BAB 22

173 13 0
                                    

Sudah tiba masa untuk mereka lakukan aktiviti yang akan di lakukan sebentar saja lagi. Di hadapan mereka terdapat pensyarah dengan pakaian sport begitu juga dengan beberapa pertugas kem.

"Aktiviti kita kali ini ialah jungle trekking. Jangan risau sudah ada tanda di setiap laluan jadi awak semua tak akan sesat. Kumpulan akan di bahagikan dan akan ada 5 orang ahli setiap kumpulan." Jelas pekerja tersebut.

Akhirnya kumpulan sudah di pilih dan tersenyum lebar Qayl kerana dia satu kumpulan dengan Aurora dan di kumpulan mereka terdiri daripada Aurora, Qayl, Farel, Darisya dan Arisa.

Aurora sempat buat muka saat dia mengetahui Arisa salah seorang masuk ke dalam kumpulan dia. Tapi rasanya Arisa dia masih boleh terima lagi daripada Amanda.

"Kita tak satu kumpulan lah Rel." keluh Gibran kerana dia akan satu kumpulan dengan Zayyan, Iyad, Eden dan Bella.

"At least kau tak satu kumpulan dengan geng gediks." Sindir Farel dengan sedikit kuat ingin Arisa dengar.

Tersentak Arisa saat Farel menyindir dia.

"Risya, Aurora apa ni kita terpisah." Bella sudah mencebik tak puas hati kerana tak satu kumpulan dengan Aurora dan Darisya.

"Tak apalah. Nanti kita jumpa juga kan?" Pujuk Darisya manakala Aurora hanya senyum.

"Tapi tak best lah! Dahlah aku seorang je perempuan." Bella masih mencebik. Memang dia tak akan bercakap! Malu kot. Sudahlah semua ahli kumpulan dia merupakan The Dementors.

"Elehh macam lah aku nak berborak dengan kau nanti." Sindir Gibran yang membuat Bella menjeling tajam lelaki itu.

"Diam! Aku tak bercakap dengan kau." Balas Bella dengan pandangan tajam. Tapi ada Gibran kisah? Sempat dia buat mimik gaya Bella bercakap sehingga Bella rasa mahu saja baling ranting kayu dekat muka lelaki itu.

"Benci lahh!" Rungut Bella manakala Gibran ketawa kuat sengaja ingin sakitkan hati Bella. Dengan langkah tenang dia menuju ke Iyad.

Bella menghentak kuat kedua kaki dia di tanah. Mulut tak henti-henti mengata Gibran.

Aurora tersengih manakala Darisya sudah ketawa.

"Jangan risau kalau awak tak selesa dengan Gibran masih ada Iyad. Dia okey je." Balas Aurora sambil tersenyum.

"Tapi aku segan lah."

"Nak segan apanya? Kau buat macam biasa je lah." Ujar Darisya.

Suara pensyarah sudah kedengaran ingin mereka dengan secepatnya menjalankan aktiviti mereka akhirnya dengan muka pasrah Bella berjalan menuju ke ahli kumpulan dia.

Aurora, Darisya, Arisa, Qayl dan Farel sudah buat bentuk bulatan ingin mencari ketua kumpulan.

"Kau lah Qayl jadi ketua." Ujar Farel kerana sejujurnya Farel tak pandai jika berkaitan tentang ketua ini.

Memang Qayl je yang sesuai nampak je lelaki ni playboy suka main-main tapi Qayl sangat bagus kalau berkaitan tentang ketua.

"Kau ni selalu sangat pilih aku cuba lah sekali sekali jadi ketua." Sindir Qayl.

"Alahh aku tak pandailah Qayl." Rengek Farel yang membuat Qayl menyampah.

"Ya lah." Akhirnya Qayl pasrah saja. Farel sudah tersenyum lebar. Yes! Lega tak jadi ketua.

"Kau mesti perlukan pembantu why not aku je yang jadi?" Kata Arisa secara tiba-tiba sehingga membuat Farel meluat. Tiba-tiba je menyampuk lepastu muka tak malunya lantik diri sendiri.

"Nope. Aku nak Aurora." Balas Farel yang membuat Aurora yang hanya diam saja turut terkejut. Kenapa nama dia kena petik ni?

Arisa sudah mengetap gigi menahan geram.

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now