BAB 24

195 13 0
                                    

Tanpa sedar sudah dua hari kem di jalankan dan kini mereka sedang menikmati malam terakhir di kem tersebut mengingatkan esok mereka akan pulang ke Arkadia pada tengahari.

Aktiviti pada waktu malam mereka di beri kebebasan untuk melakukan apa saja asalkan tak melebihi batas.

Farel yang pada asalnya mahu buat prank pada junior langsung tak jadi mengingatkan dia sudah demam kerana ular! Hancur rancangan dia bersama Gibran dan Gibran juga kerana pergaduhan antara dia dan Bella buatkan lelaki itu hilang mood untuk berseronok di kem.

Qayl, Zayyan, Iyad, Farel, dan Gibran lebih memilih untuk membuat campfire antara mereka. Ada juga beberapa pelajar dengan aktiviti mereka sendiri yang tak jauh dari tempat mereka berkumpul. Ada yang bermain gitar, ada yang bermain uno dan tak lupa ada juga yang bercerita tentang benda-benda seram.

Ada juga dua pelajar lelaki yang memanggang ayam bakar, hotdog, daging untuk mereka semua.

Aurora, Darisya dan Bella hanya duduk di dalam khemah sambil bercerita apalagi mood Bella juga sudah membaik.

"Kau ni sebenarnya cantiklah Aurora. Kenapa kau taknak cuba pakai contact lens?" Tanya Darisya yang membuat Aurora tersenyum kecil. Kalaulah Darisya tahu hal sebenar.

"Saya bukan taknak pakai tapi tak suka." Dan juga saya tak rabun. Saya pakai semua ini bersebab. Ingin saja Aurora berkata seperti itu kepada Darisya.

"Lagi satu kenapa kau biarkan diorang buli kau? Aku yang tengok dari jauh pun geram tau." Kali ini giliran Bella berkata dengan wajah tak puas hati.

"Saya balas pun apa saya dapat?" Aurora masih tersenyum. Percayalah Bella kalau diri dia yang sebenar balas memang mereka semua akan menyesal teruk.

Semua ini hanya penyamaran saja.

Darisya dan Bella hanya mengeluh mendengar balasan Aurora yang sangat tenang.

"Terima kasih sudi berkawan dengan saya. Jujur saya tak pernah ada kawan perempuan hanya awak berdua saja." Ujar Aurora sambil menatap wajah Darisya dan Bella yang sudah tersenyum menatap dia.

"Aku dengan Bella berkawan tak memilih Aurora. Kami ikhlas dulu pun kami ada seorang kawan perempuan tapi dia dah tak ada." Darisya tersenyum tapi di pandangan Aurora dia terlihat ada kesedihan di wajah gadis itu.

Bella sudah tersenyum kecut.

"Dia baik sangat mungkin tersangat baik yang buatkan dia terpaksa pergi jauh dari sini hanya kerana ingin puaskan orang sekeliling dia." Kata Bella masih dengan senyuman kecut dia.

Apa khabar kawan dia itu? Adakah dia sihat? Bahagiakah kehidupan dia sekarang? Bella harap dia sudah bahagia.

Aurora hanya diam menjadi pendengar. Melihat dari cara Bella dan Darisya mesti mereka sangat rapat dengan perempuan itu.

"Ish apa ni tiba-tiba jadi sedih pula! Mari kita tukar suasana jadi ceria!" Ujar Darisya ceria yang membuat Bella ketawa kecil manakala Aurora hanya senyum.

"So Bella how's Gibran?" Usik Darisya yang membuat wajah Bella masam. Dia taknak dengar nama lelaki itu! Dasar anak monyet tak guna!

"Jangan kau sebut nama anak monyet tu!" Bella menjengilkan mata dia pada Darisya sehingga ketawa Darisya dan Aurora di buatnya.

"Dasar lelaki otak biul! Aku geram betul. Tengok muka dia tu buatkan aku rasa macam nak je cakar-cakar muka dia tu." Bella berkata dengan wajah tak puas hati.

"Benci betul kau dengan dia tu eh." Balas Darisya.

"Dia bernafas pun aku dah anti."

Tersedak Gibran yang sedang duduk bersama dengan kawan dia. Siapa kutuk dia ni?!

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now