Aurora mengangkat kedua bahu dia dengan muka tak ada perasaan. Lalu dengan tenang dia melangkah pergi meninggalkan Amanda yang masih emosi.
Tak lepas Amanda menatap belakang Aurora dengan begitu bencinya.
**
Hari yang di tunggu oleh keluarga Aurora dan keluarga Eden akhirnya akan berlangsung pada hari ini.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...