Di hadapan Universiti Arkadia terdapat meja kayu untuk pelajar berehat atau bersantai. Geng The Dementors salah satu pelajar yang melepak di situ.
Mata Qayl tak lepas menatap pintu pagar besar.
Menanti seseorang.
"Oii Qayl kau tunggu siapa? Dari tadi aku tengok kau macam cacing kepanasan." Tanya Iyad dengan wajah berkerut.
"Tak ada apalah." Balas Qayl singkat tapi sesekali mata dia turut melihat pagar tersebut.
Iyad makin curiga dengan Qayl. Kelakuan kawan dia akhir-akhir ini sangat mencurigakan dia.
"Alahh dia mesti tunggu Aurora punya!" Balas Farel dengan muka tak bersalah setelah Qayl menjeling tajam dia. Peduli apa dia? Betul lah apa dia cakap. Dia sangat yakin Qayl tengah tunggu Aurora!
"Kau mana faham Rel apa Qayl rasa. Bercinta pun tak pernah." Sindir Gibran di sebelah Farel.
"Betul!" Sokong Zayyan padahal tak sedar diri sendiri pun tak pernah bercinta.
Farel mencebik tak puas hati. Benci betul dia cakap tentang cinta ni! Selagi boleh hidup bebas dan tenang dia akan nikmati semua itu sepuasnya!
"Benda boleh enjoy buat apa aku serabutkan diri dengan cinta." Ujar Farel dengan tenang.
"Betul lah tu. Selagi boleh elak, kau elak lah Rel." ujar Gibran dengan senyuman kecil. Membuatkan mereka yang lain terus terdiam melihat Gibran yang masih tersenyum.
"Asal tengok aku macam aku ni tengah sakit hati teruk?" Tanya Gibran dengan geram saat mata kawan dia tak lepas menatap dia dengan pandangan simpati.
"Bukan sakit tapi patah hati." Balas Iyad membetulkan Gibran.
"Sama lah tu!" Gibran tak nak kalah.
Iyad hanya mengangkat kedua bahu dia acuh. Malas nak layan. Kawan dia yang seorang ni bukan senang nak mengaku kalah. Baik dia buat kerja dia tak pun fikirkan kelas dia yang akan berlangsung tak lama lagi.
Qayl yang dengar hanya mengeleng. Pagi-pagi macam ni dah gaduh? Tak faham betul dia. Kini dia melihat kembali pagar tersebut dan bersinar mata dia saat kelibat Aurora muncul.
Dia sudah bangun sampai kawan dia yang lain terpinga-pinga melihat kelakuan Qayl.
Qayl berlari kecil ke arah Aurora yang sudah berhampiran.
Aurora seperti biasa dengan pakaian nerd dia tentu saja sudah mengeluh melihat Qayl. Apalagi lelaki itu sudah tersengih macam apa menatap dia.
"Hai Aurora!" Sapa Qayl dengan senyuman lebar.
Aurora hanya diam merenung Qayl dengan tatapan kosong.
"Kita kenal ke?" Balas Aurora dingin yang membuatkan Qayl yang tersenyum perlahan-lahan menjadi pudar senyumannya itu. Dia terkebil-kebil menatap gadis di hadapan dia.
Serius lah Aurora pura-pura tak kenal dia?! Dia? Yang kacak ni? Sudah lah masih pagi lagi! Belum apa-apa dia dah kena reject dulu? Lagi teruk perempuan itu pura-pura tak kenal dia!
Jatuh saham muka dia! Apalagi Qayl terdengar suara Farel yang begitu terseksa menahan ketawa.
"Sampai hati sayang pura-pura tak kenal kita? Baru semalam kau senyum dekat aku tau!" Ujar Qayl dengan wajah tak puas hati.
"Like I said before kita kenal ke? Sampai awak dah rapat macam ni? You're just stranger to me." Seperti biasa Aurora berkata dengan dingin dan tanpa memikirkan Qayl dengan tenang Aurora melanjutkan langkahnya untuk masuk ke dalam kolej. Mengabaikan Qayl.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...