Qayl melangkah ke pejabat dengan wajah berseri-seri, merasakan kebahagiaan yang tak tertandingi. Dah berbaloi juga dia terkena hujan dua hari lepas, bisik hatinya. Senyum lebar menghiasi wajahnya, dan ketika tiba pada waktu untuk makan tengah hari dengan Farel, keceriaan itu tidak pudar.
"Wow, Qayl! Baru je sampai dah happy, eh?" Farel mengangkat keningnya, melihat sahabatnya yang nampak seperti baru menang loteri.
"Yup! Everything is going great," jawab Qayl sambil terus tersenyum. "Aurora dah tak dingin dengan aku lagi. Aku rasa macam aku dah dapat dia yang dulu balik. The ones who truly love me."
"Congrats! Akhirnya! Dan untuk rekod,aku rasa kau patut main hujan lebih kerap lah Qayl," Farel berjenaka, yang buat Qayl ketawa walaupun dia rasa geram jugaklah.
"Eh bro! Aku nak pergi tandas kejap. Kau orderkan untuk aku sekali eh?" Pinta Farel yang di balas anggukan oleh Qayl.
Ketika Farel pergi, Qayl bermain dengan telefon sesekali tersenyum ketika teringat akan Aurora. Ah rindunya dia dekat Aurora!
Sehingga tiba-tiba ada seorang menarik kerusi dan duduk di kerusi. Qayl sangkakan itu adalah Farel yang baru kembali dari tandas. Tapi tak! Perempuan tu adalah Riana.
"Hai, Qayl. Tak sangka boleh jumpa you dekat sini. Jodoh kita kuat jugak ya?" Riana tersenyum manis. Walaupun kenyataannya adalah dia tak sengaja melihat Qayl keluar dari pejabat dan akhirnya buat keputusan untuk ikut lelaki tu dalam diam.
"Kau nak apa Riana, kalau tak ada apa rasanya kau boleh berhambus kot." Qayl berkata dengan nada kasar, tidak ingin dia menganggu hari baiknya. Dia tak nak sesiapa pun merosakkan momen yang baru saja terjalin antara dia dan Aurora.
Riana mencebik, tetapi Qayl tidak peduli. "Ala, janganlah kasar sangat. I just want to have a little chat. You don't want to ignore me, do you?"
"Kalau kau taknak malu dekat sini baik kau berhambus." Ujar Qayl dengan dingin. Sehingga Riana terdiam.
Melihat pandangan Qayl yang sangat dingin akhirnya Riana memilih untuk pergi. Dia tak nak mencabar kesabaran lelaki tu. Apa lagi sekarang mereka ada di tempat awam.
Qayl mendengus kesal melihat Riana yang sudah pergi dan bertepat itu jugalah Farel baru kembali dari tandas. Pelik Farel bila Qayl beri dia jelingan. Dia ada buat salah ke?
Akhirnya Farel faham kenapa. Rupanya Riana! Patut lah marah semacam. Tanpa Qayl sedar sudah ada seseorang yang memerhati kejadian antara dia dan Riana.
**
Selesai urusan di pejabat, Qayl balik ke rumah dengan hati yang berbunga-bunga. Namun, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati Aurora kembali dingin padanya. Keningnya berkerut, merasakan ada yang tidak kena.
"Aurora? Kenapa ni?" tanya Qayl, suaranya penuh keraguan.
Aurora mengalihkan pandangan, tidak mahu menunjukkan reaksi. "Nothing. Just tired."
"Saya ada buat salah ke?" Qayl masih cuba untuk bertanya Aurora. Dia rasa bingung. Adakah dia buat salah?
"Next time kalau nak dating dengan dia pun make sure cari tempat yang strategik. Bukan dekat restoran yang dekat dengan pejabat awak dan saya. It's just that I don't want to deal with your drama," balas Aurora dengan nada dingin. Dia tidak mahu menunjukkan bahawa dia sebenarnya cemburu.
"Apa maksud awak?" Dahi Qayl berkerut tak faham.
"Buat-buat tak faham pulak." Sindir Aurora. Banyak-banyak perempuan dengan Riana pulak tu! Walaupun sudah 7 tahun tapi Aurora masih ingat dengan jelas tentang Riana! Perempuan yang dari awal sudah tunjuk minat terhadap Qayl ketika Qayl bawa Aurora ke hospital.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
Storie d'amoreQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...