BAB 50

75 8 0
                                    

"Awak nak bawa saya ke mana lagi ni, Qayl?" Aurora bertanya dengan nada penuh dengan rasa tak puas hati sambil melipat tangannya di dada. Dia duduk di dalam kereta dengan wajah yang jelas menunjukkan dia tak suka dengan rancangan Qayl.

"Kita nak pergi pilih baju pengantin, sayang. Majlis dah dekat, we need to make sure everything's perfect," jawab Qayl dengan tenang sambil memandu kereta mewahnya. Dia menjeling ke arah Aurora di sebelah, bibirnya sedikit terangkat membentuk senyuman kecil.

Aurora menjeling tajam. "Saya tak minat. Saya dah cakap kan, saya setuju kahwin sebab papa, bukan sebab saya nak!" Dia tekankan ayat itu, mengingatkan Qayl betapa dia sebenarnya benci dengan situasi ini.

"Tapi sekarang awak dah setuju, Aurora. Jadi kita kena teruskan," Qayl menjawab dengan tenang, seolah-olah tak peduli dengan nada marah Aurora. "Dan kita perlu buat yang terbaik untuk hari kita."

"Hari awak, bukan hari saya," Aurora membetulkan sambil menjeling ke luar tingkap, merengus kecil. Dalam hatinya, dia menyimpan pelbagai rencana untuk buat Qayl stress hari ini. Kalau Qayl ingat dia akan ikut dengan baik, Qayl silap besar.

Setibanya mereka di butik mewah, Aurora terus membuat muka. Dia berjalan masuk dengan langkah malas, cuba menunjukkan rasa tidak senangnya.

Pekerja butik yang menyambut mereka mula kelihatan serba salah apabila melihat tingkah Aurora yang jelas berbeza dengan pengantin perempuan yang biasa mereka terima. Namun, mereka tetap memberikan senyuman profesional dan menyambut pasangan itu dengan mesra.

"Selamat datang, Tengku Qayl Noah, Cik Aurora. Kami sudah sediakan beberapa pilihan baju pengantin untuk dicuba," kata salah seorang pekerja butik dengan penuh sopan.

Aurora hanya mengeluh dan berkata, "Tak payah susah-susah. I don't feel like trying anything today."

Pekerja itu terkejut, tapi sebelum dia sempat berkata apa-apa, Qayl mencelah. "Takpe, dia memang macam ni. Biar saya uruskan."

Aurora memandang Qayl dengan mata penuh dendam. Dia tahu Qayl akan memaksa dia juga, tapi dia takkan bagi kemenangan mudah. "Saya takkan cuba apa-apa. I told you, I don't care about this wedding."

Qayl mengangkat kening sambil tersenyum tenang. "Tapi majlis kita dah dekat. You need a dress."

"Majlis awak, Qayl. Not mine. I'm only doing this because of papa, and because you blackmailed me into it." Aurora berkata dengan marah, suaranya bergetar. "Kalau awak tak ugut, saya takkan kahwin dengan awak, Qayl. Cinta yang saya rasa dulu, semuanya dah tak ada. Yang ada cuma kebencian!"

Qayl mendengar setiap perkataan dengan sabar, senyuman tak hilang dari wajahnya. Dia tahu Aurora akan buat perangai, dan dia sudah bersedia untuk menghadapi semuanya.

Dia mendekati Aurora perlahan-lahan, wajahnya tenang tetapi penuh dengan keyakinan. "Aurora, I understand. Tapi... this wedding will happen. So, let's just make the best of it."

Aurora memandang wajah Qayl dengan penuh kebencian. "Awak ingat saya akan ikut je apa yang awak suruh? Tengok la nanti. Saya akan buat perangai sampai awak menyesal!"

Dan itulah yang dia lakukan. Sewaktu pekerja butik mengeluarkan beberapa gaun untuk dia cuba, Aurora mula menunjukkan perangai divanya. "No, that one's ugly," katanya sambil mencebik bibir. Setiap gaun yang pekerja butik cuba tunjuk, dia menolak dengan alasan yang dibuat-buat.

"This is hideous. I'm not wearing that," katanya bila diajukan satu gaun putih elegan dengan sulaman halus.

Pekerja butik mulai kelihatan gelisah. "Tapi Cik Aurora, gaun ini sangat popular dan..."

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now