BAB 30

195 17 0
                                    

Aurora dengan tenang duduk di kerusi sambil menyilangkan kedua kaki dia dengan senyuman sinis. Di hadapan dia terdapat beberapa pelajar yang melutut di hadapan dia dengan wajah pucat.

Mereka adalah pelajar sama yang mengenakan dia dengan meletak baldi air di atas pintu sehingga membuat baju Aurora basah setelah dia buka pintu kelas tersebut.

"A-aku minta maaf." Gumam Haikal masih menunduk. Sedikit pun dia tak mengangkat wajah dia untuk menatap wajah dingin milik Aurora.

"Pardon?" Aurora menyengetkan sedikit kepala dia. Begitu dingin pandangan dia.

"Aku minta maaf." Sekali lagi Haikal berkata dengan suara yang sedikit di kuatkan.

"I hear you. I just don't believe a word you say. It sounds bullshit to me." Balas Aurora masih dengan wajah dingin tak berperasaan.

Haikal masih di posisi yang sama. Saat dia melihat kehadiran Aurora di kelas dia di buat terpaku dengan kecantikkan gadis itu. Dia tentu saja mengambil langkah ingin mengenali gadis cantik itu dengan lebih dekat supaya mudah dia mendapat gadis itu.

Dia baru saja menyebut nama dia sebagai Haikal akhirnya gadis itu perkenalkan nama dia sebagai 'Aurora Nelly' dan di penghujung nama gadis itu sempat Aurora bisikkan hanya di telinga dia yang membuat muka Haikal memucat.

Gadis itu adalah seorang Quinn!

Haikal tentu saja mengenali Quinn kerana ayahnya begitu susah payah ingin bekerjasama dengan syarikat milik Quinn tapi begitu sulit.

Tapi dia? Dengan mudahnya membuli anak kandung seorang Quinn?! Kerana itu saat Haikal memohon keampunan gadis itu menyuruhnya untuk melutut.

"Kami betul-betul minta maaf Aurora." Kali ini giliran seorang perempuan yang berkata di sebelah Haikal.

Aurora sudah tersenyum sinis mendengarnya. Semudah itu je minta maaf dengan dia?

"Macam mana rasanya?" Tanya Aurora yang membuat mereka melutut di hadapannya di buat keliru.

"Macam mana rasanya berada di bawah? Melutut di depan aku sambil di perhatikan orang ramai. Best tak?" Sindir Aurora.

Terdiam Naila dan Lily. Ya, mereka berdua lahh yang mengenakan dia dengan baldi air. Manakala Haikal hanyalah tukang rakam. Tapi di kalangan mereka hanya Haikal saja yang tahu siapa Aurora yang sebenarnya mengingatkan Aurora hanya bisik pada Haikal saja.

Tapi entah kenapa melihat Haikal yang ketakutan membuatkan mereka juga merasa takut.

"Tolong maafkan kami Aurora! Kita orang sanggup buat apa saja asalkan kau maafkan kita orang." Ujar Lily bersungguh-sungguh.

"Apa saja?"

Mengangguk kepala mereka di buatnya.

"Okey! Aku nak kau isi baldi dengan air." Arah Aurora yang membuat Naila, Lily dan Haikal menatap Aurora dengan pandangan pelik. Isi baldi dengan air? Nak buat apa?

"Lagi cepat kau buat mana tahu aku-" belum sempat Aurora habiskan kata-kata dia dengan laju mereka berlari keluar ingin mengambil baldi.

Tersenyum sinis Aurora. Pandangan pelajar-pelajar yang sudah penuh berdiri di keliling kelas dia hanya di abaikan oleh gadis itu. Biar mereka tonton diri dia yang sebenar. Bukankah selama ini mereka sering menghina dia?

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now