BAB 42

76 6 0
                                    

"Zayyan!" Jerit Aurora dengan pandangan terkejut. Air mata makin galak jatuh dengan laju dia menerpa ke Zayyan yang terbaring lemah itu.

Qayl turut tergamam. Menggigil kecil tubuh dia melihat nasib kawan dia.

Zayyan cuba untuk tersenyum seolah ingin mengatakan pada Aurora yang dia tak apa-apa.

"No no no no!" Aurora tak henti mengulang perkataan tersebut. Dia sudah terduduk di samping Zayyan. Aurora begitu takut ingin menyentuh Zayyan saat ini.

"Why?" Gumam Aurora lirih. Kenapa?! Kenapa Zayyan selamatkan dia?!

Saya akan sentiasa lindungi awak, Aurora

Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga Aurora.

Tapi kenapa sampai macam ni sekali? Kenapa?!

"Shh it's okay, Aurora. I'm fine." Begitu sulit Zayyan untuk berkata. Seluruh tubuh dia terasa sangat sakit.

Manakala Qayl setelah dia menghubungi ambulance dengan pantas membuka pintu pemandu tersebut. Lagi emosi dia dibuatnya kerana pemandu tersebut adalah Eden!

"Tak guna! Kau memang binatang!" Tengking Qayl yang langsung menarik tubuh Eden keluar dari kereta tersebut.

BUK

Qayl menumbuk wajah Eden dan Eden terlihat pasrah saja.

"Kau nak langgar Aurora?! Kau gila ke!" Qayl masih menumbuk wajah lelaki itu.

Qayl menolak kasar tubuh Eden sehingga lelaki itu terduduk di jalan tar. Dia masih lagi diam.

"Kau tengok siapa yang terbaring sekarang! abang kau Eden! Abang kau!" Begitu emosi Qayl saat ini. Apa yang ada di fikiran Eden saat ini? Lelaki itu sudah gila ke?! Ingin langgar Aurora?! Tapi pada akhirnya Zayyan yang menjadi mangsa.

Ingin saja Qayl menghajar Eden lagi tapi melihat keadaan lelaki itu yang cukup mengenaskan akhirnya Qayl hanya biarkan saja Eden yang sudah terduduk pasrah di jalan tar.

Dia sudah mula mendekat pada Zayyan dan Aurora. Orang ramai sudah mula berkumpul di tempat kejadian.

"Zayyan awak kena bertahan! Kejap lagi bantuan sampai. Tahan sikit je lagi tauu." Gumam Aurora masih dengan tangisnya.

"Tapi saya dah penat." Gumam Zayyan lemah.

"Tak! Jangan cakap macam tu." Aurora menggeleng tak terima mendengar kata-kata lelaki itu.

"Bro aku dah call ambulance. Bertahan untuk kita orang. Kejap lagi bantuan sampai!" Kali ini giliran Qayl yang berkata. Dari tadi dia cuba untuk mengawal air mata dia dari jatuh.

Zayyan terlihat cuba untuk mengatakan sesuatu tapi terlihat sulit.

"Save your breath!" Kata Qayl lagi.

"A-abang." Tersentak Qayl dan Aurora saat Eden sudah mendekat dengan pandangan penuh penyesalan.

Untuk pertama kalinya Eden memanggil Zayyan dengan gelaran 'abang.'

"Abang...aku tak sengaja...a-aku minta maaf." Eden menitiskan air mata dengan penuh penyesalan. Dia benar-benar merasa bersalah. Tak kuat dia melihat tubuh Zayyan yang penuh dengan darah.

Zayyan tersenyum kecil. "Kau tak salah Eden. Ini bukan salah kau. Jangan salahkan diri sendiri ya? Mama dan papa masih perlukan kau." Begitu lemah dia berkata.

Eden menggeleng laju.

"Mama dan papa perlukan kau juga! Jangan tinggalkan aku. Bagi aku tembus semua kesalahan aku dekat kau Zayyan! Aku masih perlukan abang aku."

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now