Farel menjeling sekilas Qayl yang baru tiba di base mereka. Lelaki itu dengan tenang duduk di sofa bersebelahan dengan Gibran yang sedang bermain dengan telefon dia.
"Semalam awal betul kau balik?" Tanya Farel pelik. Selama ini jika mereka luangkan masa di luar memang Qayl akan balik paling lama. Mengingatkan lelaki itu memang suka meluangkan masa bersama dengan mereka.
Cuma semalam saja lelaki itu sudah balik dulu. Itu pun Eden yang beritahu walaupun wajah lelaki itu semalam ketat semacam. Entah apa yang terjadi ketika mereka berada di luar bilik karaoke?
"Aurora nak balik tu aku hantar." Balas Qayl yang sudah menyadarkan kepala dia di sofa empuk sambil memejamkan kedua mata dia. Dia penat! Memang tak cukup tidur kerana begitu serius belajar. Itu pun atas permintaan Aurora sendiri.
"So? Kau tahulah rumah dia dekat mana?" Tanya Gibran dengan wajah tertanya.
Qayl mengeluh kecil.
"Aku tak tahu. Semalam dia minta aku hantar dia dekat tasik kawasan The Elite. Puas aku nak hantar dia sampai ke rumah tapi dia tolak." Balas Qayl masih memejamkan mata dia.
Farel terlihat pelik.
"The Elite? Dia tingga dekat situ ke?" Qayl mengangkat kedua bahu dia tanda dia tak tahu.
"Mungkin dia cuma maid ke? Lepas tu Tuan dia tak suka dia balik lambat sebab tu dia minta Qayl hantar dekat tasik?" Kata Gibran dengan wajah sedikit tak yakin.
Farel hanya diam. Mungkin betul kot apa yang Gibran cakap ni. Penampilan gadis itu juga tersangat kuno.
Dalam diam Qayl tersenyum sinis. Dia yakin Aurora bukan gadis sembarangan. Sedangkan gadis itu boleh saja menyamar sebagai seorang nerd? Agak-agak apalagi rahsia yang di simpan oleh gadis itu.
**
Tanpa sedar sudah seminggu exam sudah di jalankan. Kini mereka baru saja selesai menjawab peperiksaan yang terakhir.
Mata Farel dan Gibran sudah menjadi panda! Kerana kurang tidur. Mereka berdua terlalu kuat belajar sampai tidur pun berkurang.
Di luar dewan peperiksaan Farel tersenyum lebar di ikuti oleh Gibran.
"Freedom!" Jerit kedua mereka mengabaikan pandangan pelajar-pelajar lain.
Qayl tersengih. Dia juga merasa lega sudah berjaya menjawab segala soalan peperiksaan tanpa masalah. Ini semua kerana dia sudah rajin belajar dan itu semua kerana Aurora. Jika bukan kerana perempuan itu memang dia sudah redha dengan keputusan peperiksaan dia dengan hasil belajar last minit dia.
Eden hanya diam melihat kelakuan kawan-kawan dia yang terlihat sedang bahagia. Padahal hanya berjaya jawab exam saja sudah bahagia? Lupa ke mereka masih ada semester 5 yang sedang menanti mereka. Tergeleng Eden di buatnya.
"Aku tak sabar nak pergi kem yang berlangsung tak lama lagi!" Ujar Gibran dengan langkah perlahan ingin menuju ke bangku kayu yang tak jauh dari mereka.
"Sama! Kali ni kita nak buat prank apa eh Gib?" Tanya Farel dengan senyuman nakal.
Farel dan Gibran juga suka membuat prank tiap kali Arkadia mengadakan kem. Sebelum ini mereka pernah kenakan pensyarah yang lebih memilih tidur di chalet dan bukan khemah seperti mereka.
Jadi mereka membuat prank dengan cara ketuk pintu kuat-kuat lalu bersembunyi dan paling teruk tentu saja mereka meletak minuman yang sudah di campur dengan garam dan sos tomato. Ular mainan juga sama yang nampak betul di chalet pensyarah mereka!
Di kalangan pelajar lagi-lagi junior sudah tentu mereka menyamar jadi hantu sampai ada yang teresak-esak menangis sampai tersalah baca doa makan!
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...