BAB 20

246 12 2
                                    

Hari yang mereka tunggu akhirnya tiba. Iaitu kem yang di adakan oleh Arkadia. Memang setiap tahun Arkadia akan mengadakan lawatan ke kem.

Farel dan Gibran yang paling bersemangat sudah berada di kawasan bas yang akan membawa mereka ke kem tersebut. Mereka lebih memilih untuk menaiki bas daripada memandu kereta sendiri.

Farel dan Gibran inginkan suasana yang sebenar! Kalau mereka lebih memilih memandu sendiri memang tak terasa seronoknya.

Zayyan dan Iyad juga baru tiba dengan beg mereka. Tergeleng mereka melihat kelakuan Farel dan Gibran bahkan beg yang mereka bawa macam nak pergi sebulan je ni. Punyalah besar!

"Kau nak tinggal terus ke apa dekat sana?" Sindir Iyad.

Tercebik Farel. Cemburu lah tu!

"Ini baru betul suasana orang nak camping! Kau nanti jangan nak minta tolong aku eh memang aku tak layan." Balas Farel sempat dia menjeling Iyad.

"Tak heran pun. Entah-entah kau yang minta tolong dengan aku!" Cibir Iyad. Sudah tahu sangat dia perangai Farel ni macam mana. Percayalah cakap dia mesti Farel akan minta pertolongan dia.

"Itu tak akan berlaku! Betul tak Gib?" Ujar Farel dengan berlagaknya dan Gibran mengangguk setuju akan kata-kata Farel.

"Jangan yakin sangat bro." Kali ini giliran Zayyan pula berkata sambil menepuk perlahan bahu Gibran dengan senyuman senget.

"Kita ni hidup kena yakin brader!" Balas Gibran dengan muka bangga. Farel di sebelah mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Gibran.

Mencebik Iyad dan Zayyan. Tak apa kita tengok je nanti.

"Kau orang ni pagi-pagi dah bising." Sindir Eden yang baru tiba dengan beg dia.

"Iyad ni hah!" Tuduh Farel dengan wajah tak puas hati tapi Iyad hanya tenang saja.

"Mana Qayl?" Tanya Gibran sambil mencari kelibat Qayl. Selalunya lelaki ini akan sampai dulu. Tapi kali ini kelibat dia pun tak nampak. Tak pernah-pernah lambat.

Farel tersenyum misteri. Dia tahu sangat kenapa kawan dia ni tak sampai-sampai lagi.

Bukan dia tak nampak kelibat Qayl di depan Arkadia. Tersangat nampak! Sejak bila kawan dia ni boleh jadi sweet macam tu dengan perempuan?

"Haah lah aku baru perasan Qayl tak sampai lagi." Iyad turut mencari kelibat Qayl.

"Member tengah bahagia tu." Ujar Farel masih dengan senyuman misteri dia.

"Kenapa?" Gibran sudah bertanya dengan wajah keliru. Bahagia? Bahagia kenapa pula?

"Cuba tengok depan sana." Balas Farel sambil menunjuk ke arah yang dia sedang lihat kepada kesemua rakan dia.

Gibran, Iyad, Zayyan dan Eden melihat arah yang di tunjuk oleh Farel dan terkejut mereka melihat situasi di hadapan mereka.

Terdapat Qayl bersama dengan beg camping dia bukan itu yang menarik perhatian mereka tapi gadis yang berada di samping Qayl yang sedang tersenyum lebar menatap Qayl adalah Aurora!

Walaupun Aurora mengenakan cermin mata tebal seperti biasa tapi gadis itu tak mengikat rambut dia menjadi dua seperti biasa. Aurora hanya mengikat rambut dia dengan gaya ponytail saja dan pakain gadis itu juga untuk pertama kalinya normal dan bukan kuno seperti biasanya.

"Wehh Qayl dengan Aurora?" Gumam Gibran dengan muka terkejut.

"Diorang dah together ke?" Iyad turut bertanya dengan wajah terkejut. Merasa tak percaya.

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now