Aurora sudah turun dengan muka dingin. Di bawah sudah terdapat Eden yang menunggu kehadiran dia. Tak lepas lelaki itu menatap dia sambil tersenyum.
Tapi Aurora tak rasa apa. Dia makin benci melihat senyuman milik lelaki itu.
"Ada apa?" Tanya Aurora dingin sambil menyilangkan kedua tangan dia.
"Nak bincang pasal majlis kita." Balas Eden lembut. Pandangan dingin yang di beri oleh Aurora sedikit pun dia tak rasa apa. Ya dia tahu ini salah dia.
"Perlu ke?"
"Mama yang suruh. Lagi pun majlis kita dah nak dekat. Jadi mama nak tempah baju tu awal." Dengan tenang Eden berkata masih dengan senyuman.
Majlis yang di perkatakan adalah majlis pertunangan mereka secara rasmi. Kali ini memang mama akan menyarungkan cincin di jari Aurora dengan betulnya di saksikan oleh orang ramai. Kerana sebelum ini pertunangan itu hanya di lakukan secara rahsia dan hanya di saksikan oleh keluarga saja.
Ini juga atas permintaan mama sendiri yang ingin majlis yang gah.
"Up to you." Balas Aurora ringkas. Dia juga sudah malas. Banyak kali dia berkata dia tak mahu teruskan majlis ini tapi lelaki di hadapan dia tetap degil.
"Err Aurora nak tema warna apa?" Eden masih tak menyerah ingin mulakan komunikasi dengan Aurora.
Aurora tersenyum sinis. Lakonan apa lagi yang kau cuba buat Eden Faeq?
"You should stop Eden."
"Huh?" Eden menatap Aurora dengan dahi berkerut. Berhenti apa ni?
"Stop being hypocrites. Aku dah malas tengok lakonan kau." Ujar Aurora dingin sehingga tersentak Eden.
"Apa maksud kau?"
"Mana diri kau yang kasar? Yang suka hina aku? Mana dia pergi?" Sindir Aurora sambil tersenyum sinis.
"Aurora aku betul-betul cintakan kau. Aku minta maaf kalau selama ni aku selalu berkasar dengan kau. Please give us some chance. I promise that I will make you happy." Pinta Eden dengan tatapan merayu. Dia betul-betul ikhlas dengan Aurora.
Aurora menatap Eden dengan pandangan bosan. Ayat tu lagi. Sampai meluat dia di buatnya.
"Lame." Komen Aurora dengan muka tenang.
"Aurora-"
"Dah tak ada urusan lagi kan? You can go now." Tanpa memperdulikan Eden dengan tenang Aurora melangkah pergi meninggalkan Eden.
**
"Please pick up the phone sayang." Gumam Qayl yang masih tak menyerah menelefon Aurora. Tapi nihil satu panggilan pun Aurora tak jawab.
Bahkan chat dia juga sama Aurora hanya abaikan.
Keadaan Qayl juga serabut. Sudah hampir seminggu dia tak cukup tidur kerana terlalu fikirkan Aurora.
Terkadang ada juga dia menangis kerana terlalu merindui Aurora dan juga menyesal. Sangat menyesal kerana dia dengan bodohnya terima bet bodoh dari Eden.
Qayl juga lebih banyak duduk di apartment dia berbanding rumah dia sendiri. Kerana risau akan di ketahui oleh mummy dia how broken he is right now.
Dia taknak risaukan keluarga dia jadi lebih baik dia duduk di apartment saja.
"Qayl aku ada bawakan makanan untuk kau." Farel sudah membuka pintu bilik Qayl yang keadaannya sangat hancur.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...